Pages

Followers

Thursday, November 17, 2011

Akhirnya dia mengaku juga ...dia akan menjadi raja sehari.....

         Manusia ini memang pelbagai ragam... Dan ragam seorang guru muda di sekolah aku ini memang menarik perhatian kami terutama guru-guru senior.... sebabnya????.... sebab tak nak mengaku yang dia dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan.......
kad kawin buatan sendiri....
Di sekolah barangkali akulah orang yang selalu ketinggalan cerita....kerana aku selalu sendirian di bilik stor seni... merangkap bilik aku laaa....tapi cerita yang satu ini, memang membuat aku nak menepuk dahi... . macamana aku boleh tak tahu, sedangkan di bilik guru dah heboh tentang cerita ini. Ini kerana guru yang dimaksudkan memang rapat dan sekapal dengan aku dalam bidang seni.... Malah dia juga sering lari dari bilik guru dan sama-sama buat kerja di stor seni kerana kurang selesa dengan kepadatan isi di bilik guru...
Barangkali memang benarlah... orang lelaki ni tak suka bercerita hal peribadi dengan orang lain... tapi yang hairannya beberapa kali aku perangkap dia untuk berterus terang... memang  dia tak nak mengaku..... barangkali juga kerana dia pernah terlepas cakap dengan aku agaknya.... sebab tu dia malu nak mengaku....  Sebenarnya, aku kenal juga bakal isterinya... kerana dia juga pernah menjadi guru sandaran di sekolah aku. Dan di sinilah bermulanya bibit-bibit cinta...( barangkali)  Tapi dinafikan oleh si guru muda kerana si gadis tunangan orang ketika itu....
Sebenarnya sekali lagi masa tu... aku ketinggalan cerita...hehehhe... berita dah nak basi baru aku tahu tentang gosip-gosip mengenai mereka...
Apa-apa pun aku doakan mereka bahagia hingga ke anak cucu....Amin...!!!!

P/S : sebenarnya kalau dia mengaku hari tu.... 
aku ingat nak hadiahkan dia potret perkahwinan... aku pun tengah gian tangan nak melukis....

1 comment:

amelia said...

bila cikgu nikman nak kahwin ? dan kat mana tempat dia ?