Pages

Followers

Sunday, November 20, 2011

Bila bermulanya cuti....

 Semalam secara rasminya bermulalah cuti persekolahan.....  Satu kelemahan aku, bila perkataan "cuti" ada dalam kepala... aku macam jadi bodoh tak tahu nak buat apa..... Mood nak buat apa-apa tak ada dalam kepala...... Badan pula rasa malas semacam... rasa nak baring je....

Dalam tak ada mood .. terjumpa inai yang diberi oleh salah seorang pelajar aku . ( emak dia baru balik Mekah).... jadi sempatlaa aku menconteng tangan aku sendiri....hehehhehehh...
Inilah hasilnya...( maafkan tangan yang montok tu... tak boleh nak otter...heheh)
rupanya bila pakai inai ni ditangan... pergelangan tangan pun tak boleh gerak... Bila dibengkokkan.. coraknya akan kembang.... huhhhh... kalau jadi pengantin , mahu kebas tangan....hehheehhe
Malam tadi .. mula sketch gambar along dan Nurul.. anak dan menantu Kak Pidah...
Ini projek suka-suka.... memantopkan skill tangan....  Nanti boleh hadiahkan kat mereka...

p/s... macammana kerja rumah nak siap ...hehehe... kejap-kejap buat projek lain...

No comments: