Hari ini aku dah mula cuba produk tu..... Nak kurus punya pasal.. pejam mata je .. hulur duit kat kawan aku yang jadi trader produk... Actually ada dua benda yang kena nak di makan.. satu sejenis fiber dan satu lagi sejenis enzim..... Fiber, aku dah mula makan malam tadi. Kesannya... pukul 4 pagi aku kena bangun cari toilet... heheheh... yang aku heran, kawan aku cakap selepas 8 jam .. tapi aku baru makan 4 jam dah memberi kesan....
( oopppss.. sorry yer.. bukan cirit birit.. normal ) Dan pagi tadi aku dan mula ambil enzim sebelum breakfast.
Yang aku suka tentang produk ni... katanya, makan macam biasa. Tapi nanti dengan sendiri akan kurang dengan sendiri. ...dan aku rasa pun macam tu. Nasi lemak yang aku makan pagi tadi tak habis, terpaksa bagi separuh kat My suami.. walaupun sedap.....
Tapi yang aku perasan... aku mengantok terlampau hari ni...
Apa-apa pun aku tak sabar tunggu resultnya dalam 10 hari nanti........ heheheh....sabor jelaaa....
Showing posts with label kurus badan. Show all posts
Showing posts with label kurus badan. Show all posts
Sunday, April 10, 2011
Syyyy....... Aku dah cuba produk tu.....
Wednesday, October 14, 2009
Nak Kurus Badan....hheheh??!!!!
Hari ni budak-budak yang mengambil PMR dah boleh enjoy ....exam dah habis... Amelia Daisy... anak murid ku yang sorang ni pun dah mula tersenyum....Dia pengikut blog ku yang setia.... Hope everything is the best for you Amelia....Semoga success...@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Hari ini sepatutnya aku dah memulakan program dietku....seperti janjiku dengan pakar pemakanan semalam...... Entah kenapa aku tak mood nak berdiet....Awal pagi lagi perut dah mula lapar..... macam biasa, awal-awal lagi aku dah ke kantin.... pekena kopi o... dan mee bandung...
Sebenarnya aku dah mulakan program diet sejak beberapa bulan yang lalu.... aku dah cuba berhenti makan nasi untuk tengahari, tak makan nasi lemak lagi....tak minum nescafe lagi.... Memang perjuangan untuk ini memeritkan...dan bukan mudah....
Untuk fasa pertama aku cuba kurangkan berat badan...aku berjaya turunkan hampir 8 kg....( Aku ada ambil satu produk yang dikatakan berkesan, yang ada di pasaran...)..Memang happy..
Anak-anak pun perasan.. mak dah kurus sikit ..hehehe Kawan-kawan pun tak heran lagi bila aku cuma makan ikan dan sayur saja di kantin.....
Ayatku cukup mudah je.... Bukan nak cantik...nak hilang sakit lutut..... dan semua kawan-kawan faham...Tapi malangnya, selepas beberapa bulan....tiba-tiba aku kena demam ... tekakku mula meragam... yang teringin cuma nak makan nasi...hehehe. Dan aku pun mula melupakan pantang yang aku dah mulakan.... Kemudian tiba pula bulan puasa....
Dan alasan ku mudah juga.....Aku perlu makan nasi untuk stamina.... Nanti puasa letih...
hahhahah.... Yang sebenarnya kerana aku yang jadi tukang masak... takkan aku nak tengok je orang makan nasi.. Akhirnya dietku hancur........kakakkakak......
Sebenarnya 16 tahun dulu aku dah berjaya berdiet..... aku dah cuba dan berjaya kurangkan 30 pauns...( berapa kg yer....) Yang aku ingat dari 110 kg aku dah berjaya kurangkan hingga 79kg.... ( banyak kan....).Apa yang aku lakukan ialah mendaftarkan diri di sebuah Slimming Center. Dan boleh dikatakan setiap hari aku menghabiskan lebih kurang 1 ke 2 jam untuk exercise..... balik sekolah je, aku terus ke sana. Masa tu, anak baru sorang, ( Fakrur Razi baru 2 tahun lebih...) dan yang membolehkan aku pergi Gym itu kerana suami ku tiada waktu tu. dia sambung belajar di UKM....
Memang perubahan bentuk badan menyeronokkan..... Tapi selepas 6 bulan....rasa malas nak gim datang balik..... Suami pun tak banyak mendorong.... Akhirnya, mengandung lagi....hahahha....dan badanku naik semula.... Itula al kisahnya...
Masa berlalu, dan setelah mengandung dan terus mengandung...hingga kali ke empat... Badan dah macam tak nak turun-turun...Walaupun dapat anak-anak lelaki yang nakal dan buas...hehehe
Produk ????....Produk apa yang aku tak pernah cuba,.... tapi yang aku tak tahan, bila makan produk kemudian asyik berulang ke bilik air....aduiii letih laa... memang ada produk yang berkesan.... tapi kemudian mulalaa terasa malas nak ambik....( tak habis pun..)
Untuk berjaya kuruskan badan sebenarnya aku dah senaraikan beberapa faktor yang perlu kita ambil perhatian....
1... Mesti dengan iktizam dan niat yang kuat... niat betul-betul nak kuruskan badan. Hari-hari kena baca niat dalam hati.
2. Mesti consisten dan berterusan... Baik exercise ke atau amalkan makan produk....mesti berterusan, bukan sekerat jalan...
3. Mesti ada sokongan dari keluarga... Kadang-kadang ada je yang menggoda kita untuk makan dan melanggar pantang.
4. Mesti ada duit yang cukup... Sebab sesetengah produk untuk kuruskan badan, harganya beratus-ratus ringgit... kalau beli sekotak memang tak akan kurus .
5. Mesti tahan dugaan dan cabaran..... bila dijamu makanan yang sedap-sedap mesti boleh menolak dengan baik.
6. Jangan langgar pantang..... ( Semua pantang larang untuk menguruskan badan )
7. Mesti ada kawan atau geng yang nak kuruskan badan.... baru terasa enjoy dan ada semangat nak berlumba-lumba....
Ini sekadar perkongsian dari pendapat saya sendiri.... Ok...jom kita kuruskan badan...ehehhe
Label:
diet,
kurus badan,
produk
Subscribe to:
Posts (Atom)