Hamidon ...presiden persatuan pelukis yang aku ikut sejak tahun 2000 lagi...memang bijak memilih lokasi...Selama ini pun mereka memang aktif ...misalnya ke Hutan Belum beberapa tahun yang lalu... tapi dah tentu aku tak dapat nak ikut... dan setahun yang lalu kalau tak silap mereka ke selatan tanah air bersama gabungan pelukis-pelukis Malaysia..... Dan bagi aku inilah peluang yang mampu aku ikut bergerak sama....
Kadang-kadang malu juga, berkawan dengan kumpulan pelukis-pelukis ini.... kerana kebanyakan mereka memang aktif.... menghasilkan karya dan mengadakan pameran. Dulu awal-awal tahun aku terlibat dengan Angkatan Pelukis Darul Ridzuan ( APDR) sempatlah juga menyertai satu dua pameran... tapi tahun kebelakangan ini... aku pun tak faham kenapa, kebanyakan pameran lukisan anak perak lari ke Kuala Lumpur.. Tak dinafikan di sanalah lubuk kesenian... dan punca rezeki..... dan tak dinafikan.... di sana lebih banyak sokongan dari di sini.......
Berbalik pada cerita persatuan pelukis.... Sebenarnya persatuan APDR dah pun dibubarkan... kerana ada masalah teknikal... dengan pendaftar. Sebab tu dalam bulan ni...akan diadakan satu mesyuarat agong untuk melantik jawatankuasa baru....jadi sapa-sapa anak negeri perak yang berminat ...bolehlah join...( bukan semestinya pelukis...peminat pun boleh ) yang penting bagi sumbangan ...idea dan tenaga, kalau diperlukan....
Kenapa aku join....?????
Jawapannya senang saja.... aku boring dengan rutin kerja jadi guru.........tak ada aktiviti lain yang mencabar minda... Dulu yerlah... aku memang teringin nak hantar hasil karya untuk pameran..... tapi sekarang itu tak penting... yang penting... kita kenal lebih ramai manusia yang berbakat...dan untuk program " Lakar seni Kuala Sepetang ".... antara tokoh yang akan datang ialahhhh.....
Dr Siti Zainon Ismail...
Pelukis, penulis, penyair, pensyarah..... dan pelbagai bakat lagi....dan aku diminta mengiring beliau masa program ini nanti.......Walaaaa....!!!!
2 comments:
Bestnyaaaaaaaaa...terasa nak join sangatttttt
melur Jelita...kalau nak ikut..cuba contak Hamidon...tentu seronok..try ikut facebook dia..Hamidon Ahmed
Post a Comment