Lebih kurang sebulan lalu, aku mendapat tahu tentang reunion ini....
Sebenarnya tak ada kena mengena dengan aku. Sebab aku dari AD82- 86...tapi reunion ini untuk AD83-87....
Cuma menariknya, lokasi pertemuan selepas 23 tahun adalah dekat Taiping...dan dekat benar dengan kampung aku di Matang. ( lebih kurung 2 batu je..km aku tak pasti..)
Mulanya aku malu juga..... tapi Dekni selaku salah seorang tenaga penggerak majlis ini, beria-ia mengajak aku..( heheh aku tak bayar pun...) Bila aku sampai, suasana tak ubah seperti orang nak terima menantu... Dekni dan suaminya ibrahim... tengah nak masak nasi berayani...
Inilah Zulaznan.. tuan rumah. Majlis dibuat di rumah beliau... Beliau salah sorang penggerak untuk majlis ini...
Ini salah seorang yang aku tak cam langsung....Maaflaa.. aku pun tak ingat namanya bila diperkenalkan..
Sebelah malamnya , majlis kemuncak..ada tayangan slaid , pengkisahan mereka zaman di ITM dulu...Mungkin ada geng AD yang cam mereka...semua dah berusia, dah banyak yang berubah dari zaman remaja..
Haron Mokhtar...pelukis tersohor, di Malaysia...antara yang hadir. Di belakang beliau, DEkni dan suami Ibrahim Don...penggerak dalam menjayakan majlis ini...Sekalung tahniah untuk mereka berdua..( bercinta di ITM, dan bertemu jodoh...sama-sama dari AD83 )
Aznan dari departmen Fine metal...makan semeja dengan aku petang tu. Sekarang pensyarah IPG di Pulau Pinang..bersama isteri.
Apa-apa pun ..aku turut gembira dengan reunion ni...bermakna ukhwah dan saliturrahim masih terjalin di antara mereka....
dan aku rasa yang paling kecewa ialah sahabat aku Raja Shiba... kerana beliau bertugas di Sabah...( asal orang Kuala Kangsar)..nak balik pun tak berbaloi sebab lagi dua minggu dah nak cuti sekolah.......
Pada Dekni, Iberahim dan Zul....Tahniah untuk kalian semua...yang merealisasikan pertemuan.
Moga Allah juga yang memberi ganjaran, di atas segala tenaga, masa, keringat yang kalian korbankan untuk pertemuan ini...
4 comments:
Terima kasih Uda untuk N3 ni,,sangat2 bermakna untuk dekni khasnya dan AD83 am nya. I luv u uda..
Terima kasih atas kedatangan ke majlis. Rasanya memang bertuah saya ni kerana dapat kekal didalam dua kumpulan Ad, 82 & 83. Sememangnya setiap kejadian itu ada rahmatnya.
Hello Rosliani, You mentioned your lived before at Matang? I can remember passing that town many, many years ago.
I really enjoyed looking at the lovely and interesting pics here. Very nice.
At least saya sekarang tau apa fashion styles in Malaysia today, ha ha.
Have a pleasant week, Lee.
Dekni...Uda tumpang bangga dengan dedikasi dan semangat setiakawan yang telah diberi oleh Dekni dan Yem serta Zul serta Isteri....Meriah sekali pertemuan yang diatur...Syabas dan Tahniah sekali lagi...You always the best..
Fendi...betul setiap apa yang terjadi ada rahmat...dan pertemuan sering memberi kesedaran kepada kita bahawa masa telah mengambil masa remaja kita...
UNCLE LEE..
hometown saya di Matang....dibesarkan di sana.... My parents still there...
nice and peaceful place..
Post a Comment