Pages

Followers

Saturday, July 16, 2011

Pengorbanan... perlukah diucapkan..???

     Hari ini aku terpaksa mengorbankan cuti hari sabtu aku lagi kerana ingin menyelamatkan, hasil kerja beberapa orang pelajar yang kurang memuaskan.... Isnin lepas pun, semasa semua orang warga pendidik bercuti kerana acara larian 1 murid satu sukan.... sekali lagi aku korbankan juga, jadual aku mengemas rumah kerana nak bantu pelajar-pelajar yang masih belum siap kerja kursus...
    Letihnya pelajar sekarang.... kebanyakkan mereka tak tahu berdikari... kalau tak dibantu, tak tahu nak buat sendiri...... suka lepas tangan, suka ambil mudah. Memang semua ini memenatkan minda... ( tenaga jangan nak cakap ) bukan mudah sekarang menjadi cikgu... walaupun menjadi cikgu seni. ( warga pendidikan selalu memandang tinggi cikgu Sains dan Matematik je... hinggakan mereka ini diberi elaun...)
Sebenarnya kalau tak ditolong.... aku lagi tension, nak bagi markah......( kerja kursus spm pendidikan seni... cikgu seni yang bagi markah...) Aku bukan jenis orang yang senang-senang nak bagi markah, kalau kerja sambil lewa.... kalau betul berkualiti, aku bagi markah setaraf dengannya.. Jangan ingat, sebab mereka anak murid aku, aku senang-senang nak luluskan mereka.... ( bab ini yang selalu buat aku menderita....jiwa raga sebab aku ingin mereka lulus dengan cemerlang... tapi mereka buat tak seperti yang aku harapkan..)

   Tapi sebenarnya... jiwa aku memang tengah menderita sekarang..... sebab anak orang aku boleh tolong...aku bebel sebab tak buat kerja kursus... yang tak siap aku tolong buatkan bersama.. sebab nak naikkan markah mereka.... Tapi anak aku...???????

Puas sudah aku pujuk si Hakim........... memang mengecewakan.... bukan aku saja, malah My suami pun...
Apa ikhtiar aku nak suruh dia balik ke asrama... / sekolah...??????????????????
Hakim langsung tak mahu dengar bila aku bercakap.... dia kata aku bagi syarahan....
Aku nak rotan/ pukul....  aku rasa dah tak sesuai.... sebab dia dah remaja....... lain jadinya nanti.
Nak guna psikologi ... aku rasa Hakim dah cukup lemak sekarang......tak boleh guna psikologi lagi...
Nak disekat makan minum.... tak sampai pulak hati aku.... ini masih tanggungjawab aku.....

Cuma sekarang... aku cakap kat dia.... selagi dia tak nak balik, aku tak nak bagi duit untuk dia ambil lesen motor... ( tapi sampai bila...??? tak ada lesen lagi bahaya....) Dia bukan kesah pun, naik motor tak berlesen..

Memang kami tengah uruskan dia tukar sekolah... tapi pertukaran sekolah SMV ke sekolah biasa tak sama dengan pertukaran sekolah biasa.. apa-apa pun dia kena balik ke sekolah dulu.....

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....apa aku nak buat??????????????????????????????

2 comments:

Unknown said...

SALAM,
LF DPT MEMAHAMI ! ANAK CIKGU, CIKGU LAIN KENA AJAR !

Anonymous said...

salam pn ros,

Saya cadangkan supaya selidik dulu apa masalah dia kat sekolah mungkin kena buli ke, atau bergaduh ngan kawan - kawan atau lain - lain sebab.
Sekiranya tak ada apa apa masalah hantar dia ke kem motivasi yang bercorak islamik. Kena keluar duit sikitlah. Memang sedih jugalah tengok keadaan puan ni. tapi nak buat camna, terpaksa redah jugalah.
Saya harap si Hakim tu akan berubah juga satu masa nanti.

Mountain Climber