Pages

Followers

Showing posts with label jodoh. Show all posts
Showing posts with label jodoh. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

Cinta zaman sekolah bawa ke jinjang pelamin...

     Cinta zaman sekolah...???? 
Orang kata cinta monyet... tapi ada yang tidak.....
contohnya dua pasangan yang saya ambil gambar mereka melalui facebook... Saya memang teruja ..bila tengok gambar mereka.. Sebab saya tahu kisah cinta mereka dari tingkatan 4.
Di atas Syahril Azam dan Aishah...aku pernah ajar masa tingkatan 4 dan 5...
Masa buat kerja kursus Azam selalu membantu Aishah... hasilnya. 
Azam dapat A1 manakala Aishah dapat A2. result pendidikan seni visual.
Masa mereka kahwin dulu..ada juga aku dijemput...dan adik Aishah pun pilih pasangan dari sekolah yang sama juga...Sekolah Raja Chulan.
Pasangan  ni pulak...Nani dan Roslan.
Anak murid aku masa di SMK KG Dato Ahmad Said... masa tu aku baru saja
berpindah dari Grik ke Ipoh..Baru kahwin laa tu...
Nani dan Roslan masa tu baru tingkatan 2..Badge pertama dari sekolah tersebut. ( sekolah baru )   
Roslan memang dalam kategori handsome boy dan Nani memang ada cute face kegilaan budak lelaki..
Masa mereka di tingkatan 3, aku jadi guru tingkatan Roslan...Roslan agak aktif sebab tu akademiknya kurang cemerlang berbanding Nani...
Jadi , bila nasihatkan Roslan..aku selalu bandingkan dia dengan Nani...supaya Nani boleh jadi motivasi pembakar semangat untuk dia berjaya...Lepas tu mereka sambung ke sekolah Vokasional di Ipoh...
Aku ingat... hubungan mereka putus lepas tu...sebab Nani dapat ke Universiti...
tapi rupanya....jodoh mereka kuat....

Bila aku tahu mereka akan berkahwin...aku antara orang yang gembira.....suka sangat..!!!

p/s : maaf ...Azam dan Roslan... cikgu ambil gambar dari facebook kalian...
bukan niat tak baik ..hanya kongsi kegembiraan....

Wednesday, November 10, 2010

JODOH


(Pasangan yang paling sepadan di mata aku ...)

Aku suka betul tengok dia... ..Manis, genit, ayu., cantik.....memang aku berkenan dengan tingkah laku dia...baik, mesra dan berbudi bahasa.... Malah pernah aku kata kat dia.. kalau aku ada adik, memang aku ingin introduce kat dia....dia akan senyum meleret bila aku cakap macam ni..... Aku sebenarnya tak tahu dia ada boyfriend ke tidak.....tapi untuk pengetahun, dia masih single dan sudah berusia hampir 36 tahun.

Dalam persoalan jodoh... ini yang kadang-kadang aku tak faham....( rahsia-rahsia Allah, siapa pun tak akan faham...) Orang semanis dia pun masih belum bertemu jodoh.... Dia bukan seperti sesetengah gadis yang malu dengan lelaki, malah tidak juga begitu sosial.... Sedang-sedang baik untuk dibuat menantu... Yang aku tahu dia sekarang menjaga emaknya yang dah tua... ayah dah tak ada...
Sama juga macam seorang rakan aku...yang sampai sekarang masih sendiri. dulunya juga menjaga emak..Sekarang emak dah tak ada..dia masih sendiri.

Dan seorang lagi gadis ni juga belum bertemu jodoh....
Orangnya...di mata aku cantik..manis, ada ciri-ciri gadis melayu.
Bijak...malah dah ada Ijazah sarjana....
Taat, ibu bapa...sayang keluarga.....
taat perintah Allah...
Yang istemewa...pandai masak, lauk-pauk , kuih dan sebagainya...Masak untuk kenduri
pun boleh.....
Bermotivasi, bersemangat tinggi....
boleh menasihati orang lain dan memberi bimbingan pada orang lain..
Rajin...( kalau datang ke rumah terus ke dapur...)

Tapi tulaa..sayangnya, jodoh belum ada.....

Dulu sebelum kahwin, aku ingat, orang gemok ( masa tu montel je..) saja susah nak kahwin... tapi rupanya tidak... Jodoh seseorang.. akan bertemu dengan orangnya bila tiba masanya....bukan kerana sifat fizikal, kecantikan, kekayaan atau sebagainya...

Dan jodoh aku ditemukan oleh orang tua......


Thursday, June 18, 2009

...Segala Ketentuan Allah jua.

Untuk sekian kali aku membuka laman blog milik budakad82... untuk sekian kali itu aku begitu teruja....melihat betapa masa memakan usia-usia remaja, mengubah rupa bentuk ,penampilan dan segalanya yang pernah aku kenal dulu...dan kalau ikut pengiraan aku dah hampir 27 tahun masa itu berlalu..kalau nak disamakan hampir sebaya dengan rakan setugas aku di sekolah...yang lahir pada julai 82.
Sesekali tersentuh juga..kerana wajah-wajah yang terpapar tiada di kalangan mereka-mereka yang pernah rapat dengan aku dulu....di manakah along, angah, andak, ucu, achik dan shima....yong dapat juga aku tatap perkembangan semasanya...dan melihat betapa jelitanya puteri-puteri yong bersama Akif....betapa masa yang berlalu tak menemukan kami lagi....Along putus kabar, sebaik dia mula berkeluarga...angah pun begitu. Achik, Ucu, Shima dan Andak...langsung tak dapat ku jejak di mana diamnya.....
Dan sesekali bila terpandang wajah-wajah rakan sesama AD...dah tentu mengingatkan aku dengan seraut wajah yang pernah mencipta cinta lukaku....Memang semuanya percaturan Allah belaka...Maka Dia yang Lebih mengetahui rahsia-rahsia alamNya.....Maka terciptalah...episod paling luka dalam hidupku...Aku yang dilihat gagah boleh berdiri tewas kerana kegagalan cinta.....betapa bodohnya aku waktu tu.....ah ...bodohnya...
Tapi pengalaman mendewasakan aku....aku bangkit dan bangun semula...dan sesungguhnya Allah Maha Menyayangi aku hambaNya...aku bangkit dengan sokongan keluarga...dan Allah juga yang menentukan jodohku dengan lelaki bernama KamarulBahrim....
hahah...siapa sangka, jodohku ini...ditimbang sama berat...di sukat aku pendek sikit...Memang kalau orang pandang kami...orang akan kata..pasangan sepadan....hahahhahah. Inilah jodohku, jodoh yang dipadankan oleh keluarga....siapa kata bercinta lepas kahwin tak bahagia..???? Memang kami tak kenal sama sekali....cuma keluar bersama bila dia nak beli cincin kahwin.....dan beli kasut...dia takut tak muat.( kasut tu tak dapat aku pakai pun sebab lepas tu aku terus mengandung...)
Pada rakan-rakan yang menemui jodoh di ITM...berbahagialah....sesungguhnya itulah , takdir kita...Pada kawan-kawan yang pernah putus cinta.....sesungguhnya Allah maha Mengetahui segalaNya...Yang baik dari Allah...yang buruk datang dari manusia juga...AMIN