Pages

Followers

Sunday, July 31, 2011

Rindu.

   Buat masa ni.. hanya satu perkataan dalam minda aku. Rindu. ... pertama dengan emak. Minggu sudah aku dah plan nak balik... tapi last minit tak jadi. Aku harap agenda untuk esuk.. nak balik tak tergendala lagi...
Tak dinafikan... kebelakangan ni, memang sibuk betul. Malah malam ni pun, aku terpaksa menyemak kerja kursus pelajar aku di rumah... tak dibawa balik, aku takut tak sempat siap...

Rindu kedua... dengan anak aku...Razi. Anak bertuah ni, dah berapa minggu tak menghubungi aku. Barangkali dah dapat elaun la tu...... aku nak call dia pun tak boleh, sebab nombor handphone nya dah dipotong.... Melalui facebook dia kata... dia belum buat no baru... yer ke..???? macam tak percaya saja.. Entahlaa.. tu belum kahwin dan bekerja... kalau dah kawin, barangkali langsung tak ingat kat aku ni.......huwaaaaaa....
sabar jelaaa.... Aku sebenarnya tak tahu apa masalah dia.....risau juga pun ada.

Ini lah fitrah... jadi anak rindukan emak... jadi emak rindukan anak.... ada sesiapa yang tak punya perasaan ini ke...????