
Setelah perjalanan hampir 5 jam..akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju... Sebenarnya My suami kalau bawa kereta, memang tak laju...( baguslaa pun, bila jalan jauh-jauh ni kadang-kadang datang fobia dengan kemalangan-kemalangan maut...) Destinasi pertama yang kami cari dan tuju ialah hotel penginapan kami...( aku dah booking seminggu sebelum ke Kelantan..)





Papan tanda ini sungguh menarik minat aku... Kelantan dikatakan begitu fanatik dengan bola sepak....

Dan akhirnya, kami bertemu dengan hotel penginapan yang dicari....betul-betul di simpang jalan. Malangnya tiada disediakan tempat letak kereta... jadi jenuh jugalaa kami memusing-musing mencari parking kereta... Lebih malang,..parking ni berbayar...( untungnya..esuknya Jumaat....Parking tak perlu dibayar...) ..Zon parking berbayar ni...
dinamakan ZON KUNCI TAYAR....
Anak-anak aku tak habis ketawa dengan papan tanda ni..

Inilah hotelnya... Malangnya aku terlupa nak ambil gambar bahagian dalam... Bukan apa, aku sebenarnya tak begitu happy sikit... Hotel ini aku booking melalui satu tawaran yang aku dapat secara percuma bila aku menjadi ahli satu club.. jadi kemudian aku call ke hotel untuk booking untuk anak-anak aku pula... Malangnya, bila aku tanya semasa mendaftar, dia kata aku tak booking....apahall.... mau rasa nak marah...tapi nasib baik ada bilik lagi,.. jadi terpisahlah bilik kami... satu di tingkat 3 dan satu lagi di tingkat 1......

Selesai angkat barang...apalagi, mulanya buka bekal.... Jangankan anak-anak...aku pun kelaparan....
2 comments:
Wah.. bagusnya.. siap bawak bekal.. Tapi, lebih terjamin kebersihannya dan boleh berjimat, kan?? Kalau tengah lapar, nak tunggu order lagi.. huhuhu.. tak terbayangkan.. :)
Kak cik..pengalaman mengajar..harga makanan gila mahalnya bila dalam perjalanan ke Kelantan, terutamanya bila melintasi banjaran titiwangsa... kerana pilihan tak banyak...kita terpaksa beli walau mahal
Post a Comment