Pages

Followers

Friday, May 6, 2011

Hari ini air mataku menitis.....

     Hari ini hati aku sebagai seorang ibu tercabar sungguh.....untungnya aku duduk sorang-sorang di bilik stor PSV...jadi tak siapa tahu aku menangis sepuas hati pagi tadi...... Hanya itu yang aku mampu buat setakat ini....selain berdoa.
        Semalam aku dapat berita mengejutkan dari Ruhaida PK HEM yang juga kawan aku.... Hakim terlibat dengan kes pecah kantin dan kooperasi di sekolah lamanya pada petang Rabu.....Berita tu disampaikan sendiri oleh PK HEM sekolah tersebut pada Ruhaida.....Aku memang jadi hilang kata-kata sekejap...tapi kerana masa tu aku sedang mengajar kelas 4T...sedaya upaya aku cuba hilangkan kerisauan dan kecelaruan otakku..... Sebentar lepas tu aku menalifon My suami bagi tahu.....
     Sebenarnya petang Rabu tu...aku dah seronok benar, kerana Hakim dah bagi persetujuan nak balik ke asramanya...katanya minggu depan nak exam.... lepas tu dia keluar....bila aku kata nak guna motor, dia kata hari nak hujan....dia nak keluar sekejap.... Tapi lepas tu memang hujan lebat...kilat sabung menyabung...
        Dan petang semalam...bila aku balik ke rumah, Hakim dah siap berpakaian nak balik asrama..... malangnya aku pula nak kena keluar kerana ada mesyuarat panitia daerah.... Aku dapat bertanya sekejap ,,tapi tentulah mereka menafikan...( bersamanya beberapa orang kawan ) Dan bila My suami bertanya pun...jawapan mereka tetap sama.....  Bila malam...Hakim dah balik asrama, aku dan suami masih tak puas hati...kami terus berbincang...
       Dan pagi tadi, aku masih tak puas hati...jadi teringat nak talifon PK HEM sekolah tersebut ( yang juga kenalan aku ) untuk bertanya hal cerita sebenar... Semasa aku call dia sedang berhadapan dengan ibubapa pelajar lain yang terlibat sama...besar kemungkinan bakal dibuang sekolah.
       Memang kali ini...membuat aku rasa nak meraung.....sedih........!!!! Kali ini Allah memang menduga aku menjadi seorang ibu....

     Aku tahu...Hakim buat ni, bukan kerana duit ..Dia boleh minta duit dari aku...aku bukan berduit sangat tapi apa cara pun aku usahakan juga...tapi kerana mungkin dorongan kawan-kawan... dan besar kemungkinan sengaja nak bagi kami ibubapanya sakit hati....Marah dengan kami yang suruh dengan dia duduk di asrama.....
    Tapi dia tak tahu.....inilah sebenarnya yang kami takut kalau dia bebas di luar sini.... Dia tak pandai pilih kawan-kawan... dan dia selalu tak berfikir dengan waras....bertindak ikut emosi.....
           Sebenarnya selepas ni...aku tak tahu apa tindakan yang akan Hakim kena...kerana difahamkan, pengetua di sekolah lamanya ini akan memberitahu pengetua di sekolahnya sekarang..... dan lepas ini, aku akan ke sekolah mengadap pengetua...untuk memohon maaf serta membayar ganti rugi ( selepas dibahagi 8 orang ) bagi pihak si Hakim.....jangan sampai orang kata aku ibubapa tak bertanggungjawab.....

6 comments:

KuNanGKuNanG said...

sabar ye kak. kadang2 budak2 ni masih xdapt membezakan mana baik dan buruk. mgkin mereka wat tuk suka2..mungkin ini ujian tuk akak. mak dan abah sy slalu pesan jangan ada rasa skt hati pada anak.. sy doakan insyaAllah Hakim akan sdr kesilapannya...

kakcik said...

Inilah ujian untuk kira sebagai ibu. Terpaksa menelan segala pahit manis yang dituangkan ke mulut kita oleh anak2. Tapi tidak bermakna kita merelakan segalanya. Kena fikirkan juga hukuman bagaimana yang sesuai agar mereka tidak terus leka dengan segala masalah yang sengaja dicipta...

gedek! said...

dugaan buat kita kuat...

bersabar...

aznimatisa said...

uda,

banyak2 bersabar. anak2 sebahagaian amanah Allah kepada kita,,

memang mereka banyak menguji ketabahan hati kita. Luka dan calar balar tu sebahagian dari proses kehidupan. suka tak suka kitalah juga yang kena berdiri tegak dan bantu mereka walau kadang kala nak rebah dibuatnya. Bersabar ya uda.

anyss said...

Assalamualaikum
Dia protes tapi caranya tak betul. Mungkin masa cuti sekolah, boleh hantar dia ikut mana2 kem motivasi berciri islamik sikit, akan membantu.

budak2 umur macam tu tak fikir panjangpun pasal masa depan dia. Kalaulah dia tahu apa maknanya bila tercalar laporan begitu dalam surat berhenti nanti...

kakak saya selalu sebut "hari2 aku mengajar anak orang supaya jadi orang hingga tak sempat nak tengok anak sendiri". Sabar ya...insyaAllah doa murni seorang ibu Allah mudah makbulkan.

roslaini saad said...

Terima kasih kepada semua yang telah memberi komen

Semalam saya telah pergi bertemu pengetua bekas sekolah Hakim..untuk tahu cerita sebenar dan memohon maaf..serta membayar ganti rugi..
Memang tak syak, rakan-rakan Hakim yang terlibat semuanya rakan-rakan yang memang kami ragui selama ini...

Tapi yang baiknya.. mereka tak bagi tahu sekolah sebenar Hakim. Jadi pengetua sekolah tidak menalifon kepada pengetua sekolahnya..kerana maklumat salah..
Walaubagaimana pun setelah aku ceritakan masalah aku... pengetua tersebut setuju..untuk tidak memaklumkan kepada pengetua Hakim sekarang.. kerana aku bimbang Hakim dapat tekanan baru, untuk tinggal di asrama....