Pages

Followers

Saturday, November 19, 2011

Cuti.... dan dapat duit...yahoooo....!!!!!!

                Rasa macam masa berlalu terlalu cepat.... tau-tau sekolah dah mula bercuti akhir tahun...
 Pada yang kaki jalan ,.. lencong melencong.. dah mula susun strategi pi makan angin.. 
aku tak ada plan apa-apa.... yang aku tahu kerja aku masih ada yang belum beres... dan rumah aku juga perlukan perhatian ...untuk dikemas dan dibersihkan.....(oooohhhh... siapa laa nak tolong...)
Selepas 24 hb.. aku cadang nak buat kelas tambahan untuk budak-budak PSV... sebab kertas soalan dah bocor   di edarkan....  cuma mahu tak mahu je... budak-budak tu buat latihan.....

1hb Disember pula... kertas PSV untuk calon spm.... aku walaupun tak bertugas, kena juga ke sekolah...
sebabnya... aku pasti, mesti ada yang tak bawa alat dan warna....tiap tahun rupa tulaaa...
sabor jelaaa... kian tua ni tak pandai nak marah-marah lagi.... takut heart attack...
Habis exam ni... aku kena tunggu bungkusan soalan dari pusat-pusat peperiksaan... tugas hujung tahun aku akan bermula..... Lepas tu ... barulah makan angin ke Kajang....
Bukan makan angin pun... kerana tugas hujung tahun jugalaaa... Lepas tu bermula episod... gedebak gedebuk.... dan  'sepak terajang' ....hehehhehehhe Kalau tak faham pun tak peee...tugas ni berat juga tanggungjawabnya.... kalau hilang sehelai kertas, mahu tak lena tidor..... kalau buat kesilapan apatah lagi.... mahu demam rasanya... tapi yang seronok, masa inilaah bertemu dan berkumpung dengan rakan-rakan 1 Malaysia...
Di Ipoh ni... aku masih tak tahu nak berkampung di mana..... tempat difikir dah ada tapi belum bertemu empunya tempat.... nak kena pi mengadap laa pulak... Inila kerja utama yang aku kena buat mulai minggu depan.... tak boleh tidak...

Tapi yang lebih seronok cuti kali ni.... bermula cuti, dapat duit laaa pulak.... walau bukan duit aku, duit anak-anak .... tapi kurang-kurang adalah sikit modal nak buat akaun SSPN untuk mereka....lepas laa juga baju sekolah buang sepasang sorang....  cuma si Hakim, dah minta duit tu... untuk beli handphone... banyak cantikkkk..... rela aku bagi duit aku... dari bagi duit tu kat diaa... ( dia ni perlu ada handphone, sebab senang aku nak jejak  ke mana dia pergi....atau bila tak balik malam...)
Walaupun sesetengah orang kata... sedikit sangat rm100 tu... tapi bagi aku cukuplahhh... dan terima kasih laa banyak-banyak... kalau 3 orang anak bersekolah dah rm 300... mana nak dapat free rupa tu...
Rm 300 ni sama tau dengan gaji pertama aku masa umor 18 tahun dulu....so syukurlaaaa !!!!!

No comments: