Sehari dua ni, memang aku mengadap kerja yang boring di tahap 'gaban'... Buat sekerat jalan aku dah menguap, ..mengantuk...pernah juga lena depan laptop ni...hehehhe buat lagi...menguap lagi...aduhhh...tensionlaaa.....
Nak tahu kerja apa.... isi data I- Nilam.....program membaca di bawah JPN. Retan program membaca . Program Nilam.
Beberapa minggu yang sudah.. kerja aku ni tersangkut kerana guru data tak masukkan nama pelajar dalam program..... jadi setiap kali pengetua tanya.. aku jawab je.. nama belum masuk... dah dua tiga kali aku tanya... jawapannya tetap sama.
At last, data nama dah masuk.. baru boleh buka sistem.
Rupanya ...ada bala lagi menanti, ....mereka nak juga retan hujung tahun 2009. Cari dalam fail tak ada..( sebelum ni orang lain handle...) mahu tak tension aku ... Jadi dua tiga hari ni, aku kejar ketua-ketua kelas... untuk dapat maklumat. Yang susahnya, budak ting 5 dah exam percubaan. tingkatan 3 pula dah reshafer kelas untuk persediaan PMR....
Entahlaa... aku main belasah je laa sekarang... ( bukan kacau keputusan exam budak pun ) kalau macam kerja kursus tu yerlaa patut aku risau... sebab itu result exam...
EEEEe....benci betul aku, dengan program yang menyusahkan orang ni....... cukuplah ambil data secara manual... yang penting kita tahu program ni berjalan... dan tokoh nilam dapat di cari.
Aku tahu...program ni... semuanya untuk kecemerlangan orang yang merancangnya... mahu tak mahu...orang bawah macam aku ni laa kena beban kerjanya....( makkk...rasa nak berhenti kerja laaa macam ni.... macam buat kerja bodoh aje...) Kalau aku mengecat sekolah lagi bagus... nampak juga hasilnya walaupun penat.... ini menyakitkan kepala aje....
Yang susahnya orang yang buat program ni... bukanlaa orang yang berkaitan dengan exam... sebab tu, mereka bagi aje cikgu untuk buat...itupun nasib, jadual guru penyelaras PSS macam aku dah dikurangkan waktu mengajar..... kalau tidak mahu lagi gila.. aku.. sekarang pun dah setengah gila... hari-hari berkurung dalam bilik ni... buat kerja PSS... Orang di luar sana pun bukan tahu, ....ingat aku releks...( kadang-kadang ada laa aku lepas gian mengantuk...heheh )
Aku suka jadi penyelaras Pusat sumber ni... tapi kalau kerja macam ni... taubat...memang aku tak suka....... Macam letak bantal tepi kepala.. suruh aku tidor aje...
Weeeei... aku kena stop...kena sambung key -in balik.... mengantuk dah hilang sikit...
Thanks kerana membaca....
1 comment:
Saja nak komen sebab Tajuk 'BORINGNYA' tu teringat kan saya satu nice quotes... "The cure for boredom is curiosity. There is no cure for curiosity." ~ Ellen Parr
Selamat berpuasa!
Post a Comment