Hari ini untuk sekian kalinya ada 'pot luck' di bilik guru...Memang dah jadi tradisi...guru-guru sekolah aku ni baik lelaki atau perempuan...suka buat 'pot luck'...Ada pun 'pot luck' kali ini kononnya untuk meraikan guru-guru yang naik pangkat, nak kahwin, nak pindah, bertugas masa cuti, mengawas spm/stpm ...dan entah apa lagi....
Aku diberitahu tentang 'pot luck' sejak minggu lalu....aku selalunya 'miss' sebab aku jarang-jarang duduk di bilik guru...Biasalah aku suka bertapa di bilik stor seni..yang dah macam bilik aku je...
Jadi , pada mulanya aku cadang nak buat nasi impit kuah kacang...tapi dek kerana sibuk minggu ni...aku tukar plan buat kuih sagu je....senang dan mudah pada aku.. Malam tadi sebelum tengah malam, aku pun masuk ke dapur....semata-mata nak buat kuih sagu.
Pagi tadi kerana kelam kabut ke sekolah...aku terlupa dengan kuih sagu yang ku buat...Bila orang sebuk bercakap tentang 'pot luck'...aku baru teringat...Alahai...Jadi waktu free aku balik ke rumah sekejap semata-mata nak ambil kuih sagu...nasib baik rumah ku dekat dengan sekolah...
Bila aku ke bilik guru dengan bekas kuih berisi kuih sagu...aku dapati ,dah tersusun pelbagai makanan...macam-macam ada...makroni, kuih talam satu pelengat...puding...roti jala, bihun singapore...dan laksa..Nasi lemak pun ada..
Aku letak kuih yang ku bawa dengan perasaan tak confident je...ada ke orang nak jamah....sebab aku rasa kuih yang ku bawa macam tak sedap je...
Dan bila time makan...aku lihat semua menyerbu ke meja makanan...nak juga ku intai kalau -kalau ada yang sudi jamah kuih saguku...
Aku tak lama di bilik guru kerana ada kelas selepas tu.....Habis kelas aku balik ke bilik guru...mengenangkan bekas kuih yang ku bawa tadi...Tapi entah camana aku jadi terlupa bila jumpa kawan dan berbual..Aku sebaliknya terus ke kantin...beli makanan untuk anak-anak sebelum balik..
keluar dari kantin, aku terserempak dengan dua orang pelajar.....salah seorangnya aku perasan membawa bekas kuih ku tadi...jadi aku singgah menghampiri mereka. Mmmm...masih terdapat kuih sagu...kata mereka seorang guru memberi mereka kuih ni.....
Aku pun terkedu.....confident aku nak buat kuih bagai hilang...tak pelahhh...lain kali aku beli kacang je bawak...tak perlu susah -susah......aku pasti orang akan suka...tak habis pun tak apa...