Pages

Followers

Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Kepuasan Peribadi....kadang-kadang tak faham ...

handbag louis Vitton.....kegilaan sesetengah wanita.
    Dulu bila aku dengar ada orang sanggup beli handbag sampai rm 10 000.00 ...aku dah heran benar...apalah istemewanya handbag tersebut. Bagi aku duit Rm 10 000 tu macam-macam benda lain lagi yang boleh dibeli....beli tanah kebun pun boleh..... Kalau setakat handbag, yang murah-murah pun okay asalkan praktikal.... ( Ini pendapat aku le...)
   
Ada orang sanggup beli golf set untuk memenuhi minat bermain golf....bukan murah hobby ni.. Hobby orang-orang " beruang" ..( ada duit ). Seorang kawan aku dulu.. pernah membeli bola bowling...sewaktu tengah seronok dengan permainan tersebut... Rm 300 lebih  kalau tak silap aku harganya....
Pergi ke rumah seorang kawan sebulan yang lalu.... aku hampir terkejut, melihat hiasan dalamannya berubah dari yang aku lihat beberapa tahun yang lalu.... Aku dengan jakunnya berkata.... Macam datang ke LONDON.... sebab rumahnya dah bertukar dengan English Deco...... dari luar rumah sampai ke dapur... Bilik tidor aku tak jenguk pulak.... Banyak juga modalnya...Kata kawan aku tadi, demi hobby , dia ketepikan sedikit duit dapur.. untuk beli semuat hiasan dan perabut yang diminat...
Begitu juga yang minat dengan mengubah suai kereta.... Habis ditukar walaupun masih eluk... Tukar sport rim..tukar tayar ..tambah asseseris, Tambah itu tambah ini... Tahu, tahu beribu habis... sampai puluh ribu pun ada...

kereta impian...entah bila nak dapat....
Kalau setakat beli kereta mewah tu...aku masih boleh memahami...kehendak dan citarasa seseorang.......beli rumah banglow ke.... beli bot ke... beli tanah....
Tapi satu bab ni memang aku tak faham..... Bila orang membeli di alam maya melalui internet...hanya untuk permainan games online...... Dan inilah yang berlaku setiap hari sejak si Faiz memulakan game onlinenya.... setiap hari ada saja yang bertanya tentang games ini dan bersedia untuk " donate".... Dari serendah RM 30.00 hingga laa rm 400.00..... mudah-mudah aje di bank in....ke akaun si Faiz...hanya semata-mata untuk kepuasan bermain....Kata Faiz yang main games ni, ada yang dah dewasa...dah kerja...dah ada duit... bukan budak sekolah saja...



.






Thursday, March 31, 2011

Bila hati dah suka.....

topi keledar contoh.
    Kalau aku tak silap... dah dua bulan soalan untuk Kajian rekaan seni visual dah dikeluarkan... Dan budak-budak. calon PSV - SPM...dah diberitahu apa soalannya.... Tahun ni, aku bagi 3 pilihan untuk pelajar. Semua tak boleh kerana kekangan tempat ( bengkel / bilik seni ) yang tiada.. akan memberi kesulitan untuk menyimpan dan menyediakan hasil karya.

    Tahun ini aku pilih soalan mengenai hiasan topi keledar... pembungkusan dan kad ucapan....Punyalaa aku suka soalan ni... cuti sekolah baru ni, aku dah berkarya atas topi keledar si kecik... Guna akrilik yang aku beli dah lama... tapi tak guna. Dah hampir keras pun...( rupanya seronok guna akrilik ni....) Dan di atas laa hasilnya... ( tema : fauna ) dua soalan lagi aku cuba nak buat...tapi masih tak ada masa... sebab aku juga kena sediakan contoh folio... untuk dapat A ++...
Dalam PSV..nak lulus senang... tapi nak dapat A + bukan mudah....
Kadang-kadang aku rasa aku yang ambil SPM... free time buat folio...dan pelajar...???
free time duduk bersembang.... aduhhhh...kalau fikir memang sakit hati...

Cuma untungnya... kerja aku ni... adalah minat aku.....
dapat tong biskut ni... dispray.. dilukis cantik juga....heeheeh
mulanya aku nak buat decoupage.... at last jadi lain pulak...

Tuesday, June 8, 2010

Hobby baru....

Sebenarnya inilah idaman yang aku impi-impikan sekian lama...Semuanya bermula bila aku mula meminati fotografi... Benar kata Dekni... selama ini aku terlalu banyak memikirkan orang lain terutama anak-anak sehingga mengenepi apa yang aku sendiri inginkan.....
Tapi kali ni bak kata orang putih....
By Hook or by crook....mesti miliki....
Dan aku dah mula "menembak".. apa saja yang menarik di mata...macam jantung pisang ni...
Dan suasana senja ini aku ambil di balkoni rumah aku...sebelum ni aku pun tak sedar begitu cantik panorama dari balkoni rumah aku ni...
Awan berlarak ni...aku ambil dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Ipoh... dekat Tol...
Awan dipandang sekali lalu macam dua ekor burung...
Panorama ini begitu menarik minat aku...langit mendung tanda hari nak hujan...dan langit hitam menutupi cahaya matahari....
Subhanaallah...cantik sungguh ciptaan Allah..
walaupun hari nak hujan..