Pages

Followers

Showing posts with label art and design. Show all posts
Showing posts with label art and design. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

Buat Mural Baru....

Cuti Sabtu dan Ahad ni...begitu padat sekali...Mana tidaknya, bukan saja ada gotong royong..tapi aku penuhi dengan membuat mural di hadapan tapak perhimpunan sekolah...

Tapi alhamdullillah...Nak dijadikan cerita, bekas anak murid aku ni menghubungi melalui facebook.. baru cuti semester dari UITM Kuala Terengganu... pelajar Art and Design.. Aku pelawa dia datang membantu... tapi dia bukan datang seorang, dia ajak 3 lagi rakannya. Dua orang lagi pelajar Art and Design UITM juga tapi seorang dari Kedah, dan seorang lagi dari UITM Kelantan....

Aduhh.... tak pernah aku rasa kerja buat mural semudah ini... dibantu oleh tenaga sukarela yang begitu komited... Aku design, dan bagi cadangan warna, aku tunjukkan teknik mewarna...yang lainnya mereka buat..
Aiman, UItm Merbok jurusan Industri Art, Yuswan - UITM Kelantan jurusan Tekstil part 1 dan Aina UITM Kuala Terengganu jurusan Tekstil ..... mereka ni memang kebanggaan aku...sebab kalau tak kerana dorongan aku, mungkin mereka tak memilih jurusan ini....
Inilah hasilnya... setelah 3 hari bertungkus lumus.... sempatlah untuk menyambut Menteri Besar Perak, yang dijangka datang esuk sempena Hari Guru......Walaupun tak dinafikan aku penat sangat...pagi petang datang sekolah, tapi....wellll....aku Happy sekali......kerana hasil kerja menghiasi dinding sekolah...

Monday, February 1, 2010

Koleksi tembikar cina...

Sejak mengikuti blog beberapa peminat pinggan mangkuk ni, saya juga jadi prihatin dengan pinggan mangkuk yang dipasaran. ( pinggan mangkuk...banyak dah pecah angkara anak-anak lelaki....)
Kebetulan, satu hari saya berjalan ke kedai harga patut ( dulu kedai dua ringgit...)
Terpandanglah pulak set minuman ni...dijual separuh harga ( 50 % less)
Berkenan lah pulak...bukan saja kerana harganya tapi kerana designnya...
nampak antik...

Tapi bila balik diteliti... ternyata, design rekabentuk setnya pun menarik...Nampak tak bentuk huruf " wau" ( huruf jawi pada tangkainya...) membuat saya tertanya-tanya adakah perekanya seorang muslim...



Teko begini bila saya tanya di Memory Lane ( tempat jualan barang antik ) harganya mahu dekat rm 60... ( Kalau harga ni..saya dah boleh dapat 2 set..)



Teko, dari pandangan atas.... Tak sangka pula bila saya bawa balik..suami pun suka...heheheh




Tuesday, September 29, 2009

Jumpa kawan lama...NorAzmi Murad

Nor Azmi Murad (kanan) dan seorang guru juga dari ITM..
(maaf tak ingat pulak namanya....)
Hari ni aku balik sekolah dengan pelbagai tugas yang menanti...pelajar calun spm ada peperiksaan percubaan P. Seni Visual... Calun Seni Visual yang cuma seorang ada kertas Lukisan...dan hari ini yang lebih penting aku kena hantar portfolio kerja kursus calun STPMku..... Alhamdullillah, dia buat dan siap juga...yang lain-lain aku tak nak komen, biasa keputusannya keluar nanti menentukan. Dan aku sebagai guru lega sangat bila nampak ada portfolio yang hendak dihantar...
Di bilik kebal SMK. Seri Ampang...tempat mengumpul semua kerja kursus Seni Visual aku bertemu seorang kawan lama...Nor Azmi Murad . Kami sama-sama masuk ITM tahun 1982..dan tahun 1990 kami sekali lagi bertemu dalam satu kelas Diploma Pendidikan Seni..atau dulu dikenali dengan nama ATD ( Art Teachers Diploma ) juga di ITM ( sekarang UITM la..) Azmi orang ku kenali sangat cool....tak banyak cakap...tapi sesekali keluar kelakar juga... Dia boleh ku puji kerana kreatif dan rajin....Habis ATD...Azmi di posting ke Seberang Perak..Perak Tengah...hinggalah sekarang. Bertemu jodoh di sana dan kini dah menyandang jawatan Penolong Kanan Ko-Kurikulum... Apa yang aku perasan...Azmi tak jauh berubah...masih segak seperti 27 tahun dulu..... ( kalau tak silap sekarang anak dah 7....) dan senyumannya tetap semanis dulu.....
Yang mengikuti blog ini boleh melayari pertemuan semula kami budak-budak AD82 dalam blog...... http://budakad82.blogspot.com/ terlalu banyak kenangan manis yang dapat dikongsi bersama semasa belajar....