Pages

Followers

Showing posts with label itm. Show all posts
Showing posts with label itm. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

Jumpa kawan lama...NorAzmi Murad

Nor Azmi Murad (kanan) dan seorang guru juga dari ITM..
(maaf tak ingat pulak namanya....)
Hari ni aku balik sekolah dengan pelbagai tugas yang menanti...pelajar calun spm ada peperiksaan percubaan P. Seni Visual... Calun Seni Visual yang cuma seorang ada kertas Lukisan...dan hari ini yang lebih penting aku kena hantar portfolio kerja kursus calun STPMku..... Alhamdullillah, dia buat dan siap juga...yang lain-lain aku tak nak komen, biasa keputusannya keluar nanti menentukan. Dan aku sebagai guru lega sangat bila nampak ada portfolio yang hendak dihantar...
Di bilik kebal SMK. Seri Ampang...tempat mengumpul semua kerja kursus Seni Visual aku bertemu seorang kawan lama...Nor Azmi Murad . Kami sama-sama masuk ITM tahun 1982..dan tahun 1990 kami sekali lagi bertemu dalam satu kelas Diploma Pendidikan Seni..atau dulu dikenali dengan nama ATD ( Art Teachers Diploma ) juga di ITM ( sekarang UITM la..) Azmi orang ku kenali sangat cool....tak banyak cakap...tapi sesekali keluar kelakar juga... Dia boleh ku puji kerana kreatif dan rajin....Habis ATD...Azmi di posting ke Seberang Perak..Perak Tengah...hinggalah sekarang. Bertemu jodoh di sana dan kini dah menyandang jawatan Penolong Kanan Ko-Kurikulum... Apa yang aku perasan...Azmi tak jauh berubah...masih segak seperti 27 tahun dulu..... ( kalau tak silap sekarang anak dah 7....) dan senyumannya tetap semanis dulu.....
Yang mengikuti blog ini boleh melayari pertemuan semula kami budak-budak AD82 dalam blog...... http://budakad82.blogspot.com/ terlalu banyak kenangan manis yang dapat dikongsi bersama semasa belajar....