Pages

Followers

Saturday, July 10, 2010

Kaya dan Berjaya....


Sebelum mengikuti beberapa kursus motivasi, aku cukup malu nak berdoa....
"Ya Allah... aku mahu kaya dan berjaya...."
tapi selepas itu baru aku sedar pengertian kaya dan berjaya itu begitu luas....
dan Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang,
akan menunaikan apa yang diminta oleh hambaNya.
Ya Allah...Aku mahu Kaya....
Kaya dengan limpahan kasih-sayang....semoga aku hidup dengan berkasih sayang sepanjang hayat yang ada....
kaya dengan kesihatan yang baik...semoga aku boleh terus berbakti dan berkerja
keranaMu Ya Allah....
Kaya dengan sahabat-sahabat.... yang dapat membimbing dan membantu aku
bila aku dalam kesesatan dan kegelapan..
Kaya dengan ilmu... moga aku dapat mencurahkan segala ilmu yang ada
pada anak didikku....
Kaya dengan harta.... supaya aku dapat berzakat, bersedekah, menunaikan haji dan umrah,
membantu gulungan yang miskin, menunaikan impian ibu bapaku yang belum tercapai,
memberi mereka keselesaan hidup sementara masih ada...
membantu anak-anak yatim....
Ya Allah... Aku mahu berjaya...
Berjaya menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh....
berjaya menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu-bapa...
berjaya menjadi ibu yang mendidik anak-anak yang soleh dan taat...
berjaya menjadi sahabat di kala mereka memerlukan
berjaya menjadi saudara di kala mereka kesusahan....
berjaya menyampai ilmu yang ada kepada anak didikku...
berjaya dalam segala hal dan urusan...

Ya Allah....moga Kau perkenankan doaku....
AMIN....

No comments: