Pages

Followers

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Hakim jadi warga Raja Chulan....

      Akhirnya penantian aku untuk melihat Hakim ke sekolah semula.... bertemu nokhtah hari ini.....Dengan girangnya aku mengejukkan Hakim ke sekolah hari ini...dan lebih menggembirakan kerana dia ke sekolah dengan aku... ke sekolah yang sama...Alhamdullillah...!!!!

     Pada kawan-kawan yang dah tahu masalah aku... masing-masing dah beri janji... tak pa kak ros kami tolong tengok sama si Hakim...  Dan hari ini kebetulan, aku masuk mengajar kelas si Hakim..... dia tersengih-sengih bila tengok aku masuk.  ( sbenarnya aku pun rasa kekok ...bila ada anak sendiri )
   Sebenarnya akan datang pelbagai masalah pada aku nanti... bila aku mengajar si Hakim.... terutama bila time nak sediakan soalan. ...nak bagi markah...( aku tak boleh buyers..)
dan bila hakim tak buat kerja.... aku kena marah dia...sama macam yang lain...
dan tahun depan bila kerja kursus.......aduiiiiii...kan pening...kalau Hakim tak buat kerja.....

    Balik sekolah si adik tanya .... Hakim panggil mak cikgu ke emak...????
nak ketawa pun aku ada....

Tuesday, August 23, 2011

Kena Buang....

       .....Dan akhirnya, kami terima surat Hakim dibuang sekolah......!!!!

Redha ajelah....lagipun ini yang terbaik untuk masukkan dia ke sekolah biasa semula....dan aku anggap ini satu pengalaman hidup membesarkan anak-anak....!!!
   Entah apalaa malang... awal pagi perhimpunan tadi, pengetua berucap tentang dibuang sekolah.... ADussss...aku yang terasa sakitnya...... jiwa jadi kacau juga dibuatnya.... Untungnya aku berada dalam dunia pendidikan. Jadi, aku risik-risik kawan apa nak buat.. Berbincang dengan Ruhaida kawan dan juga HEM di sekolah aku, apa tindakan aku seterusnya. My Suami tak boleh membantu buat masa ni, kerana dia pun terikat dengan tugas...Dan akhirnya aku ke Jabatan Pelajaran Perak....( kebetulan pula banyak masa free, aku minta izin keluar... nak settle perkara ni. ) Nasib juga aku bertanya, ingatkan hanya ke PPD saja...

     Di JPN, aku terus ke Unit Sekolah Menengah.... rupanya bila kes dibuang sekolah, kena merujuk bahagian Hal ehwal Murid ( HEM )... udahlah semput aku turun naik tangga.... Bila sampai di unit berkenaan baru aku tahu.... kena bawa anak sekali....
   Nasiblaa .. dunia dah canggih, aku call Hakim suruh datang.. ...Nasib baiklaa bila aku call dia bangun dari tidor... pesan kat dia datang pakai baju sekolah lengkap.... ( Nasib baik juga laa masa dia datang... dia datang lengkap dengan tali leher dan kasut sekolah....hehehhe sebab aku lupa pesan...)

Sementara menunggu sempat jumpa kawan sama sekolah dulu di unit Pendidikan Anti Dadah.... siap dapat kad jemputan kawin lagi...dapat laa berborak sementara menunggu Hakim datang... Untung juga jadual waktu aku hari ini di akhir waktu persekolahan.. 12.30 tgh hingga 1.40... jadi aku ada ruang masa untuk menunggu...

Hakim datang di hantar kawannya.....Nasib baiklaa juga. Sebab Hakim sendiri tak ada lesen motor lagi...
Lepas tu, terus jumpa pegawai yang bahagian Unit disiplin. Kemudian timbul konflik.... aku nak Hakim, ke sekolah aku....tapi Hakim nak ke sekolah lama dia balik.......( Hakim ni, memang banyak akaiii.....) bila berbincang dengan pegawai yang berkenaan.... dia bagi tahu, nak masuk ke sekolah aku susah sikit... sebab sekolah kawalan....( Ishhh... baru aku tahu, selama ni aku tengok senang je budak lain masuk ..) Kalau nak juga ke sekolah SMKRC... aku kena mengadap PPD pulak...  Hakim dah senyum-senyum bila pegawai tu cakap macam tu.... Nampaknya aku kena akur dengan kehendak Hakim...biarlaa asal dia nak sekolah semula....
SEbenarnya belum selesai lagi.... esuk aku kena ke sekolah lama Hakim balik, untuk minta sokongan pengetua.... ( tapi aku plan.. tak nak pergi, ... biar My suami yang pergi....) sebab hari tu...aku dah mengadap pengetua sebab kes yang membabit Hakim beberapa bulan lalu....Malu pun ada....
Kalau pengetua tak sokong.... aku kena mencari sekolah lain pulakk.......

Sebab tu...aku kata...perkara begini anggap saja pengalaman dalam kita membesar anak.... Beberapa tahun dulu aku begitu excited dengan kejayaan Razi... dan ini jadi pengajaran buat aku.... Anak-anak tak semuanya sama....

Cuma bila aku tengok Hakim happy nak sekolah semula.... aku jadi semangat balik nak dapatkan tempat untuk dia bersekolah......aku jadi emak kena bersabar.......dan aku harap biarlah ini kali terakhir Hakim menguji kesabaran aku....




     

Saturday, July 16, 2011

Pengorbanan... perlukah diucapkan..???

     Hari ini aku terpaksa mengorbankan cuti hari sabtu aku lagi kerana ingin menyelamatkan, hasil kerja beberapa orang pelajar yang kurang memuaskan.... Isnin lepas pun, semasa semua orang warga pendidik bercuti kerana acara larian 1 murid satu sukan.... sekali lagi aku korbankan juga, jadual aku mengemas rumah kerana nak bantu pelajar-pelajar yang masih belum siap kerja kursus...
    Letihnya pelajar sekarang.... kebanyakkan mereka tak tahu berdikari... kalau tak dibantu, tak tahu nak buat sendiri...... suka lepas tangan, suka ambil mudah. Memang semua ini memenatkan minda... ( tenaga jangan nak cakap ) bukan mudah sekarang menjadi cikgu... walaupun menjadi cikgu seni. ( warga pendidikan selalu memandang tinggi cikgu Sains dan Matematik je... hinggakan mereka ini diberi elaun...)
Sebenarnya kalau tak ditolong.... aku lagi tension, nak bagi markah......( kerja kursus spm pendidikan seni... cikgu seni yang bagi markah...) Aku bukan jenis orang yang senang-senang nak bagi markah, kalau kerja sambil lewa.... kalau betul berkualiti, aku bagi markah setaraf dengannya.. Jangan ingat, sebab mereka anak murid aku, aku senang-senang nak luluskan mereka.... ( bab ini yang selalu buat aku menderita....jiwa raga sebab aku ingin mereka lulus dengan cemerlang... tapi mereka buat tak seperti yang aku harapkan..)

   Tapi sebenarnya... jiwa aku memang tengah menderita sekarang..... sebab anak orang aku boleh tolong...aku bebel sebab tak buat kerja kursus... yang tak siap aku tolong buatkan bersama.. sebab nak naikkan markah mereka.... Tapi anak aku...???????

Puas sudah aku pujuk si Hakim........... memang mengecewakan.... bukan aku saja, malah My suami pun...
Apa ikhtiar aku nak suruh dia balik ke asrama... / sekolah...??????????????????
Hakim langsung tak mahu dengar bila aku bercakap.... dia kata aku bagi syarahan....
Aku nak rotan/ pukul....  aku rasa dah tak sesuai.... sebab dia dah remaja....... lain jadinya nanti.
Nak guna psikologi ... aku rasa Hakim dah cukup lemak sekarang......tak boleh guna psikologi lagi...
Nak disekat makan minum.... tak sampai pulak hati aku.... ini masih tanggungjawab aku.....

Cuma sekarang... aku cakap kat dia.... selagi dia tak nak balik, aku tak nak bagi duit untuk dia ambil lesen motor... ( tapi sampai bila...??? tak ada lesen lagi bahaya....) Dia bukan kesah pun, naik motor tak berlesen..

Memang kami tengah uruskan dia tukar sekolah... tapi pertukaran sekolah SMV ke sekolah biasa tak sama dengan pertukaran sekolah biasa.. apa-apa pun dia kena balik ke sekolah dulu.....

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....apa aku nak buat??????????????????????????????

Thursday, July 14, 2011

Buntu..

.... tak tahu nak tulis apa... sebenarnya aku tengah buntu.

Buntu, nak suruh si Hakim balik ke sekolah.... dia tak nak balik ke asrama....
Kalau anak kecil boleh juga aku dukong sumbat dalam kereta... macam pernah aku buat dulu..
Nak di pukul pun... dah besar panjang...

surat amaran dah sampai.... aku masih tak tahu nak buat apa....

Monday, June 6, 2011

KARYA SI KECIK.

     Kawan-kawan aku selalu bertanya... dalam 4 orang anak aku, siapa yang turun bakat aku dalam seni.....
Masa kecil memang semua berminat dalam menconteng.. terutama dinding rumah... dan kertas. ..tapi bila besar minat tu, aku lihat kian hilang.. terutama Razi dan Hakim..... sampai aku suruh ambil subjek tambahan Pendidikan Seni Visual pun tak mahu.... Faiz pun aku nampak, seni nya ada tapi jenis lain... kepada komputer...
   Cuma yang aku kesan sejak kecil yang ada potensi dalam bidang ini ialah si Kecik..... tapi aku ni, bukanlah emak yang rajin nak bawa si Kecik pergi tuisyen ke atau mana-mana pertandingan.... Di atas hasil karya kecik yang terbaru.... ternyata imaginasinya tinggi.. ..( kalau tak silap aku, ini sesuai dengan soalan spm tahun lepas.... )

Friday, May 6, 2011

Hari ini air mataku menitis.....

     Hari ini hati aku sebagai seorang ibu tercabar sungguh.....untungnya aku duduk sorang-sorang di bilik stor PSV...jadi tak siapa tahu aku menangis sepuas hati pagi tadi...... Hanya itu yang aku mampu buat setakat ini....selain berdoa.
        Semalam aku dapat berita mengejutkan dari Ruhaida PK HEM yang juga kawan aku.... Hakim terlibat dengan kes pecah kantin dan kooperasi di sekolah lamanya pada petang Rabu.....Berita tu disampaikan sendiri oleh PK HEM sekolah tersebut pada Ruhaida.....Aku memang jadi hilang kata-kata sekejap...tapi kerana masa tu aku sedang mengajar kelas 4T...sedaya upaya aku cuba hilangkan kerisauan dan kecelaruan otakku..... Sebentar lepas tu aku menalifon My suami bagi tahu.....
     Sebenarnya petang Rabu tu...aku dah seronok benar, kerana Hakim dah bagi persetujuan nak balik ke asramanya...katanya minggu depan nak exam.... lepas tu dia keluar....bila aku kata nak guna motor, dia kata hari nak hujan....dia nak keluar sekejap.... Tapi lepas tu memang hujan lebat...kilat sabung menyabung...
        Dan petang semalam...bila aku balik ke rumah, Hakim dah siap berpakaian nak balik asrama..... malangnya aku pula nak kena keluar kerana ada mesyuarat panitia daerah.... Aku dapat bertanya sekejap ,,tapi tentulah mereka menafikan...( bersamanya beberapa orang kawan ) Dan bila My suami bertanya pun...jawapan mereka tetap sama.....  Bila malam...Hakim dah balik asrama, aku dan suami masih tak puas hati...kami terus berbincang...
       Dan pagi tadi, aku masih tak puas hati...jadi teringat nak talifon PK HEM sekolah tersebut ( yang juga kenalan aku ) untuk bertanya hal cerita sebenar... Semasa aku call dia sedang berhadapan dengan ibubapa pelajar lain yang terlibat sama...besar kemungkinan bakal dibuang sekolah.
       Memang kali ini...membuat aku rasa nak meraung.....sedih........!!!! Kali ini Allah memang menduga aku menjadi seorang ibu....

     Aku tahu...Hakim buat ni, bukan kerana duit ..Dia boleh minta duit dari aku...aku bukan berduit sangat tapi apa cara pun aku usahakan juga...tapi kerana mungkin dorongan kawan-kawan... dan besar kemungkinan sengaja nak bagi kami ibubapanya sakit hati....Marah dengan kami yang suruh dengan dia duduk di asrama.....
    Tapi dia tak tahu.....inilah sebenarnya yang kami takut kalau dia bebas di luar sini.... Dia tak pandai pilih kawan-kawan... dan dia selalu tak berfikir dengan waras....bertindak ikut emosi.....
           Sebenarnya selepas ni...aku tak tahu apa tindakan yang akan Hakim kena...kerana difahamkan, pengetua di sekolah lamanya ini akan memberitahu pengetua di sekolahnya sekarang..... dan lepas ini, aku akan ke sekolah mengadap pengetua...untuk memohon maaf serta membayar ganti rugi ( selepas dibahagi 8 orang ) bagi pihak si Hakim.....jangan sampai orang kata aku ibubapa tak bertanggungjawab.....

Sunday, April 24, 2011

Aduhai....letihlaa rupe ni....!!!

  Semalam lepas balik keluar makan dengan My suami, si Kecik bagi tahu Hakim talifon. ..suruh ambil dia esuk pukul 9.00 pagi..... aduhhhhh... baru lagi  hantar dia balik....dah nak suruh kami datang lagi...
    Malamnya dia hantar sms... "Mak datang ambil yer..esuk. ( handphone siapa aku tak tahu...) boring ni..."
Aku terus berbincang dengan My suami...Macamana ni bang...????
Kalau hari sabtu ku tak diganggu oleh aktiviti sekolah ,, aku rasa badanku ok lagi... tapi bila sabtu dah ke sekolah... ahad nak ke Seri Iskandar...letih juga..

Macamana pun.. kami ambil keputusan akan pergi juga.... bukan apa...takut dia meragam.......!!!!!
Dah cantik molek benar dia bersekolah di sana... sesuai dengan minatnya.. dan yang lebih penting dia tinggal di asrama...dan adalaa ruang untuk dia belajar. Kalau di rumah... kalah tokeh balak lagi... punyalaa sibuk, sekejap-sekejap kawan call...sekejap-sekejap kawan datang cari...malam dah hilang...lagi pening...Ada orang kata ...kenapa tak control... Nak control macamana... awal malam dia ada...bila kita tidor dia keluar......kecik-kecik dulu... memang aku tawaf kawasan taman ni... cari mana port dia lepak...tapi bila kian besar... nak jejak pun susah...
    Cuma terpaksa yakin dengan kata-kata dia....MAK JANGAN RISAU...HAKIM TAHU ...MANA BAIK MANA BURUK...YANG JAHAT HAKIM TAK BUAT....
  Sesekali fikir... mudah lagi jaga yang 'baby ' kann........

Monday, April 18, 2011

Faiz dan game RYL online......

 Gambar ni aku ambil beberapa minggu lalu.... untuk menghilangkan boring menunggu bas...
tunggu bas,,,?????   hahahha panjang ceritanya...  tapi sebenarnya at last kami naik teksi.. bas ditunggu tak kunjung tiba... Tapi kali ni aku tak nak cerita pasal kisah ni... sebab kali ni aku nak stori pasal anak aku sorang ni....si Faiz Bukhari...
   Ini bukanlah gambar terbaru... kebelakangan ni susah nak ambil gambar si Faiz. sejak dia dah melangkau remaja.... selalu marah kalau aku menala lense kamera.... Saiz badannya dah hampir seangkatan dengan aku dan ayahnya...... ( memang dari dalam bedung.. aku dah jangka dia bersaiz besar dari saiz tapak kakinya..)
Tapi yang menarik perhatian aku dan ayahnya ialah tentang minat si Faiz ini dengan komputer.....
Baru ni..  aku ditegur oleh seorang pelajar dari kelas 4T yang aku ajar..
Pelajar A : Faiz tu anak cikgu yer....
Saya :  Yer... camana kamu kenal dia...
Pelajar A. : eehh... cikgu tak tahu ke... terror dia tu... buat game online...hacker komputer pun boleh....
Saya  :  yer ke...game online camana....
Pelajar B (Lain ) : Dia buat game online...terrornya... camana dia buat....
Pelajar A :  Yer... baru tingkat dua tau... kalau aku dah pening.. main tau laa.. cikgu tak tau ke....pandai dia cikgu...
Saya..:  Yer... saya tahu...( sebenarnya saya pun kurang ariff... )
Aku bukan tak tahu langsung... tapi aku tak faham sangat ... dari maklumat yang aku dapat dari anak murid aku tu... boleh buat duit.... ermmmmm  ... kalau betul baguslaa..
   Memang aku tahu.. hobi si Faiz duduk depan komputer... Dulu berjam-jam dia memerap dalam bilik.. tapi sekarang , komputer tu aku pindahkan ke ruang tamu. Lantaklah nampak semak pun...yang penting aku tahu aktiviti yang dia buat depan komputer...
     Beberapa malam yang lalu aku dan suami agak terkejut... bila Faiz tiba-tiba meraung..... bukan main-main... macam orang mati mak....Aduhhhh...  terkedu aku tak tahu nak buat apa... nak tolong pun tak tahu.... Puncanya...??????    Program yang dibina hampir 3 bulan pelahan-pelahan... tiba-tiba hilang bila disave dalam pen drive... bila dibuka tak boleh baca.... Jenuh aku pujuk....dekat dua jam juga baru laa reda....  aku pun faham perasaannya macam kita kumpul bahan untuk tesis tiba-tiba hilang semua... macam tulaa..... At last aku janji dengan dia... esuk kita pi beli external hard disk... kita simpan apa saja dalam tu...jangan simpan dalam komputer. Barulah aku nampak ada sinar senyuman kat wajah dia.....
     Besuknya lepas sekolah.... laju je dia ajak aku pi cari benda alah tu... ... aduhhh senyum sampai ke telinga.... aku pun tak tahu sebut dah... dia lagi pandai....dia beli besar punya 1.5 T  (  T ke TB ke hehhe ) . ( nasib baik aku baru dapat duit claim kerja ujung tahun...) Aku kata kat dia... dalam tu.. buat satu folder mak, ayah, movie , picturer... dan kamu punya... bukan kamu punya sorang........( bukan apa takut anak yang lain bising....)
Dan hujung minggu ni... aku tengok dia dah mula beroperasi.... malam tadi dia dah tampal notis kat komputer tu... supaya jangan ditutup... ......sebab sedang beroperasi... Game yang dia buat sebijik macam game yang dimain di cyber-cyber cafe..... yang dimain ramai-ramai. Kata Faiz... kalau nak buat duit... nanti, siapa yang rasa tak puas hati akan order alat... masa ni dia kena bayar alat... kena bank in...dalam akaun. Nak beli pedang ke.. senapang ke...apa-apa je laaa.... Kalau ramai yang beli... bolehlah masukkk.....

Beberapa hari dulu... dia kata ada orang minta dia buatkan web... aku pesan minta duit deposit dulu baru buat..... dah siap minta bayaran baki.... tapi aku tak tahu jadi ke tidak... dia diam je lepas tu..

Diam-diam aku try buka server yang dibuat dek si Faiz ni.... aku akui dia memang berbakat dalam bab ni... tapi yang aku risau,... dia hilang tumpuan di sekolah.....
 
 
ANCIENTWAR.SYTES.NET

Sunday, March 20, 2011

Dalam hati ada sayu.....

Fakrul Razi
Hari ini....last day cuti sekolah. Dan hari ni pun... Razi yang sudah bercuti selama 3 minggu balik ke kampusnya..... Berbeza dengan sebelumnya.. hari ini aku perasan, Razi keluar lebih awal dari biasa. kalau tidak biasanya ngam-ngam bas nak bergerak  baru dia sampai station bas. ( Aku yang hantar jadi panik, sebab takut terlepas bas. ) Tapi hari ni, aku tak dapat hantar dia ke station bas, sebab kereta masuk bengkel. Nak aku hantar dengan motor dia tak mahu.... dia lebih rela minta tolong kawan dia hantar saja. Mungkin sebab tu agaknya dia keluar awal.....
Fauzan Hakim
Hakim pun hari ni balik ke asrama di Seri Iskandar....Mula-mula aku suspen juga bila dia kata dia tak nak balik ke asrama.... dalam diam aku simpan rasa gusar aku..takut dia buat hal pulak. Al maklumlah..umpama anak burung...seminggu lepas bebas, tiba-tiba nak balik ke sangkar. Tambahan pulak dia tahu aku tak dapat hantar...dia kena belajar naik bas. Tapi bila aku tengok pagi tadi mood dia berlainan dari semalam , hati aku jadi lega...
Dia pun sama macam Razi.. minta tolong kawan ke station bas. Aku nak hantar dengan motor dia tak nak. mulanya dia usik aku kata ...kawannya nak hantar dengan motor sampai asrama.... sekali lagi aku dah rasa cuak...isykkk... biar betul...  risau betul aku kalau cakapnya bukan main-main je...( mana tahu..Hakim ni mampu buat di luar jangkaan kita....)
Faiz Bukhari
Jadi hari ni...tinggallah si Faiz dan si Kecik je kat rumah.. Faiz yang begitu lega... sebab tak ada siapa nak ganggu dia dan komputernya... Ertinya tak ada siapa nak kacau dia lagi....( dia cukup takut dengan abang-abangnya terutama Razi...) 
Farizh Haiqal
Dan si Kecik pun mesti seronok... sebab abang-abang dah tak ada nak suruh dia buat kerja...heee
Kecik ni... orang gaji ke.. cuma tinggal aku dan ayahnya saja yang selalu minta dia tolong....Terutama aku yang selalu minta dia tolong urut dan picitkan badan... 
Sebenarnya... yang terasa si Razi dan Hakim balik.... adalah aku......
dari semalam aku dah terasa kesayuan... dan dari tengahari hati...sebak tu dah terasa..hehee
diam-diam aku pujuk hati lipat kain, buka facebook...buka blog... kena lawan perasaan ni...
Alahai... inilah hati seorang emak... bukan tak nak anak balik...tapi kalau boleh nak pandang setiap hari...
lebih seronok dengar gelak tawa mereka di rumah...
walaupun rumah jadi sedikit kelam kabut... tapi hati terhibur..
sekarang ni aku menanti call dari Razi ... dah sampai ke belum... anak ni kadang-kadang selalu terlupa nak call bila dah sampai.. buat kita jadi tambah risau...
Hakim dah sampai... dia dah call ayah dia tadi...     Apa-apa pun moga semuanya selamat..
dan semuanya yang terbaik untuk anak-anak aku... 

Wednesday, December 15, 2010

15 Disember 2010- Hari Jadi Faiz ke 13 tahun...

Hari ini usia anakku Faiz Bukhari genap 13 tahun....

Sebenarnya...Faiz nyaris dilahirkan 10 hari lebih awal...iaitu bersamaan dengan
harijadi aku ke 34 tahun.... gara-gara doktor pelatih yang bersama doktor pakar yang memeriksa aku hari tu, silap membuat pengiraan....

Tetapi alhamdullillah... bila aku admitted pada 4 disember 1997, Doktor yang akan melakukan pembedahan ke atas ku datang dan bertanya tentang tarikh sebenar aku datang period terakhir sebelum mengandung....( aku memang ingat sebab , period aku regular dan tetap selalu. Kalau berhenti ...maksudnya...aku dah mengandung...)
Dia segera buka fail aku dan check balik, dari awal pemeriksaan hingga aku dimasukkan pada 4 disember... Akhirnya dia datang dan bagi tahu, tarikh yang diberikan pada aku dah silap.... jadi dia mencadangkan kepada aku satu tarikh baru iaitu lebih kurang dua minggu selepas itu...

Jadi, aku diminta admitted balik pada 14hb Disember 1997....
Dan esuknya...pada 15hb Disember, 1997...aku dibawa ke bilik pembedahan di Hospital Besar, Ipoh... ( Hospital Bersalin, masa tu tengah renovation...) aku dibawa naik ambulan, dari Hospital Bersalin, ke Hospital Besar, Ipoh ( sekarang dikenali dengan nama Hospital Raja Permaisuri Bainun).... Suami dan emak mertuaku ada menemaniku, hingga naik ambulan. Mereka nampak risau.... almaklumlah aku nak dibedah... Tapi berbeza dengan aku...aku happy, sebab aku bakal melahirkan anak, walaupun dibedah... Lagipun ini pengalaman kedua aku dibedah selepas anak sulong aku Fakrur Razi yang mengalami fetal distress...

Rupanya pengalaman dibedah semasa melahirkan Fakrur Razi dengan Faiz Bukhari ...berbeza sama sekali.... Kerana kali ini aku dibedah dalam keadaan sedar..... Doktor bius menasihatkan aku dibius separuh badan dari pinggang ke kaki...Manakala, bahagian atas aku sedar.... kerana memandangkan saiz badan aku yang obessiti..
Bila tahu saja, aku akan dibedah dalam keadaan sedar..... barulah datang gabrah aku...
kecut perut aku dibuatnya...Jangankan nak dibedah, peralatan pembedahan pun serta bilik pembedahan pun dah terasa seram.......!!!!!!
( pembedahan ni...bukan macam bersunat tau...hehehhe )
Masa pisau di toreh ke perut...memang terasa...tapi tak terasa sakit....
rasa macam perut di goyang-goyang je....
Sepanjang pembedahan...doktor pakar bius melayan aku berbual...
macam-macam ditanya... Barangkali secara psikologi, untuk menghilangkan rasa stress aku...
Aku tak nampak apa yang berlaku, sebab kain ditentang, menutupi bahagian perut ku ....hehehe...kalau nampak, mahu pitam aku....nampak perut dibelah...!!!
Bila baby dah dapat dikeluarkan... doktor yang membedahkan, angkat dan tunjuk pada aku...
ooooo...sweet betul kenangan tu....

Aku ditahan sekejap selepas tu...sehingga keadaan badan aku semuanya normal...dan kemudian baru ditolakkan ke wad... Untuk hari itu, aku ditempatkan kat Hospital Besar... fuhhhh...punyalaa sesak... ( sebab renovation di hospital bersalin )
Masa bersalinkan Si Faiz ni... kalau aku tak silap...anak yang baru lahir di letak di sebelah si ibu, walaupun si ibu baru lepas pembedahan.....Jadi faham-faham ajelah....bertapa azabnya selepas itu... Dan ditakdirkan Allah...aku kena sakit batu meroyan...( sakit lepas bersalin..) sakit weiiii... tak tahu nak cakap... tapi kemudian doktor beri ubat penahan sakit...okaylaa sikit..

Cuma semalam tidor di hospital besar...kemudian dipindahkan ke hospital bersalin semula....
Bayangkanlaa...baru sehari lepas pembedahan dah kena naik ambulan balik....

Kalau ada yang tak tahu...beza sakit bersalin biasa dengan sakit bersalin pembedahan...
Bersalin biasa....sakit sebelum melahirkan...
Bersalin cara pembedahan ......sakitnya selepas pembedahan......
Sakittnya.....aduhhhh.....yang serik mungkin tak akan mengandung lagi.....

Anyway ....FAIZ BUKHARI....emak bangga dengan kamu...
Mulai hari ni...emak tak akan kata kamu anak kecil lagi...memang kamu dah kian besar...dan remaja....


Friday, December 3, 2010

29 NOVEMBER 2010....


Salah satu sebab aku jalan-jalan Kuala Lumpur....
sebenarnya adalah hadiah aku pada si Kecik....
29 November 2010 adalah hari jadinya yang ke 10 tahun......
Bila adik dan adik iparku tahu rupanya mereka buat surprise untuk si Kecik.....

Ada birthday kek ....!!!!!!

Kecik seronok bukan main...hehehheh...
Dah tu dijamu pula makan KFC.....
tapi aku tak makan...sebab perutku meragam ....sian aku..!!!!

Thursday, November 18, 2010

Kecik dan Lipas....


Sejak dia kecil lagi aku dah perasan satu sifat yang ada pada kecik....
dia tak gayat di tempat tinggi.
Dulu masa dia masih kecil, bila aku bawa ke taman permainan....
dia akan memilih tempat bergayut malah kadang-kadang memilih untuk memanjat pokok...
Kalau di rumah dia macam spiderman.. suka memanjat dan daun pintu pun boleh untuk tempat dia melepaskan keinginan memanjat...
Tapi kelemahannya yang paling ketara, sejak dari kecil ialah takutkan serangga......
terutama sekali LIPAS...
memang melucukan bila tengok dia takutkan lipas...kalah budak perempuan...
Kalau dalam bilik ada lipas...memang dia tak akan masuk.
Malah semua jenis serangga dan ulat dia takut...hehehe


Puncanya....????
Semasa dia kecil , dia pernah menonton tv dengan aku. Tak ingat pula masa tu umor berapa.. tapi masih belum bersekolah.

Cerita orang putih....
kisahnya... mengenai di satu tempat, di mana serangga menyerang ( macam lipas ) dan bersarang dalam badan manusia... sampai beranak pinak...
dan bila di temui.... tentulaa dah berulat...

Penamat cerita aku dah lupa ..tapi tentunya hero menang....
Tapi sejak itulaa...si Kecik takutkan serangga...bukan takut saja..dah peringkat fobia..
Dulu lagilaa..disakat dek abang-abang...lagi terjerit-jerit laa .
sekarang , kita tahu dia takut, bila tengok dia duduk di tempat tinggi...
konon jauh dari lipas...

Kesimpulannya...jangan bagi anak-anak kecil menonton..filem=filem seumpamanya.
Kerana takut menjadi salah satu sebab dia fobia...

Monday, September 6, 2010

Nak raya ke tidak ni.....!!!!

Oppppsss..... jangan tersilap...Ini bukan bengkel basikal...
tapi inilah bahagian depan rumah aku....
Pening weiii.... aku nak raya...tapi anak-anak lelaki ku macam tak nak raya je....

Kalau dulu, si Hakim je, suka buat operasi buka basikal ni..( sekarang motor la pulak...)
sekarang ni si Faiz pulakk. dahhh.....
Aduhhh... basikal semua dah tinggal rangka...
( Faiz lari bila aku nak tangkap gambar ni..sebab tu dia tak ada...)
" Mak tu mesti nak masuk dalam blog...."
Habis dengan siapa aku nak lepaskan perasaan gerammm..aku...

Si Hakim ni pun aku tak faham... entah berapa kali buka, cuci enjin motor ni...
tools, alatan dah bersepah-sepah... yang aku tak faham...tukul besi pun ada .....
Buka motor guna tukul besi ke....
Puas dah aku bising... aku takut, alatan yang bersepah, permudahkan orang nak pecah rumah...
Lagi pun....Ohh anak...aku nak raya.....
Dah tak larat nak berleter, esuk atau lusa, aku kena buat operasi kat bengkel mereka ni....
Aduhh makkk....letehnya aku....!!!!

Saturday, May 1, 2010


Malam tadi Razi semak kemasukkan ke UPU... Mungkin rezekinya dia dapat tawaran untuk Asasi Sains di UIA.. Adik-adiknya yang riuh gembira...sebab abangnya dapat tempat yang agak jauh berbanding dengan Gopeng...

Friday, April 16, 2010

Tawaran Matrikulasi...

Di sekolah hari ni, kawan-kawan sibuk bertanya Razi dapat matrikulasi mana.... sebenarnya aku sendiri tak buka lagi portal IPT tentang tawaran ini... Dengan bantuan Alang rakan sekerja, aku dapat menyemak sendiri tawaran matrikulasi Razi di sekolah. Anak Alang dapat Matrikulasi di Pulau Pinang...dan anak Norlia juga cikgu di sekolah ku dapat matrikulasi di KUlim....
Kalau sebelum ni dan selama ini aku hanya dengar anak orang je dan anak kawan-kawan dapat matrikulasi....tahun ini aku pula mendapat khabar gembira ini....Razi dapat matrikulasi Perak.....ermmm...dekat Gopeng laa tu...( lebih kurang setengah jam dari rumah )... dan tadi tengahari melalui facebook aku dapat tahu anak saudara aku Najihah juga dapat matrikulasi di Melaka....




Monday, April 12, 2010

panggilan temuduga JPA..

Jumaat baru lalu ni, aku terbaca dalam facebook anakku, tentang panggilan ke 2 temuduga biasiswa JPA yang dipohonnya baru-baru ni.... Mulanya rasa nak marah juga, sebab aku pun tak dibagi tahu...tahu-tahu dah ditulis dalam facebook....bagi tahu kawan-kawan dulu laa tu... Rupanya setelah ditanya, barulah ku tahu, rupanya dia baru dapat panggilan telefon dari putrajaya tentang panggilan ke temuduga tersebut..

Hari Sabtu setelah disemak di dalam internet, barulah kami pasti tarikh, masa dan tempat untuk temuduga tersebut...( hari jumaat belum lagi dimasukkan ke dalam internet ) ermm..nampak gayanya ada peluanglah ke Putrajaya...aku ni biasalaa..kalau tak ada sebab tak akan sampai ke sesuatu tempat...
Kali terakhir aku ke Putrajaya ialah 4 tahun dulu, sewaktu melapor diri setelah habis belajar di peringkat sarjana...dan tempat temuduga Razi pula adalah tempat majlis Konvokesyen aku yang julong-julong kali di adakan di situ. ( lepas tu dibuat semula di UPSI )..ermm ada kenangan manis kann....
Biasalah..bila anak nak temuduga, emak dan ayah laa orang yang paling sibuk dan beria-ia..
( anak sulong pulakk...) Aku dan suami dari semalam dah kumpul dokumen-dokumen yang perlu dibawa dan di fotostat. Dan di sekolah pagi tadi, aku dah minta penolong kanan untuk tandatangan pengesahan...Si Razi hari ni aku suruh cuti dan perkara pertama yang perlu dilakukan ialah....POTONG RAMBUT...!!! Memang dia berat hati...almaklumlah..dah sampai ke telinga, ada pulak yang memuji...bukan main laa lagi ...si ayah pula dah membebel tak habis-habis, macam komandan tentera.....
Tapi tulah anak-anak ni....waktu ni dia entah di mana...dokumen untuk temuduga, baju untuk dipakai, persiapan untuk menghadapi temuduga...langsung tak kisah...
Alahai....aku pulak yang tension.....!!!!!




Wednesday, March 24, 2010

Kecik demam...

Hari ni kecik tak pergi sekolah...Semalam panas badannya tiba-tiba naik...mulanya dia cuma mengadu pening kepala., tapi bila ku rasa badannya dah mulai panas....
Anak kecikku ini, bila demam suka memerap atas paha aku....Kerana terlalu panas, jadi aku ambil tuala basah dan letakkan di kepala dan di badan....
Buat masa ni aku belum bawa dia ke klinik, cuma diberi makan ubat panadol... tapi nampaknya belum berkurangan. Nampak gayanya petang ni kenalaa bawa ke klinik.

Tuesday, March 16, 2010

fesyen rambut Hakim....

Ini Hakim anak aku yang kedua.... Bila cuti ada saja projeknya yang di luar dugaan....
Petang jumaat, hari terakhir sekolah.... Hakim balik dengan fesyen rambut ni....


Alahai anak aku...puas aku marah budak-budak yang buat fesyen ni kat sekolah...kerana aku tak berkenan langsung.... alih-alih dia potong rambut fesyen ni...

Aku malas nak marah..... tunggu buka sekolah nanti, aku tahu mesti tak sempat panjang rambut ni. Cuti cuma seminggu... Nasiblaa kamu dengan cikgu disiplin....
Kenapa tak marah.... ????
Dia bukan tak tahu, fesyen ni salah...tapi alasannya cuti sekolah emak...nak marah pun tak guna... lagi kita marah lagi dia suka...
Alahai Hakim.....Moga dewasa nanti, dia boleh berfikir yang baik dan yang buruk...




Tuesday, February 23, 2010

HAKIM DAN MOTORSIKAL....

Inilah kenderaan yang aku mula-mula guna untuk pergi mengajar 18 tahun dulu...Motor Honda cup cc70 ( kalau tak silap aku le...aku pun tak tahu sangat ). Berulang-alik dari rumah ke sekolah lebih kurang 20 kilometer...pergi dan balik. Dan lebih mencabar, pernah satu ketika...aku terpaksa membawa anak ku Razi, ke rumah baby sitternya di Manjoi. Waktu tu, Razi dalam lingkungan usia 18 bulan... Ketika itu suami sambung belajar dekat UKM....
Waktu tu ..gaji cikgu tak sama macam guru baru sekarang... Sekarang jangankan dah jadi cikgu... cikgu-cikgu praktikum pun dah pakai kereta.... Tayota vios lagi....
Bawa motor ni seronoknya, tak perlu berbaris untuk trafik light...selit-selit lepas ke depan... tapi paling malangnya bila hujan waktu pagi nak ke sekolah.....Habis kuyup...sampai sekolah kena salin baju... Kadang-kadang jadi bahan ketawa, guru-guru lain...pengetua pun kadang-kadang mengusik...Lambat memang selalula....hehehhehe

Hari ni masa dah berlalu....Motor ni dah macam ada pemilik baru......Padahal lesen motor pun tak ada..... Sayangnya aku terlupa nak tangkap gambar motorsikal ni, selepas Hakim accident hari tu... Hancur juga di bahagian depan....
Puas dipujuk dek si Hakim..... akhirnya si ayah bawa motor ni untuk di service semula...
Overhaul...habis dekat seribu lebih....aduhhhh..... bawa ke Puspakom..dan perbaharui road tax..

Tapi si Hakim ni... aku perhatikan, minatnya pada motor berlain dengan si Razi. Razi hanya tahu guna... kadang-kadang, minyak pun dia tak isi... berbeza dengan si Hakim... berjam-jam sanggup melayan motor tua ni... Sebut laa bahagian apa pada motor ni, semua dia tahu... sebab tu dia boleh masuk berbual dengan si ayah... berbeza sungguh dengan si Razi.
Sebab tu, si Hakim dah pasang angan-angan... Nak masuk sek Teknik, nak ambil bab-bab mengenai enjin .... erm...harap-harap ada perubahan laa sikit.



Saturday, June 20, 2009

SELAMAT HARI BAPA....

Hari ini 20 jun....Harijadi suami ku....dan kebetulan Hari Bapa sedunia....Macam biasa, kami jarang meraikan hari jadi beria-ia dengan hadiah yang mahal dan sebagainya....cukup keluar makan bersama...dan pilihan anak-anak biasalah...KFC.
Aku sebenarnya tak mahu menulis tentang suamiku...tapi bila mengenang Hari Bapa , sudah tentu abah orang yang paling aku rindu..
Memang terasa janggal bila aku menyebut rindu pada abah.... sebab dari dulu hingga sekarang barangkali...aku tak pandai tunjuk sayang aku pada abah...Bila balik, orang ku cari dulu adalah emak. dan kalau talipon pun....yang lebih ku suka berbual dengan emak...( dengan abah susah..abah dah kurang pendengaran..) dan kalau ku beli barang pun...barang itu selalunya untuk emak.
SEbenarnya, apa yang aku lalui ini kerana abah sendiri tak pandai menunjukkan kasih sayang nya pada aku malah pada kami adik beradik... Bila bersembang dengan abah silap-silap akan menimbulkan pertengkaran...abah dari dulu, memang payah nak terima pendapat anak-anak. Sejak kecil, aku memang gerun dengan abah....abah memang garang...sewaktu umorku 14 tahun aku masih lagi dipukul abah....hanya kerana aku lambat bergerak bila disuruh. Sebenarnya waktu tu aku tengah uzur....

Usia remajaku,, dihabiskan menuruti perintah abah menjaga lembu dan kambing...waktu tu aku selalu rasa , abah lebih sayang lembu-lembu dan kambing dari aku anaknya....sebab tu kalau lembu atau kambing tak dapat dikesan...aku tak berani balik rumah, senja ke malam ke...aku akan cari lembu, kambing sampai jumpa. Itu belum lagi bab meredah hutan dan ladang getah,,mengikut lembu-lembu mendapat rezeki...Yang herannya, masa tu aku tak terfikir tentang binatang buas, ular atau sebagainya. Cuma yang ku takut masa tu kalau bertembung dengan babi hutan..tapi alhamdullillah, sepanjang yang aku ingat tak sekali aku bertembung dengan binatang yang terkenal ganas juga.

Memang aku takut betul dengan abah...hujan ke ribut ke...aku tetap mengikut lembu-lembu makan. Kadang-kadang aku demam pun aku takut nak bagi tahu abah..sebab bah tak akan terima alasan-alasan tu.

Tapi bila aku kian dewasa ...baru aku tahu. Pendapatan abah dengan pencen bekas askar tak seberapa. Duit lembu la yang menampung perbelanjaan mana yang perlu. Selain abah menjual, buah-buah di dusun seperti manggis, nenas dan durian. Untuk panjat mengait manggis kadang-kadang abah mengajak aku sama....tanpa upah..macam anak-anak sekarang. Mahu tak mahu kena turuti.

Paling aku tak lupa...mengikut abah pukat ikan belanak....bangun pukul 3 pagi untuk ke kuala sungai. Sebenarnya,, aku yang beria nak ikut... Abah ku memang cekap ke laut menangkap ikan. Zaman remajanya sebelum masuk tentera adalah nembuat kerja-kerja nelayan.

Kebiasaannya...bila abah balik dari memukat, abah akan menimbang ikan-ikan belanak. Dan tugas menjual ikan-ikan tu adalah tugas aku dan kak kiah ku.....murah betul masa tu...hanya 50sen sekati...sekarang mana nak dapat...Macam biasa bila habis menjual duit diserah kepada abah...kami yang menjual tak dapat upah apa-apa...kecuali gulai lemak ikan belanak yang emak masak...sedapnya tak tahu nak cakap...almaklumlah ikan segar...

Keperitan dan kesusahan yang abah lalui masa membesarkan kami adik beradik seramai 9 orang...menyebabkan abah menjadi orang yang begitu berjimat...Sampai sekarang, cara hidup abah masih tak berubah...makan ala kadar...pakai pakaian yang boleh dijadikan kain buruk... dan tak beli perabot baru.. Kereta abah pun kereta second hand. Kalau kami anak-anak tak beli memang abah tak akan beli....namun kadang-kadang aku rasa berjimat abah dah sampai peringkat kedekut...heheh.

Aku masih ingat bila emak sakit..aku minta abah belikan emak katil baru...kesian kat emak. Abah tak beli tapi abah cuma repair je... Aku yang susah hati dengan keselamatan emak, mahu tak mahu beli kan aje katil baru untuk emak. Macam tu juga dengan peti ais... at last kami pakat adik beradik beli baru untuk emak....

Sebenarnya abah dah boleh menikmati kesenangan....dengan duit yang kami adik beradik bagi tiap bulan atau tiap kali balik , dah cukup untuk mereka berdua. Ditambah dengan duit pencen abah yang dah kian banyak...tapi abah tetap macam dulu. Kadang-kadang aku heran dengan abah...dia tak teringin ke hidup dengan lebih selesa...bina semula rumah kampung kami dengan lebih elok ( rumah kampung tu. ..abah sendiri yang sambung sedikit demi sedikit ) Beli benda makanan yang lebih segar ..(abah lebih suka beli ikan lungguk yang murah...) atau pergi umrah pulak...

Aku selalu usik abah...belilah kereta baru...dan abah akan jawab...mana ada duit. Sebenarnya bukan aku tak tahu...simpanan duit abah lebih dari mencukupi...

Walau apa pun..aku tetap bersyukur...dalam usia begini aku masih ada abah.....dan bila usia meniti, aku kian memahami abahku. pengalaman masa lalu menjadikan abah ku begini....Dan abah tak tahu menunjuk kasih sayang bukan kerana apa...kerana dia sendiri dibesarkan sebagai anak angkat...dan tak pernah diajar mengenal kasih sayang.

Apa-apa pun abah....I love you....