Pages

Followers

Showing posts with label 5k. Show all posts
Showing posts with label 5k. Show all posts

Friday, July 23, 2010

MC tapi sekolah...

(gambar tak ada kena mengena...tak ingat download dari mana...)

Hari ni aku pi sekolah...kemudian dapat MC.....
Stresss...barangkali...

Hari ini tarikh akhir aku bagi kat pelajar 5K untuk hantar kerja kursus.....
Terima kasih pada puan pengetua yang memahami...
Dia syorkan aku kepong pelajar yang tak siap untuk siapkan kerja kursus pada hari Rabu lepas..
( seorang anaknya masuk Art and Design dua tahun sudah...)
jadi tak adalaa banyak masalah sangat..

Tapi ... rupanya aku tak boleh cool......nak berapi je..
Mana tidaknya.. dari pagi lepas sorang, sorang datang.. Nak buat sampul baru, nak manila kad, nak gam, nak gunting, nak stapler...nak color pensel...
Kepala aku dah rasa besar dua kali ganda...terlalu berat...
belakang tengkok dah rasa macam pikul sesuatu....
dan mata... bila dah dipejam, rasa hilang sekejap...

akhirnya aku pergi jumpa PK 1 -" Kak Bitah..Izin keluar.. nak pi klinik..."
tak banyak soal... dia sain je...

Pergi klinik...jumpa Dr Khairuddin...klinik Takwa...
aku cerita apa yang aku rasa... dia check sana sini...
check tekanan darah, jantung....

" Cikgu... saya bagi MC... balik rehat...."
tekanan darah tak tinggi sebab aku dah makan ubat pagi tadi....
kadar jantung aku tak tahu....ok kot..
tapi yang aku tahu aku begitu lesu....

Balik ke rumah talifon ke sekolah....
makan ubat... dan tidor.......
lupakan sekejap tentang 5K......lupakan sekejap tentang sekolah..

tiba-tiba tersedar... jam dah pukul 12 tengahari.....
ohhh... nak kumpul folio 5K....
harap-harap budak letak atas meja aku...
kalau mereka tak hantar macamana...

basuh muka...kenakan tudung ...aku balik ke sekolah...
kepala dah rasa lega.. badan dah rasa ringan sikit...

masuk bilik ...tengok atas meja, tersusun beberapa folio...alhamdullillah..bisik hati..
tapi tak tengok di dalamnya lagi...tak kisah laa...janji hantar..

Kemudian, datang si Ilham...pelajar harapan aku...
ehhh...kenapa tak binding.. kenapa tak warna... mana persembahan...
aduhhhh.... kan saya dah tunjuk contoh folio tahun sudah yang dapat A...

Datang pula si Ain..... pelajar harapan juga....
awak pun sama.... kenapa tak siap binding...

darah dah terasa naik semula....
saya pi kantin ... nanti nak tengok awak dah binding folio awak....


Habis makan...balik check folio yang di hantar..
memang tak puas hati... lantaklaaa...

check satu- satu... akhirnya...dapat kesan, ada empat orang lagi yang tak hantar...
bersedialaa korang ..
Isnin ni... akan berjumpalah korang dengan guru disiplin....
Pengetua dah bagi green light..
tak hantar... satu rotan..!!!

Kesimpulannya...:

aku bukan muda lagi seperti 10 tahun dulu...
boleh kejar, setiap pelajar selagi mereka tak hantar kerja kurus..
boleh pastikan mereka siap pada tarikh sepatutnya...

mana yang nak aku utamakan... badan aku atau pelajar-pelajar aku...???










Tuesday, March 2, 2010

Alahai.....pening kepalaku....


Hari ni aku rasa letih sangat... padahal jadual mengajar aku tak banyak hari ni.. Yang letih sangat tu sebabnya berpunca dari kelas 5K yang aku masuk awal pagi......
Aduhhh... apa yang aku nak cakap tentang kelas ini..???? Hari ini aku masuk ke kelas dengan pelbagai contoh dari kerja-kerja pelajar tahun sudah... penuh kiri kanan tangan . Alih-alih bila aku tanya pelajar, jangankan gambar-gambar rujukan yang aku suruh cari, kertas lukisan dan pensil warna pun tak bawa..... masyallah....mahu meletup aku...!!!!
Briefing aku dah bagi dua minggu dulu, sebelum cuti tahun baru cina.. Minggu lepas dah mula lakaran rekaan... Hari ini sepatutnya aku nak mulakan lukisan realistik gambar flora... Lukisan ni penting sebab dari sinilah baru boleh kembangkan idea rekaan seterusnya..
Tapi dengan 5K ni...aku memang mati akal... Mereka adalah pelajar-pelajar yang mahu disuap 100 peratus.. semuanya kita kena bantu.. semuanya kita kena buat... termasuklaa rekaan coraknya..
Sebenarnya kalau aku tak nak pening kepala, memang aku boleh sogokkan aja budak-budak ni dengan gambar-gambar yang aku dah kumpul bertahun-tahun... lukiskan motif untuk mereka dan suruh mereka tiru saja.. Regangkan kain dan aku tolong canting...selesai kerja...
tapi sampai bila budak-budak ni nak dididik macam ni...apa yang mereka akan belajar??? Sampai bila mereka nak berdikari dan berusaha sendiri... dan paling penting...bila mereka nak sedar diri...?????
Pada aku mereka ni masih lagi di alam mimpi, masih tidur yang lena....hidup di zon selesa tanpa kepayahan... Mereka masih tak sedar, SPM menanti di hujung perjalanan....kegagalan akan menanti kalau mereka tak bersedia.
Atau barangkali aku kena ikut cakap beberapa rakan-rakan guru ...ros, tak payah pening-pening...nanti kita yang sakit.... biarkan aje, yang buat kita bagi markah... yang tak buat nasiblaa....