Aku dan famili balik ke Matang pada malam raya kedua... Kami sampai hampir tengah malam, kerana anak-anak ajak si ayah ronda-ronda ke Taiping dulu... Bila kami sampai rumah Matang yang biasanya sunyi sepi..dah berubah suasana. (itupun...waktu sampai ramai dah tidor..)Sebelum kami sampai, anak sedara aku Iskandar( Tokeh Asam Pedas Mak Usu dekat Seri Gombak ) dan famili dah sampai. Setiap tahun rutinnya begitu...dari rumah datoknya di Kedah mereka akan singgah rumah tok wannya di Perak...
Kak Ani dan famili pun baru sampai dari Manong.. Kak Pidah dan anak-anak juga Azhar dan anak-anak dah tido masa kami sampai...Dan problem nombor satu bila ramai-ramai dah balik ialah mencari port tempat tidor....Itupun nasib baik Kak Gayah dan famili dah balik sebelah petang ( aku tak sempat jumpa)..kalau tidak lagi problem...sebab kak Gayah ramai anak dara...
So....tahun ni nampaknya semuanya ada balik ke Matang...kecuali seorang....Kak Long dan Abang Long....entah bila mereka akan beraya bersama-sama kami....Dan aku bagai mengerti kerinduan emak dan abah pada Kak Long...setiap kali mereka bercakap mengenainya.....
3 comments:
pergh akid dpt muka penuh tu ...
wah meriahnya uda!
gerammm tengok pipi cucu...
Post a Comment