Aku sebenarnya baru perasan.... Catatan blog aku tidak diupdate setiap kali aku menghantar entry baru....
aku baru perasan selepas membuka blog Dr Wahab Arbain. Entri terakhir aku yang terdapat dalam blog beliau adalah hampir dua bulan dulu....
Sebelum ni ada juga ditegur oleh Kak Cik Seroja tapi aku masih tak perasan........
padanlah... aku dapati kian hari kian kurang orang yang memberi komen dalam blog aku.... seolah-olah tiada pengunjung.....( silent reader aku tahu ramai.... hehehhe ) Kalau ada sesiapa yang tahu di mana silapnya tolonglaa bagi tahu... Tadi aku 'ghodek-ghodek' juga... kalau-kalau ada kesilapan aku... tapi tak tahu laaa...
Takut pula menjadi tupai... baiki buah durian....hehehhehe..dah belubang ditinggalkan....
P/s : Petang tadi dapat sms dari Kak cik Seroja.... sedang bercuti di Tambun... sempat laa bertemu, kebetulan tak jauh dari rumah aku... Maaflah Kak Cik, bukan tak mahu mengajak ke rumah.... tapi.. mengenangkan rumah yang baik sikit dari tongkang pecah.... malu juga rasanya...hehehheheh
Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts

Sunday, November 27, 2011
Ada Masalah....catatan tidak di update...
Tuesday, November 22, 2011
ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 20 TAHUN
| My suami dan aku... masa pertunangan sepupu di Melaka. |
Esuk... 23hb November. 2011 ... adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 20 tahun....
Tengoklaa kami... macam diatur-atur....
ditimbang sama berat..
diukur sama besar....
Walaupun My suami bukan lelaki sempurna... aku pun bukan sempurna juga...
Walaupun minat , hobbi dan kesukaan kami berbeza...
tapi itulah rencah kebahagian kami
Walaupun dia bukan orang kaya raya... tapi dia dah hadiahkan aku 4 cahaya mata yang tiada tolok nilainya dari semua harta di dunia ini....
Walaupun dia tidak sehebat mana...
cukuplah dia hebat dan bermakna dalam hidup aku....
Ya Allah..cukuplah dia bagi aku...dia yang melengkapkan hidup aku....
Saturday, November 19, 2011
Cuti.... dan dapat duit...yahoooo....!!!!!!
Rasa macam masa berlalu terlalu cepat.... tau-tau sekolah dah mula bercuti akhir tahun...
Pada yang kaki jalan ,.. lencong melencong.. dah mula susun strategi pi makan angin..
aku tak ada plan apa-apa.... yang aku tahu kerja aku masih ada yang belum beres... dan rumah aku juga perlukan perhatian ...untuk dikemas dan dibersihkan.....(oooohhhh... siapa laa nak tolong...)
Selepas 24 hb.. aku cadang nak buat kelas tambahan untuk budak-budak PSV... sebab kertas soalan dah bocor di edarkan.... cuma mahu tak mahu je... budak-budak tu buat latihan.....
1hb Disember pula... kertas PSV untuk calon spm.... aku walaupun tak bertugas, kena juga ke sekolah...
sebabnya... aku pasti, mesti ada yang tak bawa alat dan warna....tiap tahun rupa tulaaa...
sabor jelaaa... kian tua ni tak pandai nak marah-marah lagi.... takut heart attack...
Habis exam ni... aku kena tunggu bungkusan soalan dari pusat-pusat peperiksaan... tugas hujung tahun aku akan bermula..... Lepas tu ... barulah makan angin ke Kajang....
Bukan makan angin pun... kerana tugas hujung tahun jugalaaa... Lepas tu bermula episod... gedebak gedebuk.... dan 'sepak terajang' ....hehehhehehhe Kalau tak faham pun tak peee...tugas ni berat juga tanggungjawabnya.... kalau hilang sehelai kertas, mahu tak lena tidor..... kalau buat kesilapan apatah lagi.... mahu demam rasanya... tapi yang seronok, masa inilaah bertemu dan berkumpung dengan rakan-rakan 1 Malaysia...
Di Ipoh ni... aku masih tak tahu nak berkampung di mana..... tempat difikir dah ada tapi belum bertemu empunya tempat.... nak kena pi mengadap laa pulak... Inila kerja utama yang aku kena buat mulai minggu depan.... tak boleh tidak...
Tapi yang lebih seronok cuti kali ni.... bermula cuti, dapat duit laaa pulak.... walau bukan duit aku, duit anak-anak .... tapi kurang-kurang adalah sikit modal nak buat akaun SSPN untuk mereka....lepas laa juga baju sekolah buang sepasang sorang.... cuma si Hakim, dah minta duit tu... untuk beli handphone... banyak cantikkkk..... rela aku bagi duit aku... dari bagi duit tu kat diaa... ( dia ni perlu ada handphone, sebab senang aku nak jejak ke mana dia pergi....atau bila tak balik malam...)
Walaupun sesetengah orang kata... sedikit sangat rm100 tu... tapi bagi aku cukuplahhh... dan terima kasih laa banyak-banyak... kalau 3 orang anak bersekolah dah rm 300... mana nak dapat free rupa tu...
Rm 300 ni sama tau dengan gaji pertama aku masa umor 18 tahun dulu....so syukurlaaaa !!!!!
Thursday, November 17, 2011
Akhirnya dia mengaku juga ...dia akan menjadi raja sehari.....
Manusia ini memang pelbagai ragam... Dan ragam seorang guru muda di sekolah aku ini memang menarik perhatian kami terutama guru-guru senior.... sebabnya????.... sebab tak nak mengaku yang dia dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan.......
| kad kawin buatan sendiri.... |
Di sekolah barangkali akulah orang yang selalu ketinggalan cerita....kerana aku selalu sendirian di bilik stor seni... merangkap bilik aku laaa....tapi cerita yang satu ini, memang membuat aku nak menepuk dahi... . macamana aku boleh tak tahu, sedangkan di bilik guru dah heboh tentang cerita ini. Ini kerana guru yang dimaksudkan memang rapat dan sekapal dengan aku dalam bidang seni.... Malah dia juga sering lari dari bilik guru dan sama-sama buat kerja di stor seni kerana kurang selesa dengan kepadatan isi di bilik guru...
Barangkali memang benarlah... orang lelaki ni tak suka bercerita hal peribadi dengan orang lain... tapi yang hairannya beberapa kali aku perangkap dia untuk berterus terang... memang dia tak nak mengaku..... barangkali juga kerana dia pernah terlepas cakap dengan aku agaknya.... sebab tu dia malu nak mengaku.... Sebenarnya, aku kenal juga bakal isterinya... kerana dia juga pernah menjadi guru sandaran di sekolah aku. Dan di sinilah bermulanya bibit-bibit cinta...( barangkali) Tapi dinafikan oleh si guru muda kerana si gadis tunangan orang ketika itu....
Sebenarnya sekali lagi masa tu... aku ketinggalan cerita...hehehhe... berita dah nak basi baru aku tahu tentang gosip-gosip mengenai mereka...
Apa-apa pun aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu....Amin...!!!!
P/S : sebenarnya kalau dia mengaku hari tu....
aku ingat nak hadiahkan dia potret perkahwinan... aku pun tengah gian tangan nak melukis....
Friday, November 4, 2011
Kalau dah nak jadi hak kita.....
Aku cuma terpandang iklan mengenai motor ini di dalam facebook milik rakan guru yang mengajar di sekolah ku..... Mulanya aku buat tak kisah saja... tapi bila terpandang harga yang ditawarkan , buat aku tertarik... itupun setelah dua hari aku lihat iklan itu di facebook...
Akhirnya aku nekad bertanya kalau-kalau dah ada yang bertanya... " Kita ceriter esuk di sekolah laa kak ros..." ok ... itu saja yang aku balas. Pagi tadi awal pagi lepas perhimpunan, rakanku ini datang bertanya... betulke kak ros nak motor ni... ada saya bawa ke sekolah .... Aku pun tak banyak kira, setuju nak tengok motor yang dimaksudkan... Memang dari segi fizikal.. memang nampak dalam kondisi yang masih baik... .
" Nanti kak ros call anak dulu, suruh dia datang tengok... beli kalau dia tak berkenan pun tak guna..." Sebenarnya dalam hati aku sendiri dah berkenan dengan motor ini.... cuma nak kepastian sahaja..
Sebenarnya... aku memang berhasrat nak belikan si Razi, sebiji motor..... Dia selalu bersungut, susah nak ke mana-mana kerana tak ada motor. Walaupun di rumah aku, dah ada 4 motor sebenarnya... sebuah Motor Jaguh yang tersadai ..( kata My suami tak ada spare part..) dan 3 lagi motor jenis honda cub... satu jenis wave.. ( aku dengar mereka sebut wave je...) diguna My suami ke tempat kerja... Kapcai lama My suami... dah jadi macam harta si Hakim.. dan yang baru aku beli untuk kegunaan si Faiz untuk ke Kedai...( saiz badannya yang besar dah tak sesuai naik basikal...)
Aku selalu dengar orang cakap... manjakan anak jangan dibelikan motor.... tapi aku beli pun bukan untuk suka-suka... untuk keperluan. Razi perlukan motor untuk pergi belajar memandu kereta....Nak sembahyang jumaat.... senang dia bawa kecik sama. Kapcai si Hakim dah tak boleh diharap lagi... asyik-asyik dengar tengah repair... semedang je.. direpair.... aku pun tak faham..( tapi yerlaaa benda lama... memang itulah penyakitnya... )
Balik kisah nak beli motor tadi... bila Razi datang ke sekolah dan try pandu motor tersebut ... dia terus berkenan.... ( aku risau juga dengan taste si Razi ni... dia selalu demand barang baru... ) Jadi confirmlaa aku jadi nak beli... tapi lebih buat aku teruja... harga yang ditawarkan pada aku jauh lebih murah dari ditulis di facebook..... Aku syak rakanku ini memerlukan duit... kerana dia nak membuat kerja dakwah, cuti nanti....khabarnya di tanah seberang.... Lalu aku beri jaminan, petang nanti aku keluarkan duit, dan dia berjanji akan buat pertukaran nama....petang ini juga....
Dan barangkali, niat rakanku ini baik... dan niat aku pun baik... semuanya selesai dalam satu hari .... Semuanya bagai dipermudahkan... ( Pi bank keluarkan duit pun.. tak perlu tunggu lama....) dan hari ini sahlah... motor di atas tu telah bertukar milik kepada Fakrur Razi.... ( kena bubuh nama Razi sebab takut si Hakim modified......)
Rupanya itulaa janjiNya...

Tuesday, November 1, 2011
Ustaz Pahrol Md Juoi
Baru tadi aku blogwalking... masuk melalui laman blog Kak Cik... Akhirnya menemukan aku dengan seseorang yang aku kenal semasa belajar di ITM dulu... Dia ialah bapak usrah aku dulu... Ustaz Pahrol.....
Tak perlulah aku cakap dari jemaah mana... tapi orangnya memang komited dengan kerja usrahnya....
Tapi yang lebih mengkagumkan aku masa tu... cara dia berbicara, begitu petah sekali... Walaupun masih student juga macam aku, tapi kalau berbahas bab agama... dia memang petah. Rupanya, .. minat dan comittednya dibawa ke alam pekerjaan.....
Paling akhir aku yang aku tahu... dia beristeri dua, dan keduanya aku kenal... tapi sekarang tak tahu laaa...
blog beliau yang aku temui.... genta rasa.com
Thursday, October 20, 2011
Bila hati dah suka.....
Setelah sekian lama berhadapan dengan laptop yang bermasalah.... akhirnya hari ini aku nekad beli laptop baru.... Mulanya aku nak beli netbook aje... tapi atas nasihat si Faiz, aku tak beli netbook tapi beli notebook ni.... Betul juga cakap dia, bezanya berapa ratus saja. Yang ini ada tempat menggunakn cd/dvd.... berbeza dengan netbook. senang untuk aku buat tugasan sekolah......
Dan laptop aku dulu dah diubah suai jadi desktop.... semua dengan bantuan si Faiz. Puas juga dia try and error nak pasang.... akhirnya dia berjaya juga.. Laptop ni dah rosak keyboard dan skrin. Nak repair memang tak berbaloi..... Nampaknya lepas ni tak payah berebut komputer lagi...ehhehehe...

Monday, October 3, 2011
Siapa ada Petua... lembutkan hati anak yang degil.
Bila aku berjaya masukkan Hakim ke sekolah aku... aku ingat semua masalah tentang sekolah Hakim dah selesai.... Rupanya bukan saja masalah tapi dah menambah 'penyakit' bagi aku di sekolah.. Hakim sebenarnya tak berubah... tapi menambah tension aku di sekolah.... Hakim benar-benar menguji sabar aku....
Baru tak sampai sebulan dia masuk ke sekolah aku, dah macam-macam hal dia buat.... tak payah laa aku tulis di sini., dan benar-benar menguji maruah aku sebagai guru. Memang boleh sesak nafas dengan Hakim.
Aku berharap benar, sesiapa yang ada petua nak lembutkan hati anak aku ni....harap dapat berkongsi dengan aku...

Thursday, September 22, 2011
Menanti Hari Esuk...( macam tajuk filem laaa pulak )
Esuk insyaallah... aku dan famili nak ke Melaka.... Excited juga sebab dah lama tak jalan jauh...dan juga tak pernah melawat ke Melaka...(sampai pernah tapi tak melawat) Dan aku pernah sekali berkursus di Melaka... itupun tak jalan mana...sebab terikat dengan kursus siang dan malam... habis kursus terus balik Ipoh.
Aku dan suami... sebenarnya bukan kaki melancong... Kalau nak sampai sesuatu tempat mesti ada agenda lain...
Pertamanya sebab kewangan laa..... hehehhee Nak berjalan ni mesti siapkan duit dulu..... Keduanya...mungkin sebab macam aku cakap tadi... kami bukan kaki melancong....hehehhee...
Tujuan utama kami ke sana kerana adik sepupu suami nak bertunang dengan orang Melaka.......Ada juga aku bertanya dengan My suami.... Bagaimana agaknya bila orang BOTA bertemu orang MELAKA.... sebenarnya dalam keluarga My suami, ada yang dah bertemu jodoh dengan orang Johor, Negeri sembilan dan Kelantan.... cuma My suami yang bertemu jodoh dengan aku sesama Perak.....
Ikut perancangan esuk kami bergerak lepas jumaat... aku dah ambil cuti untuk kemas rumah dan cuci baju anak-anak dulu... takut tak sempat laa pulak nanti...( tapi waktu ni masih mengadap laptop leee...).. dan akan bermalam di rumah anak saudaraku di Melaka...( dah contak pun ...dah pun diemailkan map ke rumah...) Apa-apa pun nanti main tawakal je..... Majlis pertunangan hari Sabtu.... habis majlis mungkin sempat jalan-jalan kat Melaka.......lepas tu baru balik singgah kat KL ... bermalam di sana, sebab nak ambil barang Razi di UIA.... Ahad baru balik Ipoh..... Isnin ingat nak cuti lagi... tapi tak boleh, ada paper exam ...trial spm kertas PSV,.. apa-apa hal aku kena balik ke sekolah.....
Perancangan lain... shopingg...tak ada laaa... aku pun bukan kaki shoping... takat nak beli kain baju.. kat Ipoh pun ada....
Apa-apa pun didoakan semuanya selamat.......insyaallah...

Friday, September 16, 2011
Poket dah kering....
Tadi terima call dari adik di Puncak alam....menjemput ke rumahnya ada makan-makan adik beradik... a.k.a
Open House....pada ahad ni.. Dan malam esuk adik aku yang bongsu juga menjemput ke rumah mereka di AU 3...juga makan-makan.....
Alahai.... bukan hati tak teringin nak pergi... bak kata adik...dua jam lebih je maaa...Ipoh ..KL...... tapi sebenarnya malu aku nak cakap.... poket dah kering....nak dijolok tak keluar wang...hehehhehe... ( aku tak mau kata duit tak ada....heheh duit ada... tapi kena pi kaunter bank....) dan paling malang...satu akaun aku, sepatutnya dah masuk laa ... tapi check-check tak ada.....aduhhhh...
Nak ke KL... kalau setakat duit minyak, boleh lagi guna kredit kad...tapi yang membimbangkan kalau permintaan di luar dugaan.... Duit tol, duit makan kena fikir juga......( makan boleh lagi bawa bekal...hehehhe )
Lagipun... kalau ikut plan, minggu depan kami nak ke Melaka..... nak ikut rombongan meminang dan bertunang adik sepupu suami......nak jalan jauh juga tu...Dah apply pun cuti rehat sehari...
Tak pe laaa adik...... nanti kalau sempat kami singgah ....sebab nanti nak singgah KL juga nak ambil barang Razi di PJ....time ni...kalau tak leh jolok kad juga.... kena jumpalaa kakak kat kaunter bank....hehehe ...
tulaaa pasal....macamana nak kaya... asyik simpan keluar balik......

Monday, August 29, 2011
SELAMAT HARI RAYA
Kalau tiada aral melintang... malam ini mungkin sahur terakhir untuk ramdhan tahun ini...dan hari selasa kita akan berhari raya.....
Dan aku sekeluarga masih lagi di Ipoh, di rumah kami. Esuk My suami masih lagi bekerja..... dia tak ambil cuti pun....( tahun bertahun rupe itu....) Ikut giliran tahun ini kami beraya di Kampung Bota dulu.....( tu pasal aku macam tak semangat jee....hehehhe ) dua hari raya baru balik ke Taiping.
Anak-anak pun macam tak happy nak balik Bota.... bukan sebab kerana kampung... tapi kami dah tahu sangat.... nanti hanya kami yang akan beraya dengan emak.... Adik-adik semua balik ke kampung suami- isteri....Kamariah ke Johor, Zubaidah ke Negeri Sembilan dan Azmi ke Kelantan... Latif kerana rumahnya dekat... jarang dia bermalam di rumah emak....
Tak best kannn....???? tapi kesian juga dengan emak.. kalau kami tak ada, dia lagi laa ke seorangan.. Dan emak akan kata... tak mengape.. mereka selalu balik......( dalam hati dia tak tahu laa...)
Apa-apa pun... aku dah siap beli baju raya...( baju di jahit tak sempat siap...heheh) anak-anak pun dah dibelikan baju raya.... biskut raya macam biasa ..order saja...Rendang tok pun...suami beli aje..dan esuk untuk bawa balik aku order rendang dendeng....cukuplaaa... hehehhe Pagi raya baru aku buat kuah kacang cicah nasi impit... Lemang dah pasti ada..... menu utama emak mertua..
Yang aku rasa tak selesai-selesai ialah rumah aku..... aku kemas selerak balik..kemas selerak balik.... at last...lantak leee...hehehhe semua nya buat sendiri , .....tak ada siapa nak menolong...langsir minta tolong gantung semula pun......belum digantung.....esuk katanya....aduhhhh...
Tak kisahlaaa...dah tak kuasa teman nak bising-bising... lagi pun seminggu akan beraya di kampung...tak taulaa kalau ada yang singgah bertandang hari sabtu dan ahad... sebab masa tu aku dah balik ipoh...
PADA SEMUA FOLLOWER BLOG SAYA INI MAHUPUN SILENCE READER....
SELAMAT HARI RAYA
UNTUK KALIAN SEMUA...MAAF ZAHIR BATIN.....
Tuesday, August 16, 2011
BIla usia dah meningkat...
Kebelakangan ni, aku dah kian malas menulis. Kamera pun dah jarang aku usung ke mana-mana....sebab tu tak ada gambar nak disiarkan....
Kebelakangan ni juga aku dah kian malas nak mengadap laptop lama-lama..... faktor utamanya kerana skrin laptop aku ni dah meragam.....hehehe...( minta dibaiki laa tu...) tapi masih boleh dibaca. Rasa-rasa kalau dihantar repair mahu terbang duit bonus aku rm 500 ke rm 600....heheh sayanglaaa....bukan senang nak dapat..ada cadangan supaya aku beli monitar...lebih murah... apa-apa pun biarlaa dulu, selagi aku sabar...
Faktor keduanya... tentulah kerana bulan puasa ni. Rasa rugi pula time tidor aku...hehhehe Sekarang ni lepas balik sekolah , pantang terletak kepala. Lena sungguh.... macam di malam purnama indah...............!!!!
Dan...faktor yang paling terasa lagi di bulan puasa ni....ialah kerana mata aku dah kian uzur... Walau aku dah pakai cermin mata sejak tingkatan dua...tapi aku tak rabun dekat. Aku boleh membaca tanpa cermin mata... tapi tidak lagi sekarang... jangankan nak mengaji di bulan puasa ni, baca suratkhabar pun dah tak selesa tanpa mata bantuan.... Nak mengadap laptop ni lagi laaa...Normal laa tu, umor aku dah berapa sekarang.....bukan muda belia lagi. Allah dah ambil nikmat yang diberi sedikit demi sedikit.
Tapi...faktor di atas bukan bermakna aku tak buka langsong laptop aku ni...hehhehehe.... Buka dan baca tetap dilakukan setiap hari... cuma bila baca tu... dilajukan sedikit...hehehhe
Ello...ello.....baca yer...blog you alll.....tapi kalau ada gambar...lagi laju sikit...hheheheh.....
Selamat menyambut Nuzul Ouran... Selamat bercuti...( eiiii....bestnya cuti...)

Tuesday, August 2, 2011
Diuji...sabar ajelahhh...
Aku rasa puasa kali ini memang aku benar-benar diuji... Mana tidaknya,..bermula saja puasa yang pertama, tekak aku dah mula buat hal... dan hari ini puasa ke dua, batuk kian menjadi-jadi....
Tadi sudah ku telan ubat batuk... tapi cuaca yang panas ni, membuat tekak ini masih mahu digaru-garu....tapi yang paling tak tahan.... bila dah batuk ni mulalah rasa nak terkencing.. Nak berwuduk pun susah..
Masuk hari kedua ni... yang aku perasan, cuaca panasnya lain macam.....waktu ni, dua kipas berdiri terpasang, termasuk kipas di siling.... itupun masih berkuap juga rasanya...Rasa nak berkurung je dalam bilik dan pasang ekon... tapi nanti kerja lain tak jadi....hehehhe ( udah lelap le jawapnya...)
Barangkali... panas ini nak mengingatkan aku tentang dosa.... Kalau panas di dunia pun dah tak sabar... macam mana pula panas di akhirat.....nauzubillah.... Dalam gurau, My suami kata... aku ni banyak dosa...hehehhe...sebab tu terasa panas sangat...( barangkali juga...)
Buat masa ni... apa yang ada dalam fikiran ku ialah.... kalau laa dapat berendam dalam sungai...aduhhh bestnya....hehhehehehhe Kalau ada le sungai belakang rumah aku ni, memang rasanya dah lama aku berendam....
Kalau laa Allah turunkan hujan malam ni.. alangkah bestnya.........

Sunday, June 26, 2011
Ternampak-nampak wajahnya tersenyum.......
Hari ini aku dan keluarga menerima jemputan kenduri kahwin dari sepupu arwah bapak mertuaku... Pada aku , inilah satiu-satunya pak cik yang rapat di Ipoh ini... Mungkin sebab dia tinggal tak jauh dari rumah kami.
Malangnya.... My suami kena bertugas pula di pagi hari Sabtu ini hingga ke petang.... jadi aku saja yang diminta oleh My suami untuk pergi....So tengahari tadi, aku pergilah berdua dengan si Kecik... yang lain semua dah tak nak ikut...... Tapiiiii... yang mengherankan aku bila aku pergi ke rumahnya... suasana agak sunyi walaupun terdapat kemah sudah didirikan di luar rumah.... Melihat suasana begitu, aku syak... My suami dah bagi tahu tarikh yang salah......hehehhehe mungkin esuk hari kendurinya...( tak ada kad jemputan. ) Aku tak singgah pun..sebab perut aku memang dah lapar. Aku terus ke kedai cari makan......
Petang, bila suami balik... aku bagi tahu apa yang aku lalui... Laaaa... rupanya majlis diadakan di dewan berhampiran Medan Gopeng. hahah... ini lah yang dikatakan tiada rezeki...............
Sebelah malam... sekali lagi aku ikut My suami pergi ke rumah Pak cik. Ada kenduri tahlil dan doa selamat...... jadi ada kesempatan aku minta maaf dan bagi tahu apa yang dah jadi.....rupanya bukan aku sorang yang terkena...heheheheh.
Sebenarnya Pak cik ku ini.... telah kehilangan isteri hampir setahun yang lalu...majlis perkahwinan anaknya ini, sepatutnya diadakan pada bulan dua, tapi ditangguhkan hingga ke hari ini....Yang aku terharu,... sebaik habis majlis doa selamat dan jamuan makan.... aku macam ternampak-nampak wajah arwah mak cik, tersenyum pada para tetamu.....malah sampai saat ini, wajah itu masih terbayang-bayang di mata ku.....

Wednesday, June 15, 2011
Hai Perut... mengerti laa dikau...!!!!
Minggu ini dah mula sekolah balik... dah habis cuti..... ertinya dah mulalah bertandang kerja-kerja yang tak pernah selesai.... Mula hari Isnin dah terasa sibuk., awal pagi dah mula key in markah peperiksaan..( sebelum dikejar oleh SU peperiksaan...dah tua-tua ni malu, kalau dikejar guru muda ..) baru untuk sekolah... key in untuk PPD secara online belum lagi.. Dua tiga kali buka web.. masih hanging, akhirnya fed up..Malam tadi baru dapat buat... itu pun tengah malam, pukul 12 lebih.
Petang semalam pulak, dah mula Pra sukan..... Entah siapa punya idea, sukan dibuat bulan June. Sikit punya haru ke... ( semua sekolah di Ipoh bukan sekolah kami sahaja ) Masalahnya,... inilah masa, guru-guru nak pulun kejar pelajar buat kerja kursus... nak siapkan soalan lagi untuk ujian Julai... Persiapan peperiksaan percubaan PMR bulan ogas... dah tentu, pelajar-pelajar akan lesu dalam kelas, kerana letih dengan latihan sukan, latihan kawad... dan macam-macam persiapan sukan......
Hari ni pula... petang... Kena menghadiri mesyuarat kat PKG ( Pusat Kegiatan guru )... Besuk sekali lagi... bertugas untuk pra sukan.... Mak oooii... tak ada peluang nak tidor petang minggu ni......
Tapi sebenarnya yang lebih meletihkan.... hari ni sempat pergi menimbang badan... rupanya berat badan naik lagi...... aduhaiiiiiiiiiiiiiiii..............Yang tak tahan tu... lagi banyak kerja, lagilaa perut ini minta untuk diisi..... masa tulaa rasa pedih hati laa...pedih perut laaa... dok teringat nasi goreng ikan rebus.....hehehehe...
Alahai... itu malangnya aku, metabolisma badan lemah... orang lain makan nasi tak gemok... aku makan sama je.. menjadi timbuanan lemak...

Saturday, June 11, 2011
Amirul Fakir... dia telah tiada.... Al fatihah
![]() |
| Allahyarham Amirul Fakir... |
Tahun lalu... melalui maya ini juga, aku mendapat tahu, rakan-rakan pelukis di Ipoh ini membuat kerja amal mengumpul sumbangan untuk beliau yang sedang sakit.. Dan selepas program Lakar Seni Kuala Sepetang, aku dapat tahu, beberapa orang kawan singgah menziarahi beliau di Ipoh....
Mungkin aku tak kenal beliau... tapi aku yakin beliau seorang yang hebat yang disayangi rakan-rakan pelukis dan penyair..... Al fatihah untuk beliau.
Thursday, June 2, 2011
Ngerinya....
Hari ini membaca Harian Metro..... entahlaa... kian hari membaca akhbar sekarang ni.. makin menakutkan..
Hari ini ada berita orang buang anak baru lahir dari flat tingkat 5.....isykkkkk.. kejamnya... buang anak macam buang sampah gitu.... bayangkanlah.. kalau kita yang lalu masa tu, elok mengelak tengok baby yang jatuh tergolek depan kita.........masyaallah...!!!!
Dan berita anak mati kerana kelaparan...... .. Yang aku tak faham, dah tahu laki bini sakit mental, kenapa dibiarkan mereka yang jaga anak kecil tu.... Aku tak nampak salah orang yang sakit.. Ini orang yang sihat, kenapa tak ambil kisah.....adik beradik, saudara mara, jiran tetangga....???? atau masyarakat sekitar...
Entahlah... keadaan hari ini, macam kian tak betul je.... ada saja yang tak masuk dek akal.....

Tuesday, May 31, 2011
jalan-jalan ke Balai senilukis Negara...
Tanpa sebarang mimpi...tanpa sebarang janji.... tak disangka-sangka hari Ahad lalu, aku sampai ke Balai SeniLukis Negara... Segalanya bermula bila aku mendapat pesanan dari Presiden Pelukis Perak... Hamidon, dalam facebook, mempelawa aku ke Balai Seni menghadiri Mesyuarat Agong GAPs atau Gabungan Pelukis-Pelukis Semenanjung.... Bila saja dapat green light dari Mr suami... aku segera ke stesen bus beli tiket ....untuk perjalanan malam ke Kuala Lumpur..... ( kerana terlampau excited ..aku terus terlupa nak ajak anak aku yang kecik.... sorrylaa Kecik...)
Lepas beli tiket, aku hantar sms kat Kakak ... anak dara Kak PIdah aku, untuk minta dia datang ambil aku kat Puduraya......hampir 12 malam... aku sampai ke rumah Kak Pidah..
Kak Pidah walaupun dah menjadi warga KL... tapi rupanya tak pernah masuk ke Balai Seni ini rupanya...
Tapi biasalah.. bila berjalan bersama orang yang tidak berlatarbelakang Jurusan Seni..... Banyak persoalan yang timbul dari mulut mereka..... Memang ramai yang tak faham di mana cantiknya Catan Abstrak.. lebih tak faham kalau melihat arca installation...
Kalau dah nama pun Balai Seni... di tepi tangga dipenuhi dengan catan..
| Kak Pidah dan MIra ( kakak ) |
Kak Pidah walaupun dah menjadi warga KL... tapi rupanya tak pernah masuk ke Balai Seni ini rupanya...
Tapi biasalah.. bila berjalan bersama orang yang tidak berlatarbelakang Jurusan Seni..... Banyak persoalan yang timbul dari mulut mereka..... Memang ramai yang tak faham di mana cantiknya Catan Abstrak.. lebih tak faham kalau melihat arca installation...
Apa-apa pun pada aku... pereka bangku ini harus dipuji... Untuk orang yang sakit kaki macam aku ni.. bangku begini begitu bermakna.... ( peminat seni ini... bukan semuanya orang muda... yang bertongkat pun ada ..)
| Kakak ( Amira Anis ) anak dara Kak pidah berposing |
Di sebelah petangnya pula... diadakan mesyuarat Agong GAPs untuk kali ke 4... GAPs menggabungkan 11 buah persatuan dari setiap negeri...termasuk Sabah. Negeri-negeri yang tak ada wakil persatuan kalau tak silap aku...salah satunya Kuala LUmpur, Terengganu dan Sarawak. ... Selangor aku tak pasti ....
Tapi yang pasti... negeri=negeri di Utara, ..Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak... ada perwakilan dari setiap negeri.... begitu juga, Negeri Sembilan, Melaka, dan JOhor juga Kelantan..
Mohd Shaimy. ( Kanan ).. dilantik menjadi presiden GAPs untuk kali ini... dilantik sebulat suara..
| Perwakilan paling kecil... anak Presiden Pelukis Perak...Hamidon. |
| Kak Hasnah... Setiausaha Gaps... walaupun bertongkat... tapi menunjukkan komitmen yang tinggi.. |
![]() |
| Perwakilan dari Perak.... walau sakit kaki, tapi masih semangat nak datang ke Kuala Lumpur...sanggup cari ubat tahan sakit sebelum datang ke KL.. |
Saturday, May 28, 2011
Cuti sekolah ke...???
![]() | ||||||
| gambar tahun sudah...pengawas pusat sumber membuat operasi semasa cuti. |
![]() |
| topi keledar... contoh yang aku buat. |
Pengawas pusat sumber pun... dah sepakat nak buat operasi masa cuti ni... Budak-budak pengawas ni senang sikit... tak payah aku bising-bising... mereka sendiri tahu, apa nak buat...
Itu bab sekolah.... rumah satu hal..................................... aduiiii... sapa nak tolong wei...????
anak-anak jantan aku sampai tengahari pun tak bangun lagi.... Nak minta tolong buang sampah pun susah....nak mengemas rumah jauh sekali... Lipat kain baju, jangan mimpi laa mereka nak tolong.... Bukan aku tak ajar dari kecil... tapi lagi besar, lagi besar liatnya.... dulu kecil-kecil pandai pulak mereka buat giliran basuh pinggan.....Alasan mereka.... Ayah pun tak buat........
Apa-apa hal pun, malam ni aku nak naik bas pi KL..... ada meeting dengan GAPS esuk kat Balai Seni....
tapi aku tak ada pun mereka bukan kisah pun...... Kalau aku tak ada langsung macam mana mereka yer...????
Thursday, May 12, 2011
Dia telah " tiada".....!!!!
Petang tadi My suami balik dengan satu berita yang agak mengejutkan... Din kawannya ( yang satu-satunya rapat dengannya yang ku tahu ) telah tiada.... telah kembali ke rahmatuallah......
Sejak beberapa bulan yang lalu, aku perasan, suami tertanya-tanya tentang kabar kawannya ini.... kerana untuk sekian lama, tiada lagi SMS dan tiada lagi panggilan talifon darinya.... Din memang agak misteri orangnya.... kalau kita call payah nak dapat...malah kadang-kadang tak tahu di mana dia...Paling terakhir kami tahu dia tinggal dengan ibunya di Kedah....
Persahabatan My suami dengan Din... sejak mereka sama-sama bertugas dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Ipoh ini... Bila My suami nak berhenti, Din lah antara orang yang puas menasihati dan melarang dia berhenti kerja..... tapi my suami tetap nekad.... Walaubagaimana pun persahabatan mereka tetap berterusan....
Kalau tak silap aku...beberapa tahun selepas itu, Din pula berhenti kerja...mengikut skim yang dianjurkan oleh syarikat mereka bekerja.....Lepas tu, aku tak tahu apa pekerjaan Din... yang aku tahu dia suka sekali bermain saham.... bila untung...yang kenyang anak-anak aku le... dia belanja makan KFC.
Din sebenarnya belum bekeluarga...
Bila kehidupan kian terdesak.... Din, balik kampung... dan kami terputus berita. tetapi bila suami ku bekerja di Seberang Perai beberapa tahun lalu.... dia berjaya menjejaki kawannya ini.... dan mereka terus berhubung....
Yang melucukan....Din, kalau hantar SMS... mesti membahasakan diri My suami... LATOK ( Datok) Kadang -kadang ayatnya.." Latok, tolong anak cucu manyak susah....kasi nombor..." kadang-kadang my suami... malas nak balas, aku yang tolong balas....
" Lu mintak sama Tuhan Allah laa... waa tatak boleh tolong maa "...
Pagi tadi My suami bagi tahu, dia dapat hubungi adik si Din.... dari dia la My suami tahu.. Din telah tiada...
Innallillahiwarajiun.... dari Allah kita datang...dan KepadaNya juga kita kembali....
Al fatihah....

Subscribe to:
Posts (Atom)