Pages

Followers

Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Thursday, November 19, 2009

Result UPSR dah keluar,.....

Hari ini result upsr dah keluar..... Maksudnya dah tiga kali aku menerima keputusan UPSR anak-anakku. Bermula dengan Razi, kemudian Hakim. dan hari ini Faiz.... tapi macam biasa aku tak ghairah macam emak-emak yang lain nak tahu keputusan peperiksaan .......Sebabnya...hehe sebab aku tahu anak aku tak macam anak orang lain...yang study gila...dan aku pun bukan macam emak-emak lain yang mengharap anak-anak dapat 5A...
Barangkali kerana pengalaman aku jadi cikgu....aku lihat budak yang dapat 5A UPSR...belum tentu dapat result yang eluk bila PMR atau SPM....kecuali budak yang betul-betul excellent...dan ada juga semasa UPSR dapat 5A tapi sekarang di Universiti swasta saja....
Tetapi aku tidak menafikan...dari UPSR yang excellent...dah nampak jalan terang ke Universiti..
Sebenarnya aku lebih suka mengambil contoh seorang anak kawanku...UPSR hanya dapat 2A. Tetapi PMR dapat 6A...kemudian sambung ke MRSM dapat 10A..hari ni dah habis belajar dekat Universiti Petronas...( dapat offer ke oversea tapi tak pergi...)
Razi dulu pun cuma dapat 3A... tapi lepas tu aku selalu kata kat dia....tengok kau bukannya tak pandai...kalau rajin lebih sikit mesti dapat 5A...dan Razi buktikan dalam PMR..aku pun terkejut. Hari ini Razi sedang menduduki SPM...cuma aku selalu katakan padanya...Razi kita bukan keturunan bijak pandai...kejayaan kita kena usaha...tak usaha..kita sama ngan orang lain yang gagal.....
Kemudian Hakim....cuma dapat 1A... tapi aku kagum juga..sebab Hakim boleh membaca masa darjah 4... tahun 1 sampai 3 dalam kelas pemulihan. Dan 1A yang dia dapat dalam penulisan..pada aku not bad laah... Dan hari ini Hakim dalam tingkatan 2. .dari kelas ke4, naik kelas ke 3..dan tahun depan katanya naik kelas ke 2....( Hakim ni lagi bergandalaa..malasnya..paling susah nak tengok buat homework ) Harap tahun depan dia nak ambil PMR ada perubahan sikit.....( dia paling tak suka dibandingkan dengan Razi..) Tapi aku yakin Hakim ada kelebihannya yang tersendiri....tunggu masa yang menentukan...Kalau bukan bidang akademik tapi dalam bidang kemahiran..
Dan Hari ini Faiz pula....Kat tempat aku jaga exam, dua orang guru yang bertugas juga ada anak yang dapat keputusan hari ini..sebuk mereka menalifon ...hehe aku diam je..aku kata nantilaah balik nanti tahulaa... Dan dalam sms bertalu-talu datang, bertanya keputusan si Faiz. Dari BOta,..emak mertuaku, dari adik Ram...
Kemudian aku dengar kawan-kawan ku tadi masing-masing anak dapat 4A.1B....erm...anakku macamana yer....aku dah mula tertanya-tanya...
Hari-hari mengadap games...tuisyen tak nak pergi....kelas tambahan pun ponteng....ulangkaji kat rumah boleh dikira....tak macam anak orang lain...ehehe..kalau 5A mahu pengsan aku...
Dan bila balik ke rumah baru aku tahu....ermmm..pada aku not bad laa...heheheh ...
Faiz dapat 3A.1B.1C.....jadilaahhh....

Thursday, July 23, 2009

TErima kasih kawan-kawan...

Hari ini kembali ke sekolah..ternyata, ramai kawan-kawan yang prihatin dan tahu aku mc semalam. Masing-masing bertanya kabar aku....dan kebanyakkan mereka tak heran bila aku dapat cuti sakit... Stress di sekolah bukan aku aje yang rasa. Boleh kata semua guru merasainya. Apatah lagi dengan faktor umor.... Ada juga yang pernah bertanya kat aku, ( bukan guru ) kalau tak stress tak bolehke...??? Aku cuma senyum je. Soalan begini dilayan pun tak guna. Mahu saja aku jawab, ya boleh....tapi mahukah kalau cikgu tu datang dan balik sekolah, macam tak ada apa-apa berlaku.....tak payah fikir tentang pelajar yang bermasalah, tak payah fikir macamana nak bagi budak berjaya, tak payah fikir macamana nak habiskan sukatan., tak payah fikir macamana nak bagi budak faham ...Tak payah fikir kalau budak tak buat kerja...Cuba bayangkan kalau semua cikgu, ada prinsip...lantak ko laa....janji gaji aku jalan. Rasanya hancur sistem pendidikan.

Dan hari ini beban guru bertambah. Minggu depan je, ada pemantauan ISO. Fail Panitia aku masih belum ditengok. Minit mesyuarat, pertama kedua ketiga...dah buat tapi belum dicetak. Dan entah apa lagi cekadak..yang disuruh masuk ke dalam fail..Benda yang paling aku benci sekali. Aku sendiri tak faham kenapa benda ni penting sangat, sebab bagi aku fail cantik , tip top pun kalau cikgu tak buat kerja mengajar tak guna juga. Macam aku tulis tadi...cikgu datang dan balik..kemas fail...boleh ke budak berjaya ????? Perancangan memang penting dan memastikan perancangan dilaksanakan juga penting...tapi perluke ISO. Yang lebih menyakitkan hati, tiap kali cikgu-cikgu sibuk dengan pentaksiran kerja kursus, nak menyiapkan soalan trial dan sebagainya, masa tulah...mereka sibuk nak memantau.

Awal tahun ni...sekumpulan pegawai dari PPD datang ke sekolah . diketuai oleh seorang pegawai bekas guru sekolah ini. Seorang darinya kawan sama-sama aku belajar di UPSI...tujuan mereka tentulah memantau....tapi yang aku dan kawan-kawan setugas nak gelak.. sampaikan titik, koma dalam minit mesyuarat pun nak ditegur...Kebanyakkan benda-benda remeh...Kenapa pegawai-pegawai ini datang tak membantu memberi cadangan meningkatkan prestasi pelajar. Mereka datang dan buat bengkel untuk pelajar....itu kan membantu namanya. Kalau sekadar mencari salah tak ada gunanya...Yang cantik tetap fail, tapi prestasi budak /pelajar masih sama.
Walau apa pun bagi aku, jadi cikgu bukan sekadar mengajar, tapi perlu segalanya..mendidik, menegur, menjadi kawan, menjadi ibu (kalau perlu)..membimbing, membantu. Jadi cikgu memang senang kalau sekadar datang pagi dan balik pada petangnya...tanpa apa-apa perasaan..Tapi perlu ingat, di sekolah kita, kita mengajar anak-anak orang menjadi manusia tapi di sekolah anak-anak kita guru mereka yang mendidik anak-anak kita....dan yang selalu aku semat dalam hati, bagaimana aku mendidik anak -anak orang, biarlah begitu juga cikgu-cikgu anak-anak aku mendidik anak-anak aku supaya menjadi manusia yang berjaya...sebab aku sendiri tak mampu membawa semua peranan ini sekali gus...sebagai guru dan sebagai ibu.
Dan bagi orang yang bukan guru, cuba bayangkan kita membela, membesar anak-anak di rumah...cuma dua, tiga,empat atau lebih....tapi di sekolah kita mendidik anak orang..40, 45 dan paling kurang pun mungkin 25 orang...satu kelas...Dan kalau kita kena masuk 6 kelas...kiralah berapa yang kita kena hadapi...Kalau dengan anak-anak di rumah pun kita pening kepala dengan pelbagai masalah...inikan pula berdepan dengan pelajar-pelajar yang ramai..
Dan bagi yang suka mengatakan kerja cikgu senang ( macam kak pidah aku selalu kata...) cubalah mengajar anak-anak sendiri dulu ....dan kita akan tahu bagaimana...
Untuk semua guru....Teruskan perjuangan anda...

Wednesday, June 17, 2009

Betapa cepat masa berlalu....


Betapa cepatnya masa berlalu..hari ini sudah bertarikh 17 jun 2009, ertinya dah separuh tahun 2009 berlalu... Hari ini saja dah masuk hari ketiga persekolahan untuk semester kedua sekolah tahun ini. Dua hari pertama di sekolah, aku sibuk dengan markah peperiksaan pertengahan tahun,...alhamdullillah semuanya dah selesai. Sebelum ada yang bising-bising kerja tak siap, lebih baik disegerakan kerja. Bila dah berusia ni...nak dengar teguran orang lain rasa macam duri di dalam telinga. Walaubagaimanapun, hari ini aku dapat tahu ada juga yang masih belum masukkan markah ke dalam komputer...
Tetapi alhamdullillah, perubahan masa berlalu bersama teknologi..memudahkan lagi kerja dan gerak. Kalau dulu, musim-musim kumpul markah ni, guru tingkatan la kesian...dah kumpul nak dicampur pula markah keseluruhan, kemudian diambil peratus .Barulah boleh ditentukan kedudukan pelajar. Sekarang dah mudah...masuk aje markah dalam komputer yang disediakan. Kerja lain semua diurus oleh jawatankuasa peperiksaan.....Namun masih ada lagi yang blur komputer..walaupun teknologi dah maju. ...hehehe nasib baik aku bukan dalam kelompok ini.
Semalam Shuhada , anak murid aku ( tingkatan 6 ) datang ke sekolah..dia datang bawa perkabaran yang menggembirakan. Dia mendapat tawaran ke Uitm shah alam...menyambung pengajian dalam ijazah senilukis dan senireka. Tempat aku menimba ilmu dulu. Aku memang mengharap dia dapat menyambung belajar, kerana aku tahu minatnya mendalam dalam bidang ni... Anak muridku yang lain, tak dengar berita. Lepas dapat je keputusan stpm terus membisu.
Semalam juga, Aziz datang bertanya mengenai Puspita, pelajar tingkatan 6 yang ambil Seni visual. Dialah satu-satu calun seni visual stpm tahun ni....Malangnya dia lah yang membuat hatiku menjadi onar.....Aku tahu dia memang ada potensi untuk berjaya dalam seni visual. Dengan kemampuan dan kebolehan yang dia ada aku yakin dia boleh mendapat sekurang-kurang gred B. Tetapi bagaimana nak berjaya kalau dia tak sekali datang menunjuk hasil kerjanya pada aku...puas ku sampai pesan melalui kawan-kawan yang masuk ke kelasnya. Tapi hingga ke hari ini...bayang mukanya pun tak nampak. Awal -awal dulu memang aku dah tolong memberi garispanduan apa yang perlu dibuat. Lepas tu dia langsung tak tunjuk muka......kawan-kawan bagi tahu.. dia juga selalu ponteng ke sekolah...alahai camni susah laaa
Aku bukan tak nak tolong.....awal-awal dulu aku memang mengejar dia...tapi lama kelamaan aku rasa apa yang aku buat tak berbaloi. Kalau ini sikapnya yang tak menunjukkan minat nak bersungguh. kenapa aku pula nak bersusah payah....Kerja-kerja seni bukan kerja mudah yang boleh dibuat saat akhir....sekarang dah hampir 4 bulan berlalu.. apa yang dia dah buat aku pun tak tahu. Sepatutnya sebelum cuti hari tu, datanglah berjumpa aku,...bolehlah aku tengok apa yang sepatutnya dia buat lagi.
Yang aku kesal, dia bukannya tak ada masa, free time dia boleh join lagi taman budaya dan terlibat dalam teatre..... alasannya dapat la dia duit saku. Dia memang suka meyebukkan diri dengan kerja-kerja lain. Kalau di sekolah ni, dia memang aktif. baca puisi dah jadi rutin dia tiap kali acara. Jadi pengacara pun dia juga....memang dia ada bakat. Menyanyi pun bolehlaa....dari tingkatan 2 aku kenal dia sampailah ke tingkatan 6. Yang aku paling simpati dia bukanlah dari keluarga berada....dan adakalanya dia terpaksa berkorban untuk menjaga adik-adiknya.
Tapi sayang....dia tak tahu mana satu yang lebih penting dan patut diutamakan....dengan aku dia dah buat macam musuh. Tegur aku pun dah tak nak...lantak ko laa....aku pernah nasihat dia, jangan ambil yang kecil dan ko lepaskan yang besar....lepas aku nasihat tu, dia menangis juga... tapi sayangnya egonya lagi besar.....pada cikgu-cikgu lain, dia kata dia cari aku tapi aku tak ada....hahah, besar manalah..sekolah ku ini. Dan aku pun bukan selalu keluar sekolah.....kalau pelajar-pelajar tingkatan 5 boleh cari aku kenapa dia tak boleh... Aduhai ...dia memang buat aku tension, nanti nak hantar kerja kursus aku juga yang mereka nak cari...kalau kerja tak siap nak hantar apa ???????????
Suami aku kata,,,jangan difikirkan sangat. Lantaklaa diaa...tapi sebagai guru dan naluri ibu yang ada dalam diriku, aku rasa tak senang....kalau dia anak aku macam mana.....Sampai bila dia nak tunjuk ego dengan aku...
Masa berlalu...tak lama lagi masuk bulan julai. Maksudnya, dah sampailah musim aku akan jadi sibuk dengan kerja kursus tingkatan 5.......Oh Tuhan, Kau permudahkan la urusan ku...Kau bukakan laah, pintu hati anak-anak muridku untuk menyiapkan kerja kursus mereka...kalau tidak lagi pening laa aku.....