Pages

Followers

Tuesday, July 6, 2010

Rindu seorang lelaki....

Bila aku ceritakan pada kawan-kawan, aku ajarkan suami membuka akaun laman sosial facebook, ramai yang ketawakan aku... tak kurang yang berkata, jaga-jaga Ros...... Tapi aku tahu niat aku baik. Sekurang-kurangnya My suami dapat bertemu dengan rakan-rakan lamanya melalui facebook...
Dan melalui sembang bual di facebook membawa lelaki ini ke sekolah lamanya.... Memang ternyata, rindu pada alam remaja masih ada.... Dan aku menemani beliau menyaksikan perasmian majlis sukan tahunan sekolah lamanya yang ke 94 tahun...
Dengan warna rasmi merah dan hitam...pelajar-pelajar sekolah ni...look so smart. Aku yakin sekolah ni ada sponsor yang mantap... iaitu old boys sekolah ini juga.
Kawad kaki pasukan kadet ni memang nampak cantik....
Dan inilah klimaksnya...My suami bertemu rakan-rakan lama...( ada beberapa gambar tapi entah kenapa tak boleh upload )...Rakan di atas, ditemui di facebook aku dulu...sekarang bisnes man ( bekas YB ).. Dan ada juga yang kami temui YB - wakil rakyat mana entah aku tak ingat....( hebatnya mereka ) Ada juga beberapa muka yang macam pernah ku lihat...tapi di mana yer...???? Dan salah sorang yang aku pasti, ialah doktor yang merawat semasa aku bersalin di Hospital Bersalin, Ipoh.....
Aku akui...hebatnya sekolah ini kerana function sekolah dijayakan bersama-sama Old Boys......
sekolah aku ada ke macam ni......???? rasanya tak ada....

No comments: