Pages

Followers

Saturday, April 30, 2011

Kecewa..

 Semalam baru berlalu satu peristiwa penting di sekolah.. iaitu Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Ko Kurikulum yang diadakan serentak...  Tahun ini kalau diikutkan perancangan pengetua..ingin menjemput Pengarah datang... Malangnya, pengarah sudah menerima jemputan di tempat lain... Lalu dijemput Pegawai Pendidikan Daerah..juga malangnya beliau juga tidak dapat hadir...lalu diganti dengan timbalannya sahaja.. iaitu orang yang sama merasmikan acara ini tahun sudah....
 Tahun ini.... aku bernasib baik, kerana di saat-saat akhir aku dapat berkerjasama dengan seorang Pegawai dari PKNP ( Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ).. dan dapat membawa dua orang wakil pengusaha seramik dari Chemor..... Hasrat aku, agar inilah peluang untuk pelajar-pelajar aku mengenal dan melihat sendiri proses menghasilkan seramik disamping mencuba sendiri menguli tanah..... Dan ternyata, aktiviti ini mengembirakan semua pihak....
Malangnya... bila aku masukkan gambar ke dalam laptop ku ini.... hanya dua ini sahaja gambar yang ada dari gerai Pusat Sumber.... Kecewa betul aku.........  Tugas mengambil gambar sebenarnya sudah kuberikan kepada seorang pelajar dan pembantunya. Kerana mereka memang exco media di Pusat Sumber.....dan lebih malang, kamera kecil yang aku bawa... tak boleh berfungsi. kerana memory kadnya tertinggal........aduhhhhh.... Jangankan gambar aku pun tak ada...gambar instruktor dan pegawai PKNP pun tak ada.... juga beberapa aktiviti menarik yang sepatutnya dirakam....aduhhh sedihnya aku...... Mungkin , minggu depan , aku terpaksa bertanya kepada sesiapa yang ada merakam gambar di gerai pameran aku...untuk dokumentasi.....

3 comments:

Anonymous said...

minta maaf cikgu... huhuu... takkan buat lagi..

roslaini saad said...

Amelia..maaf boleh diminta...tapi gambar yang terlepas diambil tetap tak akan dapat dirakam lagi...sebab tu bila tugas kita jadi photografer..kita kena elert...kena tahu apa yang nak difokuskan..

Anonymous said...

ok.. sy da faham skarang, cikgu.. sy akan buat yg terbaik lain kali..