Kalau nak jadi rezeki, orang kata bukan kata dapat benda makan....tapi kalau dipelawa menonton filem baru belum ditonton orang pun kira rezekilaa tu.........
Itulah halnya aku baru ni...kena pula tarikhnya pada hari lahir aku 5 Disember 2010...macam hadiah hari lahir laaa tu....
Peluang tak datang selalu....rezeki tak datang bergolek... tapi kali ni, nak berdepan muka dengan pelakon, penyanyi Awie...heheheheh tentu laa tak lepaskan peluang..
First time jumpa Awie secara life.....Tak dinafikan.. dia ada aura seorang bintang,...aku tumpang tui...cari aura...hehehheheh . Awie jadi hero dalam filem ni. Kalau dibandingkan lakonan Awie dalam Sembilu ( filem pertama dia kalau tak silap..) dengan filem ini, memang jauh berbeza.....Ada ketika jadi kelakar...ada ketika jadi serious....ada ketika jadi macho.....
Ambil kesempatan juga bergambar dengan Delimawati...yang memegang watak Kak Limah.....walaupun tak ada dailog panjang.... Kalau tak ada watak ni, tak ada cerita.....Aku kalau nampak dia, mesti ingat drama Rombongan Che Kiah....
Isteri Mamat Khalid, Intan... yang menjadi kenalan aku tahun ni, gara-gara membeli detox patch..... Sebelum ini , dia menjemput aku untuk menonton filem Estet, tapi malangnya aku tak dapat pergi, kerana bertembung dengan jamuan Pusat sumber.....alahai melepas nak jumpa Farid Kamil...hehhehehhe
Pengarah filem...Mamat Khalid. Adik kepada pelukis tersohor Dato Lat....sama-sama berbakat dalam bidang masing-masing... Mamat juga adalah ex studen Raja Chulan.....
Anak-anak yatim yang diraikan...ada juga yang tak pernah pergi panggong menonton filem...
Mesti mereka juga teruja....
1 comment:
Lain pulak rupa Delimawati tu!
:)
Post a Comment