Pages

Followers

Monday, April 25, 2011

Kerja dah bermula....

Hari ini bermula raptai untuk Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko kurikulum sekolah.... Sebaik saja lepas perhimpunan...semua yang terlibat sudah digesa untuk berhimpun. Kelas-kelas terpaksa di korbankan kerana ramai guru terlibat untuk acara ini.... Sebenarnya aku kecewa juga..kerana pagi ini kelas aku dengan 5K. Hajat hati, pagi ini aku nak gempur sesiapa yang belum buat apa-apa kerja kursus mereka....sebab minggu depan dah mula minggu peperiksaan.... Nampaknya kena buat kerja over time laaa....buat kelas tambahan....
Barisan Pengawas Pusat sumber, yang dikehendaki berbaris untuk menyambut tetamu terhormat pada hari tersebut...



Haiya... ini nyonya aaa... pakai topi tak tahan panas looo... tapi itu aaa...cikgu muda...lagi aaa pakai payongg oooo....
     Dalam pukul 11 pagi aku terpaksa keluar...ikut guru muda mencari bunga hiasan untuk pentas...selama ini kerja ini , aku buat sendiri... tapi tahun ni guru muda nak ikut sama...katanya nak belajar, dan nak tahu di mana aku cari pokok bunga.
     Sebenarnya aku nak keluar lebih awal... tapi aku dikunjungi oleh pegawai dari PKNP... mengenai rancangan aku nak buat demonstrasi membuat tembikar ..( trowing technic ) yang berkerjasama dengan beberapa pengusaha tembikar. Semua ini usaha aku untuk menjayakan Hari Ko kurikulum sekolah....
 Mula-mula aku jadi jawatankuasa pentas... tak siapa pernah bagi tahu kat aku.. boleh beli bunga...atau pokok bunga.... Jadi zaman tu... aku kena pinjam pokok bunga dari kawan-kawan yang rajin menanam bunga....  Tapi sejak dua tiga tahun yang lalu, aku dah kian bijak...hehehhehe...aku guna budget PIBG untuk keceriaan sekolah.. atau pun guna duit PSV atas tajuk Lanskap..( hiasan dalaman.) tidak pun guna duit Sivik untuk KHidmat Masyarakat.....( semua boleh digunakan semula untuk sekolah )
Kena sabarlaa kalau kerja macam akak ni....dahlaah mengangkat pasu yang berat.. berjemur di tengah panas pulak...
 Sebenarnya memang seronok bila berada di nursery bunga... sedar tak sedar... aku dah miss satu kelas lagi...aduuhhhh kena buat kelas tambahan lagi......Seronok beruk laa budak-budak tu...Mak tarzan tak masuk kelas...... harap mereka manfaatkan waktu, dengan kerja yang dah sedia ada.....

 Balik rumah, badan rasa penat sangat...sebab dah berjemur panas... tapi " tokeh muda online game " ni ajak aku keluar laa pulak.... Dia nak Upgrade internet bagi laju.... Server ditutup seminggu katanya..... "Habis tak marah ke kamu punya client...??? " ..Ayie dah bagi tahu nak bagi upgrade game.....
Yolahhh... aku bukan faham apa-apa pun...
 Sebenarnya banyak kerja nak dibuat minggu ni.....aduhhhh...selagi tak habis majlis, selagi tu kerja tak selesai. Macam orang buat kenduri kawin... selagi belum berlangsung majlis nya selagi tu.....belum selesai apa-apa.....
Malam ni, nak buat paper work pula untuk jemput pengusaha tembikar....heheh ingat boleh panggil mulut je... rupanya mereka nak surat rasmi juga.....
apa-apa pun,....
KITA BELAJAR DARI PERISTIWA SEMALAM
KITA BEKERJA DAN BERUSAHA  UNTUK KEJAYAAN HIDUP ESUK.ESUK......

4 comments:

kasihibu said...

musim sibuk ye cikgu.. ;p
teringgat masa sekolah, kalau cikgu tak masuk
horeyyyy..... (,")

roslaini saad said...

sayangsayangibu...

cikgu kalau tak masuk kelas pun seronok juga heheh...tapi bila kerja budak tak siap on time...darah tinggi cikgu garenti naik...tu pasal kena buat kelas tambahan...

uncle gedek said...

Nak cari topi nyonya tu lah...!

Buat modal bergambar kat my belog! Hahaha

Anonymous said...

Salam Pn Ros,

Penat dan perlu kreatif nak organise function ni. BTW saya minat tengok topi nyonya tu. teringat saya topi cam tulah arwah bapa saya n de gang pakai ketika pergi ke sawah hujung tahun 60an dulu. Saya dok tepi batas terlompat2 elak pacat. Nak turun ke dalam sawah pulak lintah dok tunggu he he..

Mountain Climber