Pages

Followers

Tuesday, May 31, 2011

jalan-jalan ke Balai senilukis Negara...

Tanpa sebarang mimpi...tanpa sebarang janji.... tak disangka-sangka hari Ahad lalu, aku sampai ke Balai SeniLukis Negara... Segalanya bermula bila aku mendapat pesanan dari Presiden Pelukis Perak... Hamidon, dalam facebook, mempelawa aku ke Balai Seni menghadiri Mesyuarat Agong GAPs atau Gabungan Pelukis-Pelukis Semenanjung.... Bila saja dapat green light dari Mr suami... aku segera ke stesen bus beli tiket ....untuk perjalanan malam ke Kuala Lumpur..... ( kerana terlampau excited ..aku terus terlupa nak ajak anak aku yang kecik.... sorrylaa Kecik...)
Kak Pidah dan MIra ( kakak )
 Lepas beli tiket, aku hantar sms kat Kakak ... anak dara Kak PIdah aku, untuk minta dia datang ambil aku kat Puduraya......hampir 12 malam... aku sampai ke rumah Kak Pidah..
 Kak Pidah walaupun dah menjadi warga KL... tapi rupanya tak pernah masuk ke Balai Seni ini rupanya...
Tapi biasalah.. bila berjalan bersama orang yang tidak berlatarbelakang Jurusan  Seni..... Banyak persoalan yang timbul dari mulut mereka.....  Memang ramai yang tak faham di mana cantiknya Catan Abstrak..  lebih tak faham kalau melihat arca installation...

Apa-apa pun pada aku... pereka bangku ini harus dipuji... Untuk orang yang sakit kaki macam aku ni.. bangku begini begitu bermakna.... ( peminat seni ini... bukan semuanya orang muda... yang bertongkat pun ada ..)
Kakak ( Amira Anis ) anak dara Kak pidah berposing


Kalau dah nama pun Balai Seni... di tepi tangga dipenuhi dengan catan..

Di sebelah petangnya pula... diadakan mesyuarat Agong GAPs untuk kali ke 4... GAPs menggabungkan 11 buah persatuan dari setiap negeri...termasuk Sabah.  Negeri-negeri yang tak ada wakil persatuan kalau tak silap aku...salah satunya Kuala LUmpur, Terengganu dan Sarawak. ... Selangor aku tak pasti ....
Tapi yang pasti... negeri=negeri di Utara, ..Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak... ada perwakilan dari setiap negeri.... begitu juga, Negeri Sembilan, Melaka, dan JOhor juga Kelantan..

 Mohd Shaimy. ( Kanan ).. dilantik menjadi presiden GAPs untuk kali ini... dilantik sebulat suara..
Perwakilan paling kecil... anak Presiden Pelukis Perak...Hamidon.

Kak Hasnah... Setiausaha Gaps... walaupun bertongkat... tapi menunjukkan komitmen yang tinggi..

Perwakilan dari Perak.... walau sakit kaki, tapi masih semangat nak datang ke Kuala Lumpur...sanggup cari ubat tahan sakit sebelum datang ke KL..

2 comments:

uncle gedek said...

lepas jalan2 tu pegi la urut kaki...!

roslaini saad said...

Gedek... thank you...memang nak cari tukang urut.. tapi belum bertemu yang bagus...