Tapi orang Melayu kita ni kreatif..dari buah dan isi durian terbuang tak dimakan..
lalu dijadikanla....TEMPOYAK.....
( lagi baik isi durian...lagilaa sedap tempoyak yang terhasil...).Durian yang ku ambil buat tempoyak ni...buah durian yang dah terbuka..nak dimakan dah tak berapa sedap lagi..
Ramas je dengan jari....( tak sanggup saya ambil gambar...takut ada yang tak lalu nanti nak makan tempoyak....)
Akhir sekali...simpanlaa dalam bekas yang bertutup...supaya tak mudah kulat. Dan lebih baik simpan di peti ais....Selepas dua tiga hari , bolehlaa dibuat gulai tempoyak...



