Pages

Followers

Wednesday, August 3, 2011

Hampir selesai....

antara yang terbaik....
     Hari ni rasa lega sikit... dari 66 orang calon Pendidikan Seni Visual... aku dah hampir menyemak kesemuanya... Cuma tinggal dua lagi, yang belum ku beri markah kerana nak minta mereka buat penambahan dan pembetulan dulu....( dua pelajar harapan untuk aku bagi markah cemerlang.) Malangnya hari ini aku cari mereka , dua-dua tak hadir. Semalam dapat sms, pentaksir kawasan nak datang minggu depan untuk memantau. ertinya sempatlah lagi aku bagi peluang untuk mereka perbaiki...( kecuali kalau tak datang esuk )

   Soalan yang paling aku suka ialah topi keledar ni.... sebab tu aku bagi peluang pada pelajar untuk membuat soalan ni.... Tapi sayangnya yang memilih soalan ni kebanyakkan bermasalah.... contohnya, pemilik topi di atas... Aku yang bagi idea untuk dia untuk buat muka harimau.... tapi bila tiba aku minta folio dia hantar cuma dua helai saja kajian... alasannya, folio dia hilang. Terpaksalah aku talifon ke rumah, bercakap dengan emaknya... baru dia kelam kabut sikit... Kalau tidak selamber je tak nak hantar folio....
   Ini juga antara yang aku tolong... Aku bagi idea kat dia buat gambar semut... sebab dia kaki merayap tak buat kerja...Tapi bila dia dah bagi topi dan folio ...kira oklaaa... janji dia hantar.

 Ini antara hasil kerja yang banyak berdikari..... kalau semua macam ni, tak laa stress sangat...
 Ini antara hasil kerja yang aku bagi 'nyawa semula".....Aku suruh pelajar ni buat lain...dan aku bantu sikit...nak tahu camana kerja nya sebelumnya... tengok je gambar di bawah....
mengucap panjang aku... masa dia hantar....
 Memang boleh sakit jantung aku....Sehari aku tahan dia suruh buat lain...
boleh pun, jadi elok.... entahlaa aku pun tak faham budak-budak ni...
 Ini pun hasil kerja yang aku suruh ' touch up '..Puas aku suruh dia otter...
last sekali aku suruh dia cat warna putih guna akrilik pada wording happy birthday...baru nampak bernyawa sikit....( pelajar ni aksident dalam bulan julai...aku dah suspen masa tu..takut dia terlantar lama...)
    Antara folio yang aku paling kecewa.... folio pelajar ni..... Topi keledarnya siap masa aku buat kelas tambahan masa cuti dulu... ( aku juga bantu bagi idea...)...Sayangnya dia tak hargai... folio dibuat dengan cincai je... sibuk dengan hal-hal lain....Aku target nak bagi dia cemerlang... tapi tak boleh... sebab folio yang dihantar tak setimpal dengan apa yang aku harapkan.....ohhhh...memang aku cerewet....
   Hari ni... bila aku masuk ke kelas 5T... dan bercakap tentang markah yang aku bagi... mereka macam terkejut....mereka nampak aku sporting... tapi sorry bukan bab markah untuk pelajar yang malas yer...
Terus terang aku katakan pada mereka.... memang aku agak kecewa....aku harap mereka insaf lepas ni...

2 comments:

Fitri Senin said...

xpela kak..budak2 ni kena ajar juga sekali sekala. kalo nak markah baik kenala bersungguh dan berusaha

azieazah said...

Nampaknya berat betul dugaan dan cabaran seorang guru ya. Kalu saya, harus menangis hari-hari agaknya.

Saya orang yang kurang sabar, sebab tu la saya tak jadi guru.


Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...