Awal pagi sebelum melangkah kaki ke sekolah... My suami bagi tahu, salah seorang staff AADK di tempat kerjanya, kehilangan bapa. Dia baru saja dapat sms.... Kerana tak ada kena mengena dengan kenalan aku, jadi aku tak kisah sangat....Setahu aku, biasanya mereka akan pergi beramai-ramai menaiki kenderaan jabatan untuk pergia ziarah....
Waktu kedua semasa aku dalam kelas 5T, aku dapat call dari seorang jiran yang rapat.... " Ros, tahu tak...suami Kak Zaharah meninggal...????" Mulutku spontan mengucapkan..." Innalillah..."
Kak Idah , jiranku ini dan Kak Zaharah berkenalan semasa sama-sama mengerjakan haji dua tahun sudah... Dan Kak Zaharah...adalah antara orang pertama yang aku rapat dan kenal bila aku berpindah ke Ipoh.... kerana kami sama-sama posting di sekolah yang sama 19 tahun dulu. Bezanya... aku masih guru muda lagi masa tu, sedang Kak Zaharah pula guru yang dah senior....
Kebetulan... kak Zaharah adalah ex- guru Raja Chulan..... jadi bila aku ke kantin sampaikan berita ini..ramai jugalah guru-guru lama yang kenal beliau terkejut....( Kak Zaharah sekarang ialah bekas pengetua...dah pencen ) Dan Allahyarham suaminya adalah bekas guru besar....Waktu free, aku minta izin untuk ziarah.....
Masa di kantin juga... aku dapat khabar.... emak seorang bekas guru di Raja Chulan juga meninggal di hari yang sama.... kerana jauh di Chemor tak dapatlah nak ziarah..
Masih lagi di kantin sekolah.... aku terima, satu sms mengejutkan juga...... kawan sama-sama belajar di ITM dulu juga telah "pergi"...... Sebak juga aku seketika, sebab dua tahun sudah semasa membuat tugasan akhir tahun di Kuala Lumpur, beliau menginap di hotel yang sama. Malangnya aku tak dapat bertemu beliau kerana masa tu...beliau dah mendapatkan rawatan.... Nampaknya sampai akhir hayat beliau...Allah tak izinkan kami bertemu.... padahal kami dah sebumbung waktu tu.....
Untuk semua keluarga...cuma dapat aku ucapkan Salam Takziah... yang pergi tetap pergi...yang hidup perlu teruskan perjuangan.....
1 comment:
takziah pada semua ahli keluarga arwah2...moga mereka ditempatkan bersama org2 beriman..
Post a Comment