Hari tu aku cerita tak habis...
bila aku tak dapat cari pelajar di rumahnya... aku balik ke sekolah dan cuba tanya kawan-kawan rapatnya, no talifon... Seseorang bagi tahu, rupanya dia ada adik...dari tingkatan 3. Dan kebetulan ada dekat kantin berhampiran.....
Dapat no talifon... aku terus talifon emaknya.. ( kebetulan ada PK HEM dekat aku masa tu...). Rupanya dia tahu aku datang ke rumahnya.... dia bagi alasan, anaknya demam...( tiap-tiap kali khamis dan Jumaat ke demam...???) dan kemudian dia soal aku... kenapa nak marah-marah.....????? Malas nak layan, aku bagitahu, HEM suruh dia datang esuk dan pastikan anaknya hantar kerja kursus....
Diringkaskan cerita...esuknya, si Ibu datang... dan yang melegakan aku.... si pelajar pun datang.. dengan kerjakursus yang tak siap....tak pelah...janji ada, boleh dibagi markah...
Dan tak lama lepas tu... aku dipanggil jumpa HEM di pejabat... si Ibu nak jumpa aku.......
Aku terangkan pada dia dari A hingga Z... baru dia faham kenapa aku marah...dan cari anak dia sampai ke rumah...( dan barangkali baru dia perasan.... suara aku, ...dengar macam orang marah...heheheh )
Baru dia tahu, aku nak tolong anak dia... tapi anak dia yang lari... tak buat kerja.
duduk dalam kelas bersembang tak buat kerja...
kerja tak pernah siap.... buat kelas tambahan tak datang......dan paling aku risau bila kerja kursus tak hantar....kemudian dia suruh panggil anak dia...Budak tu pun mengaku, memang betul apa yang aku cakap.....
Aduhaiiiiii.... tulaaa kenalaa faham kenapa cikgu marah-marah.... bukan cikgu suka pun....
2 comments:
Berbanding zaman dulu, cikgu-cikgu zaman sekarang ditambah tekanan dari pihak ibubapa. Dulu2 ibu bapa tak pot anak buat apa kat sekolah, sebab percaya penuh pada cikgu.
Sekarang dah susah, kan?
Melepak Tanpa Kepak...!
Marah tanda sayang..tapi ramai yang tak faham.
Post a Comment