Pages

Followers

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

MAJLIS RESTU PELAJAR SPM DAN STPM

     Masa berjalan begitu pantas... tidak begitu.? Baru saja masuk tahun 2011... rupanya sekejap sahaja dah sampai penghujung. Bagi kami guru-guru, paling ketara terasa bila sampai ke detik-detik akhir pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM.... Isnin ini peperiksaan SPM akan bermula.....
 Macam tahun-tahun yang lalu.. bila sampai detik terakhir begini, kami adakan majlis memohon restu guru-guru.... Memohon kemaafan pada guru-guru dan guru-guru meredhai apa yang telah diajar...
 Bila tiba saat begini...  semua pelajar menjadi sama, samada kita ajar atau tidak... kenal atau tidak, semua memohon kemaafan...
 Berpelukan begini menjadi suasana lebih bererti....
 Tak kira apa jua warna kulit, agama atau bangsa....
 semua menjadi sama dalam majlis begini..... Indah bukan....
 Paling tak tahan, bila ada pelajar yang mengalirkan air mata...  tak sedar airmata kita sendiri pun mengalir sama...

Suasana begini tidak berlaku selalu... cuma setahun sekali...
dan menjadi lebih bererti kerana saling meredhai dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak didik yang dikasihi...
Semoga mereka berjaya di dalam peperiksaan..
dan menjadi insan yang berguna..

Wednesday, May 11, 2011

Terima Kasih...pentadbir yang memahami...

          Kebelakangan ni... kebanyakkan guru-guru sibuk... Bermula dari menyediakan kertas soalan, dan sekarang dah minggu exam...ertinya dah mula menanda jawapan.....( menyemak jawapan...)... dan bagi cikgu PBS ( penilaian Berasaskan Sekolah )  macam aku... dalam budak exam, tetap mengejar mereka buat kerja kursus yang tinggal tempoh sebulan saja lagi...

     Tetapi yang lebih parah.... di Perak khususnya di Kinta Utara.... bahang kesibukan mula terasa kerana persiapan untuk menghadapi MSSM kali ke 53 yang akan berlangsung 20 - 24 hb Mei.. dah bermula..... Semalam budak-budak dah mula turun ke stadium untuk raptai membawa tanglung Satu Malaysia...( acara kononnya untuk pecah rekod Malaysia...  waallahualam...!!)  Satu sekolah  membawa 80 orang pelajar yang akan membawa tanglung berangka SATU..  Dan semalam, mereka mula melatih formasi pergerakkan untuk persembahan....

    Untuk tugasan ini....  alhamdullillah...... nama aku tidak disenaraikan...hehhehehehh..... baik dari mula buat tanglung...sampailah ke hari acara kemuncak.......Happy ...tentulah happy.....
Aku bukan lagi guru muda, yang nak mengejar pengalaman lagi.... semua ni dah aku tempoh dulu... cuma mungkin acaranya berbeza.....  Yang ramai terlibat tentunya, guru-guru yang aktif sukan, ko kurikulum,. guru-guru PJK, dan majoriti guru-guru muda..... ...baguslah begitu. Buat apa bagi kat cikgu yang dah sakit lutut.....
      Cuma lepas ni aku tak pasti, sebab difahamkan dalam taklimat guru tadi ( contak time laa tu....) kami diberitahu ada lagi satu acara peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak... Kalau tak salah aku...
Pelancaran... Satu Murid ...Satu Sukan....( dalam bulan Julai ) sebab khabarnya... semua guru kena turun ke stadium...dan kena bertugas...

       Setakat ni...  apa-apa pun.... rasa nak ucap terima kasih kat Para Pentadbir sekolah aku.... kerana memahami..... tak bagi aku sebarang tugas.... akhir-akhir ni.... boleh aku beri perhatian pada kerja sedia ada ... yang tak pernah habis....

Saturday, April 30, 2011

Kecewa..

 Semalam baru berlalu satu peristiwa penting di sekolah.. iaitu Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko Kurikulum yang diadakan serentak...  Tahun ini kalau diikutkan perancangan pengetua..ingin menjemput Pengarah datang... Malangnya, pengarah sudah menerima jemputan di tempat lain... Lalu dijemput Pegawai Pendidikan Daerah..juga malangnya beliau juga tidak dapat hadir...lalu diganti dengan timbalannya sahaja.. iaitu orang yang sama merasmikan acara ini tahun sudah....
 Tahun ini.... aku bernasib baik, kerana di saat-saat akhir aku dapat berkerjasama dengan seorang Pegawai dari PKNP ( Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ).. dan dapat membawa dua orang wakil pengusaha seramik dari Chemor..... Hasrat aku, agar inilah peluang untuk pelajar-pelajar aku mengenal dan melihat sendiri proses menghasilkan seramik disamping mencuba sendiri menguli tanah..... Dan ternyata, aktiviti ini mengembirakan semua pihak....
Malangnya... bila aku masukkan gambar ke dalam laptop ku ini.... hanya dua ini sahaja gambar yang ada dari gerai Pusat Sumber.... Kecewa betul aku.........  Tugas mengambil gambar sebenarnya sudah kuberikan kepada seorang pelajar dan pembantunya. Kerana mereka memang exco media di Pusat Sumber.....dan lebih malang, kamera kecil yang aku bawa... tak boleh berfungsi. kerana memory kadnya tertinggal........aduhhhhh.... Jangankan gambar aku pun tak ada...gambar instruktor dan pegawai PKNP pun tak ada.... juga beberapa aktiviti menarik yang sepatutnya dirakam....aduhhh sedihnya aku...... Mungkin , minggu depan , aku terpaksa bertanya kepada sesiapa yang ada merakam gambar di gerai pameran aku...untuk dokumentasi.....

Wednesday, April 27, 2011

Mengajar tak semestinya dalam bilik darjah...

    Hari ini, raptai Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Koko diteruskan lagi..... Kata kawan-kawan aku semalam... raptai berterusan sampai pukul 1.00 tengahari. ..kerana boss tak puas hati....( waktu tu aku masih di luar mencari pokok-pokok bunga hiasan untuk pentas..
 Tahun ni... aku tak nak guna sangat pokok bunga kertas... jadi untuk dapat warna warninya.. kakak kat nursery bunga tu cadangkan aku ambil pokok ini.... yang aku sendiri tak tahu namanya...tapi cantik juga.
 ...dan bunga berwarna purple ini... untuk timbulkan contras....
 Kerana kekangan masa... pagi tadi, sebaik habis raptai, aku terus mengajak pelajar kelas 4K membantu aku menyusun bunga-bunga ini.... Malangnya masa mereka bekerja aku terlupa nak keluarkan kamera.....Tapi entahlaa...remaja sekarang susah juga nak diminta tolong....Jadi Mak tarzan jugalaa aku.....Kerana kekangan masa juga...pokok bunga aku susun dulu... padahal, fountain air belum pun sedia.....kerana aku lupa mana kusimpan motornya....
 Asmad...pelajar 4K ..agak teruja membantu... apatah lagi, bila hasil susunannya nampak menarik...Aku bagi arahan saja, apa nak dibuat... dialah yang menyusun.....
 Sambil-sambil tu... aku bagi tahu.... Kerja-kerja nanti awak boleh buat kat rumah orang kawin... depan tempat jamuan ....Kalau terus buat taman pun boleh... macam DBI ( Dewan Bandaraya Ipoh )
 Part yang mereka tak sabar nak buat... nak bubuh pagar...Dulu aku guna kain...tapi masa berubah...dan pagar ini lebih praktikal dan boleh diguna setiap tahun...
 Amirul teruja dengan hasil kerjanya...tapi kerja sebenarnya belum selesai... batu belum ditabur.
Batu biar kemudian.. sebab aku tak mahu nanti disepak-sepak dek orang yang lalu kawasan ni...
 Bila aku balik ke kelas...inilah situasinya...
 Lelaki dan perempuan... semuanya terlingkup di meja....
Raptai hari ini memang agak meletihkan...kerana umpama raptai sebenar... mereka kena duduk di padang..( bagi yang tidak terlibat... dan yang berperanan duduk di posisi masing-masing....Yang buat persembahan.. kena bersedia lebih awal....
Yang aku hairan... group pelajar di belakang sana  tu...termasuklah anak si Mamat pengarah....tak kelihatan letih pun.... bila aku tangkap gambar ni... baru mereka macam tersedar, aku masuk.Takut dengan aku...???? haram tidak pun... buat gurau lagi adalaaa...
 Dalam keadaan pelajar-pelajar keletihan begini...cubalaa fikir, sesuai ke tidak kalau aku mengajar...
Malah ada pelajar bertanya dengan aku.... " Cikgu... cikgu tak letih ke....???   Mahu aku ketawa... mereka yang muda dah tersungkur... inikan  orang yang seusia aku....cuma....takkan nak tunjukkan ...

Wednesday, April 20, 2011

Memang berbeza....

    28 hb April, sekolah ku akan menyambut Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko Kurikulum....... apa yang menariknya dah hampir dua tahun aku tak lagi memegang jawatan penting untuk acara penting  bagi sekolah ini...
Macam tahun sudah, tahun ini juga aku dikehendaki membantu dan memberi khidmat nasihat...( heheh yer ke..) kepada guru muda yang masih bertenaga, untuk mengetuai bahagian pentas yang selama ini aku pegang sejak aku jadi guru di sekolah ini. ..Tapi bagusnya guru muda ini, hormatnya pada aku..sampai ada yang ingat aku masih memegang ketua untuk bahagian pentas. Dan aku pun... tidaklaa pula memalukan diri menunjukkan kelemahan dan kemalasan di depan orang muda. Bahagian hiasan depan pentas... aku jaga. Yang lain-lain tu bagilah jawatankuasa lain...( setakat gantung langsir je..tak kan tak boleh kott..)
    Tapi  yang terasa sangat  antara jadi ketua dan tidak ni.... ialah  tahap stress dan tidak stress....hehhehhehe...
Pertamanya kalau jadi ketua, kena attend bermacam-macam mesyuarat... mesyuarat induk, mesyuarat letak kerja, mesyuarat jawatan kuasa.. dan entah apa lagi mesyuarat.....
        Keduanya.. nak mengarah, guru-guru lain tu satu hal.... kalau yang satu kepala tu tak pe...ini yang jenis buat tak kisah... tunggu kita bagi tahu baru nak gerak... tu yang susah.... Tak tanya dia pun diam pun ada....
      Ketiganya, nak mula kerja laa...kalau dulu, guna polisterine...untuk backdrop.  dua minggu dah kena bersedia. Potong polisterine pulak kena cari budak yang cekap dan pandai....makan minum dia kena jaga. balik lambat kena tolong hantar.... Nak susun ke dinding satu hal... stressss.... dah tu, masa tulaa pulak orang nak buat rehesal.. sekarang dah senang . Main tempah banner je... gantung dan hias...
     Pulak tu... satu tahun tu... ada pengetua nak air terjun... Zaman tu mana ada kolam ke, yang setaraf dengannya... Kena buat sendiri.....aduhhh... dah buat kena test pulak..jangan bocor....Tapi hasil memang laa cantik.....Sekarang dah senang... aku dah beli satu tempayan besar untuk fountain... cuma tiap tahun beli pokok bunga je... tambah untuk koleksi sekolah.... kerja dah jauh lebih mudah...
   Punyalah tak tensionnya aku sekarang... sampai aku tak sedar... rupanya minggu depan hari khamis je majlis itu akan berlangsung....Hari Jumaat ni, aku janji ngan guru muda nak pi cari pokok bunga....ermm....waaaa...keluar ngan guru muda aku...jangan maraaaaa..... janji kerja beres...!!!

Wednesday, March 23, 2011

wajah-wajah gembira..

Puan Pengetua diapit PK Pentadbiran dan PK HEM... dengan wajah gembira...menunjukkan sijil penghargaan yang diterima dari PPD. Peningkatan dari segi KUALITI, KUANTITI dan GPS

Result SPM keluar hari ni....

     Hari ni...ramai yang teruja dan mungkin juga ramai yang kecewa....Bukan saja calon-calon spm 2010.. Cikgu-cikgunya juga.....
    Tak macam tahun-tahun yang lalu... aku rasa kurang teruja nak tahu keputusan peperiksaan spm  ( ehehheheh yer ke..) Barangkali sebab tak ada anak yang ambil SPM tahun ni... Dan lagi pun aku rasa usaha aku untuk budak-budak SPM.. tak ada yang extra ordinary untuk buat aku rasa gelojoh nak tahu hasilnya.... aku rasa biasa-biasa saja....dan untuk mengulangi kehebatan result yang terhasil tahun 1998...mungkin tidak akan berulang. ( Result tahun tu...11 orang A 1 dan 55 dapat A2 ). Zaman tu...semua calon yang naik tingkatan 4 adalah calon-calon yang berjaya sahaja dalam PMR. Tidak seperti hari ini... semua calon layak naik ke tingkat 4. Dahlah tu.... yang ambil Pendidikan Seni Visual kebanyakkannya.... yang tak layak untuk kelas Sains dan Vokesional... dan yang kantoi teruk punya...( straight E pun ada....)

     Aku rasa Puan Pengetua.. memang layak gembira dengan hasil yang diterima.. Peratus kejayaan naik..tahun ni dapat 95.84 %  naik dalam 1 persen lebih....dan sekolah dapat sijil penghargaan  atas peningkatan KUALITI. KUANTITI dan GPS... Berbagai usaha yang dilakukan dan dua pelajar dapat straight A ( seorang melayu dan seorang Cina ) seorang dapat "near Miss "... tak dapat straight A kerana satu subjek B+.
     Subjek PSV.... 100 % ...................... tapi cuma 3 orang yang dapat A ( A+ tak ada ) berbanding tahun sudah ( 2009 ) 10 orang dapat A.  Dan semuanya dari calon luar jadual ( pelajar kelas sains ).....( So fahamlaaa... kenapa aku rasa kurang teruja sangat...kecewa tidak juga....dah lali...) Tapi yang aku rasa bangga tu.... pelajar yang dapat straight A ( 10 A ) tu ...salah satunya adalah PSV..... rezeki dialaaa..... sebab dia adalah calon luar jadual. Pelajar-pelajar yang aku ajar bagai nak rak...sorang pun tak ada dapat A. Paling bagus pun B+...
     Inilah turun naik ...jadi cikgu. ..Tahniah untuk sekolah SMK Wira Jaya.. ( sekolah anak aku ) kerana dapat lonjakan saujana...khabarnya naik 20%... hebat tu..



Monday, March 21, 2011

tanpa tajuk.............

    Hari ni bermula semula sesi persekolahan........

Hahaha..... jadi cikgu pun sebenarnya terasa malas nak ke sekolah... apatah lagi kalau budak-budak.. bila dah sedap cuti seminggu.. Ditambah kebelakangan ni... tiap kali bangun mesti kepala sakit. .. beberapa hari sudah  aku sakit urat belikat...sampai ke kepala sakitnya.... Telan ubat pain killer baru lega sikit..( doktor bagi ) di tambah dengan ubat sakit urat....rasa macam nak demam sakitnya.,,
Pagi ... di perhimpunan, Puan pengetua mulakan ucapan dengan topik yang membosankan... aku jadi khayal.. entah ke mana=mana... sambil menahan sakit kepala yang masih tak hilang...
Habis perhimpunan... masuk kelas 5K.. budak-budak tu tanya tentang kertas ujian...( aku belum tanda pun ) Sebenarnya aku nak mulakan Lukisan Realistik untuk kerja kursus... tapi bila aku tanya.. proses kerja masa cuti ...mood aku terus merudum............................................. hanya 2 orang pelajar yang buat kerja ...aduhhhhhhhhhhh sakit jiwa aku...........................................
Tugasannya bukan susah benar pun... cuma cari koleksi gambar pembungkusan makanan... dan koleksi muka taip................. alahai... ini pun tak boleh ke............................................................

Pagi Isnin....hari pertama... aku dah berleter panjang.............................................................................
9 hari cuti tak buat apa......................................... tak sayangkan masa langsung.......................................

Habis kelas ... terus ke kantin.... yang tak faham, bila kat sekolah... mesti perut lapar je... kalau kat rumah ok je... kalau lewat makan pun.............. Dan menunya....
Masih seperti biasa.... menu yang serupa................. mee goreng, bihun goreng, kuihteow goreng.....nasi lemak dan kuih-kuih..... tak ada lain ke... ???????????  roti bakar dengan sekaya ke... roti canai ke............ roti telur ke..... kerana perut dah lapar makan ajelaaa.....

Lepas makan ke pejabat..... Cikgu ada surat.....
alahai........ Program NIlam.....
kemudian menjengok Pusat Sumber.....
alahaii..... budak-budak pengawas tak siapkan lagi carta organisasi..............isykkkkkkk....!!!!!

Kenapalaa... first day ... tak ada perkara yang menyeronokkan.......

Monday, March 14, 2011

Tinggal kenangan......

 Mural ini aku buat sebelum hari guru tahun sudah....kalau dikira belum sampai setahun....

Selepas cuti tahun baru cina yang lepas...aku rasa kecewa sangat...sebab mural ni dah dipadam......
Memanglaa...selepas beberapa bulan, warna mural ini kian luntur kerana bahang matahari yang terik setiap petang... tapi aku tak sangka ia akan terus dipadam....
Beberapa kawan bertanya hal ini...tapi aku malas nak komen....

RAMAI YANG TAK FAHAM....KERJA MEMADAM KERJA MEMANG MUDAH...
TAPI NAK MENGHASILKANNYA MEMAKAN MASA BERHARI-HARI....DAN 
TENAGA YANG BANYAK.....
KALAU TIDAK PUN....
BELAJARLAH MENGHARGAI PENAT LELAH ORANG LAIN....

Saturday, March 5, 2011

Letihnya...begitulah kalau usia dah meningkat....

   Hari ni acara merentas desa kat sekolah... Dengan ni, lengkaplah bulan ni..setiap sabtu ada aktiviti yang perlu dihadiri..( minggu lepas, aku bagi alasan ada kursus...heeh tapi sebenarnya aku sibuk mengurus Hakim yang nak masuk asrama ) bermula dengan LADAP..sekolah ganti..minggu lepas ada MTQ..dan minggu ni merentas desa...
     Siapa kata tak letih jadi cikgu....Gambar di atas ni,pengetua kami.... pengetua cemerlang...Bila cemerlang yang dipegang...kami semua jadi sasaran..."jaga maruah......" Tapi bukan nak puji..  idea dia memang tip top...dan pengurusan dia memang bagus... cuma tak larat nak ikut rentak dia..
 Bila ada aktiviti begini..biasanya yang bersemangat adalah pelajar-pelajar menengah rendah....( tengok saiz..semua kecik-kecik ).. terutama pelajar tingkatan satu... yang baru pertama kali nak rasa merentas desa...
 Cikgu-cikgu yang periang.... Mereka guru-guru dari generasi muda yang  bersemangat...
Inilah masa yang mereka nanti-nantikan... larian tak jauh sebenarnya... merentas kawasan dalam kampus Politeknik Ungku Umar yang bersebelah dengan pagar sekolah....
Aku cuma jaga cek point 1... dan selepas tu, usong kamera...clik sana sini... seronok...photografer dah ada orang lain... tapi saja aku suka... nanti boleh kongsi dengan budak-budak...
Tapi....walaupun kerja tak teruk..... Letihnya.....hanya Tuhan yang tahu..badan -badan lenguh semua...sebelah petang hanya baring....heeehe ....sakit semua... ini pun tengah sakit..tapi dah jemu baring....

Wednesday, February 16, 2011

Inilah manusia.....

   Sebenarnya aku tak tahu nak bubuh tajuk apa untuk entry ni... kepala pun dok pening ...mungkin cuaca panas ni kot...atau darah tinggi ku naik lagi...( tapi aku makan ubat..) Cuma "cuaca" dalam kehidupan pun rasa tak menentu kebelakangan ini...Rumah , sekolah ...sama-sama memerlukan comitmen yang tinggi...dan kadang-kadang membuat "suhu" di kepala naik......

    Hari ni... lepas waktu 5, aku kepit dua fail stok pergi ke pejabat, nak settlekan beberapa fail yang masih belum kemas kini... Bila tanya... CC ada..?????..CC tak ada....MC... ... ERmmm..beginilaa selalu, time aku semangat nak buat...dia tak ada... nanti time aku sibuk... ...dia pula sibuk cari aku..." cikgu...tolong yer...fail tu...nanti orang ISO datang... Dah banyak kali macam ni.....

    Hari ini juga.... kawan aku yang memantau fail ISO..minta aku hantar fail PSS....adohaiiiii......!!!!
Cakap bab fail inilah benda yang paling aku benciiiii.......

       " Tanyalah cikgu..ZXXXX.....dia yang incharge dulu...." Cadang kawan aku tadi...
Aku pun kebetulan jumpa cikgu yang dimaksudkan....bodoh kera...aku tanya..... selamba dia jawab...
"eeeehhh...saya dah dua tahun tak pegang PSS...( mana dua tahun...baru setahun aku ambil alih...) saya dah tak ingat.........
Inilah manusiia............................ tak kan dah lupa.... Tak nak membantu langsung...Malas aku nak berengkang...sebab dia tengah bawa perut...aku telan ajelahhh..
       .Bukan aku tak geram, dulu bila aku ambil alih suruh buat surat serah tugas ... dia tak buat pun................kalau tidak aku taulah sikit-sikit...( orang atas tak sibuk bising macamana aku nak bising...)
Bukan nak ungkit... tahun sebelum aku pegang PSS, aku juga yang kena bila dia tak buat laporan PSS... tapi nasib baik pengetua baik dan memahami...
    Maaf cakaplaa...kadang-kadang aku tak faham bagaimana  dia  yang dinaikkan pangkat..padahal, ramai lagi cikgu lain yang lebih senior yang berpengalaman.....( tidak termasuk aku..sebab aku dalam kelompok lain..)
     Siapa kata jadi cikgu senang......?????? Banyak perkara dalam kepala kena fikir....kerja kursus budak tingkatan 5 pun dah mula......Pusat sumber lagi....Mengajar lagi... dan tadi dah dapat duti latihan sukan......dan minggu depan...pemantau ISO nak datang pulak...isyylkkkkk...kacau sungguh...

Dan hari ni...  entah camana aku boleh lupa ada kontak time..........bila tersedar... dah lewat...malaslaa nak naik...heeheheh
      

Wednesday, January 26, 2011

PENGARAH DATANG...

      Hari ni kami dikejutkan dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran Perak.. En Mohd Rauhi b Mohd  Isa...mana tidaknya, perhimpunan pagi belum bersurai..beliau dah terpacak di belakang perhimpunan....( Nasib baik aku datang awal sikit...heheh kalau terlewat memang kantoi...Pengarah datang 7.40 pagi....) Yang paling kalut tentulah Puan Pengetua kami..dan pegawai-pegawai di bawah beliau...Guru-guru yang ada kelas, masuk kelas macam biasa..( lebih cepat dan tepat dari selalu...hehehhe ) Yang duduk di bilik guru...aku rasa mesti kelam kabut mengemas serba sedikit...takut Pengarah menjenguk, bilik berserabut.... Aku...??? macam biasa terus ke kantin...hahhaha pekena kopi dulu baru mula kerja.....( kena telan ubat dulu..sebelum masuk kelas...nanti kalau lambat mesti terlupa..)
    Dari beberapa orang kawan..aku dapat tahu, Tuan Pengarah menjenguk ke Pusat Sumber... Alhamdullillah..Pusat Sumber dalam keadaan kemas dan teratur...( Pelajar-pelajar tionghua dah pasang hiasan sempena Tahun Baru Cina..Budaya ni aku mulai tahun sudah, supaya terasa suasana perayaan ) dan petang tadi aku membeli hiasan tambahan...untuk pengawas-pengawas PSS yang komited...biar mereka happy sikit...
       Berbalik kisah Tuan Pengarah tadi...aku dengar kabar juga.... dia panggil pegawai pembangunan datang segera ke sekolah..... Nampaknya adalah habuan untuk kami tahun ni.....ermmm..apa yer...

Thursday, January 20, 2011

Kembali sibuk....

     Hari ni dah rabu minggu ke tiga sekolah...cepat kan masa berlalu.....Esuk , cuti umum Thaipusam....Jumaat sekolah balik, dan Sabtu sekolah ganti......aduiiiiii....
 Bila kembali ke sekolah...dah mula kembali sibuk...
Hari ni bawa balik kerja ke rumah...rehat kejap tulis blog...hahahhahahh
Sebenarnya bukan rajin sangat...tapi terpaksa...Dateline 21hb Januari ..hari ni dah 18hb Januari.....Boss pula nak borang di taip...( tak mau tulisan tangan , walau macamana cantik sekali pun.) Siang tadi seharian mengumpul data-data yang diperlukan...nasib kelas tak banyak...
   Semalam sibuk nak buat mesyuarat pertama PSS...menyiapkan laporan...tak sempat nak buat kutip data..Tengahari tadi, contak time...bagusnya dibuat LADAP sekali....so tak payah banyak kali datang hari sabtu...( ni yang bagus pengetua ni...hehhehe kalau boleh jangan kacau sangat hari sabtu..) Waktu LADAP ( Latihan dalam Perkhidmatan ) kami buat dalam kelompok panitia...dalam Panitia Seni hanya bertiga....yang lain semua masuk panitia yang lain. Kami buat pengurusan fail...hehehhe kelakarnya cikgu-cikgu baru ni...risau betul pasal fail......Bertahun aku mengadap sorang fail panitia...kalau tak cukup aku isi......kecoh betul..          .( sekarang aku bukan ketua panitia...dah pegang  PSS kan... ) Sebenarnya...fail panitia seni jarang orang kacau sangat kecuali ISO. Kat sekolah biasanya pengurusan beri tumpuan pada subjek-subjek killer......Sains matematik, BM ..Agama...dan lain-lain...Seni jarang diberi tumpuan...Janji buat kerja bagus-bagus...result 100% ....orang atas tak kacau sangat....
      Kadang-kadang cikgu-cikgu baru ni...nak keluar kederat sikit tak nak....sejak aku di sini, tak ada mural (lukisan dinding.) baru dari tangan cikgu-cikgu seni baru.....padahal dah ramai obsyen seni....Di sinilah gahnya cikgu seni...orang nampak kemampuan kita... Kalau takat dalam fail...siapa nampak...fail aje gah..hasil tak ada..
ok kena keluar dulu....mata dah mengantuk..see you all...love you all......

Monday, January 3, 2011

First day.....3 januari 2011

 Hari ini, ditakdirkan hari pertama persekolahan ...hujan turun mencurah-curah.. walaubagaimanapun, perhimpunan rasmi sekolah tetap dijalankan. Meskipun agak mengambil masa untuk menyusun pelajar masuk ke dewan , tetapi ianya berjalan lancar.
 Cuma bezanya...tiada nyanyian Negaraku, lagu sekolah dan ikrar rukun negara..Hanya mendengar amanat awal dari Puan Pengetua.. Puan Hjh Saadiah . Penuh bersemangat, penuh dedikasi..mengajak guru-guru dan pelajar membina nama sekolah dan menjaga maruahnya....
 Keadaan walau pun agak sesak, kerana ruang dewan yang agak sempit...tapi tidak menghalang pengetua untuk menyampaikan ucapan...
 Pelajar cemerlang 9 A.
Keputusan PMR tahun ini walaupun tak sebaik tahun lepas ( 18 orang straight As) tapi masih boleh dibanggakan lagi..Ada beberapa orang pelajar yang tak disangka dapat straight A...tiba-tiba menunjukkan prestasi yang cemerlang...memang menakjubkan...

Tapi yang memeningkan aku...kelas 4 K ni...
Mengikut kata ketua kelas tadi, jumlah semua pelajar ialah 71 orang...
oo makk...biar betul....!!! Kelas ni dah selayaknya dipecah dua menjadi dua kelas...
tapi itu cakap kita...sebenarnya bukan semudah itu hendak dipecah dua..kerana perlu juga memikirkan bilik kelas, kerusi meja...dan jadual waktu yang baru... dan difahamkan juga, sekolah tak boleh sewenang-wenang buka kelas baru, tanpa kebenaran.... Buat sementara, pelajar-pelajar ni ditempatkan di dewan..lepas ni tak tahu ke mana...Tetapi aku sendiri tak pasti di mana...sebab setahu aku, semua kelas dah penuh...kalau ada pun tak cukup untuk masuk semua 71 orang pelajar sekali gus...
Aduhhh....macamana nak mengajar ni...?????

Thursday, December 30, 2010

Bermula sudah ...sessi tahun 2011

 Hari ini bermula sudah mesyuarat guru untuk melancarkan perjalanan persekolahan tahun depan...
Diam tak diam...hanya tinggal 3 hari sekolah akan bermula semula...Sebenarnya, semalam lagi dah bermula mesyuarat untuk Jawatankuasa Kurikulum Sekolah...tapi aku tak dapat hadir, kerana aku juga mengetuai suatu tugas lain ....yang wajib dilaksanakan segera....
 Sepatutnya jadual waktu ini, kami terima esuk. Tetapi kerana esuk diisytiharkan cuti sempena kemenangan bolasepak ,Malaysia menjadi juara AFF Sazuki.... jadi mesyuarat untuk esuk dibawa ke hari ini.....
Bahagia sungguh bila tengok jadual waktu aku ni....!!!!!  Hanya mengajar tingkatan 4 dan 5...dan hanya 13 waktu......( adalaa yang makan ati, bila tahu jadual waktu aku ni....) Ini kerana aku memegang tugas sebagai penyelaras Pusat Sumber..
 Tahun ini, puan Pengetua, menyediakan carta aliran kerja ni...Memang baik pun diadakan...
walaupun dah lama jadi cikgu, kadang-kadang ada tugas yang kita masih blurrr...apatah lagi guru-guru baru...
 Buku takwim yang canggih... tercantik pernah aku dapat sepanjang karier menjadi guru...
di dalamnyalah, senarai tugas, dan jawatankuasa yang diberikan kepada guru..Sekali lagi aku rasa happy...macam tak percaya pun ada....Beban tugas kian kurang...


Untuk tahun ini, aku masih dilantik menjadi guru penyelaras Pusat sumber dan Media....dan yang paling menggembirakan... ada beberapa perubahan dari segi jawatankuasanya... Ada setiausaha lagi...ehhehe

Inilah hikmahnya bila tak berkira kerja....Allah permudahkan semua urusan ...
Dan kawan yang menolak tugas ini dulu.... tahun ini masih berungut...banyak kerja yang diberi.....!!!!!!

Sunday, September 5, 2010

Majlis bermaafan sempena Syawal...

Majlis yang boleh dikatakan menjadi tradisi di sekolah aku bila menjelang Syawal ialah majlis bermaafan sesama pelajar dan rakan guru....
Tak kira tua muda, sama-sama bermaafan....
Bersama anak murid aku Kamanorain.... Kelakar sikit...dalam malu-malu , keluar tangan tunjuk piecess....
Guru lelaki sesama lelaki....berpelukan bermaafan..
sempat bergurau senda...
Yang bersongkok tinggi... Encik Zainal... guru disiplin...
Guru bukan Islam bukan bersama-sama memeriahkan majlis...
Inilah satu budaya yang aku paling suka...
moga berterusan selamanya...
sebenarnya banyak gambar lagi..tapi aku nak masukkan dalam blog pusat sumber....

Tuesday, July 6, 2010

Rindu seorang lelaki....

Bila aku ceritakan pada kawan-kawan, aku ajarkan suami membuka akaun laman sosial facebook, ramai yang ketawakan aku... tak kurang yang berkata, jaga-jaga Ros...... Tapi aku tahu niat aku baik. Sekurang-kurangnya My suami dapat bertemu dengan rakan-rakan lamanya melalui facebook...
Dan melalui sembang bual di facebook membawa lelaki ini ke sekolah lamanya.... Memang ternyata, rindu pada alam remaja masih ada.... Dan aku menemani beliau menyaksikan perasmian majlis sukan tahunan sekolah lamanya yang ke 94 tahun...
Dengan warna rasmi merah dan hitam...pelajar-pelajar sekolah ni...look so smart. Aku yakin sekolah ni ada sponsor yang mantap... iaitu old boys sekolah ini juga.
Kawad kaki pasukan kadet ni memang nampak cantik....
Dan inilah klimaksnya...My suami bertemu rakan-rakan lama...( ada beberapa gambar tapi entah kenapa tak boleh upload )...Rakan di atas, ditemui di facebook aku dulu...sekarang bisnes man ( bekas YB ).. Dan ada juga yang kami temui YB - wakil rakyat mana entah aku tak ingat....( hebatnya mereka ) Ada juga beberapa muka yang macam pernah ku lihat...tapi di mana yer...???? Dan salah sorang yang aku pasti, ialah doktor yang merawat semasa aku bersalin di Hospital Bersalin, Ipoh.....
Aku akui...hebatnya sekolah ini kerana function sekolah dijayakan bersama-sama Old Boys......
sekolah aku ada ke macam ni......???? rasanya tak ada....