Pages

Followers

Thursday, December 9, 2010

Soalan PSV dah tahu.....adakah mereka mencuba...????


Sebenarnya satu kelebihan matapelajaran Pendidikan Seni Visual ialah....soalannya tahu dulu sebelum hari peperiksaan.....Pertamanya , kerja kursus....atau Kajian Rekaan seni Visual...yang boleh dibuat dalam tempoh 4 ke 5 bulan....cikgu pun boleh bantu....dan markah diberi oleh guru yang membimbing..( dipanggil Penilaian Kendalian Sekolah )
Dan satu lagi Kertas 2 - Seni Halus....
soalan diberi seminggu lebih awal, untuk pelajar bersedia dan berlatih sebelum hari peperiksaan.....
Untuk soalan SPM 2010 ni....soalan dah diedarkan.....dan dah bermulalah kelas-kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar yang nak menduduki peperiksaan...
( Tak semua guru rajin nak buat kelas begini...tapi bagi aku, inilah qadho....mana-mana kelas yang aku terlajak, atau tertinggal sepanjang waktu sekolah...)

Untuk soalan Seni Halus ini ada 6 soalan semuanya.....
Dan seperti tahun-tahun yang lalu...dalam 6 soalan ini, pasti ada soalan berbentuk fantasi, bentuk manusia, realistik dan situasi....
Dan aku lebih berminat soalan no 4 ini...... bertemakan fantasi, seekor binatang yang aneh terjerat dengan pokok yang aneh....fokus pada bentuk, warna dan jalinan......

Ketiga-tiga hasil karya ini...aku cuba untuk bantu anak-anak didik aku yang mengambil peperiksaan ini....Setakat ini aku dah buat dua kelas tambahan selama lebih kurang 3 jam satu sessi.....
Aku bagi tahu mereka....apa yang kita buat ni adalah satu persediaan dan latihan...supaya bila masuk ke dewan peperiksaan awak tahu apa yang awak nak buat....

Malangnya....seperti tahun-tahun yang lalu , jumlah pelajar yang berminat nak hadir tak ramai.... Aku pun dah tak kuasa nak bising-bising......".usaha awak, rezeki awak....saya hanya membantu....100 % bukan sasaran saya lagi... Saya mahu yang berkualiti..."

Hari ini aku cuba soalan 2....soalan favorite juga.....cuma satu dalam kepala aku... ADakah budak-budak ni buat latihan sebagaimana aku buat.......bab ini aku tak dapat tolong....!!!!!

No comments: