Pages

Followers

Wednesday, April 27, 2011

Mengajar tak semestinya dalam bilik darjah...

    Hari ini, raptai Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Koko diteruskan lagi..... Kata kawan-kawan aku semalam... raptai berterusan sampai pukul 1.00 tengahari. ..kerana boss tak puas hati....( waktu tu aku masih di luar mencari pokok-pokok bunga hiasan untuk pentas..
 Tahun ni... aku tak nak guna sangat pokok bunga kertas... jadi untuk dapat warna warninya.. kakak kat nursery bunga tu cadangkan aku ambil pokok ini.... yang aku sendiri tak tahu namanya...tapi cantik juga.
 ...dan bunga berwarna purple ini... untuk timbulkan contras....
 Kerana kekangan masa... pagi tadi, sebaik habis raptai, aku terus mengajak pelajar kelas 4K membantu aku menyusun bunga-bunga ini.... Malangnya masa mereka bekerja aku terlupa nak keluarkan kamera.....Tapi entahlaa...remaja sekarang susah juga nak diminta tolong....Jadi Mak tarzan jugalaa aku.....Kerana kekangan masa juga...pokok bunga aku susun dulu... padahal, fountain air belum pun sedia.....kerana aku lupa mana kusimpan motornya....
 Asmad...pelajar 4K ..agak teruja membantu... apatah lagi, bila hasil susunannya nampak menarik...Aku bagi arahan saja, apa nak dibuat... dialah yang menyusun.....
 Sambil-sambil tu... aku bagi tahu.... Kerja-kerja nanti awak boleh buat kat rumah orang kawin... depan tempat jamuan ....Kalau terus buat taman pun boleh... macam DBI ( Dewan Bandaraya Ipoh )
 Part yang mereka tak sabar nak buat... nak bubuh pagar...Dulu aku guna kain...tapi masa berubah...dan pagar ini lebih praktikal dan boleh diguna setiap tahun...
 Amirul teruja dengan hasil kerjanya...tapi kerja sebenarnya belum selesai... batu belum ditabur.
Batu biar kemudian.. sebab aku tak mahu nanti disepak-sepak dek orang yang lalu kawasan ni...
 Bila aku balik ke kelas...inilah situasinya...
 Lelaki dan perempuan... semuanya terlingkup di meja....
Raptai hari ini memang agak meletihkan...kerana umpama raptai sebenar... mereka kena duduk di padang..( bagi yang tidak terlibat... dan yang berperanan duduk di posisi masing-masing....Yang buat persembahan.. kena bersedia lebih awal....
Yang aku hairan... group pelajar di belakang sana  tu...termasuklah anak si Mamat pengarah....tak kelihatan letih pun.... bila aku tangkap gambar ni... baru mereka macam tersedar, aku masuk.Takut dengan aku...???? haram tidak pun... buat gurau lagi adalaaa...
 Dalam keadaan pelajar-pelajar keletihan begini...cubalaa fikir, sesuai ke tidak kalau aku mengajar...
Malah ada pelajar bertanya dengan aku.... " Cikgu... cikgu tak letih ke....???   Mahu aku ketawa... mereka yang muda dah tersungkur... inikan  orang yang seusia aku....cuma....takkan nak tunjukkan ...

2 comments:

kakcik said...

Seronok budak2 dapat sesekali dapat belajar di luar kelas. :)

gedek! said...

Dulu saya selalu kena denda lari keliling padang...

Itu pon proses belajar luar kelas, kan...?

Haha