Pages

Followers

Sunday, March 20, 2011

Dalam hati ada sayu.....

Fakrul Razi
Hari ini....last day cuti sekolah. Dan hari ni pun... Razi yang sudah bercuti selama 3 minggu balik ke kampusnya..... Berbeza dengan sebelumnya.. hari ini aku perasan, Razi keluar lebih awal dari biasa. kalau tidak biasanya ngam-ngam bas nak bergerak  baru dia sampai station bas. ( Aku yang hantar jadi panik, sebab takut terlepas bas. ) Tapi hari ni, aku tak dapat hantar dia ke station bas, sebab kereta masuk bengkel. Nak aku hantar dengan motor dia tak mahu.... dia lebih rela minta tolong kawan dia hantar saja. Mungkin sebab tu agaknya dia keluar awal.....
Fauzan Hakim
Hakim pun hari ni balik ke asrama di Seri Iskandar....Mula-mula aku suspen juga bila dia kata dia tak nak balik ke asrama.... dalam diam aku simpan rasa gusar aku..takut dia buat hal pulak. Al maklumlah..umpama anak burung...seminggu lepas bebas, tiba-tiba nak balik ke sangkar. Tambahan pulak dia tahu aku tak dapat hantar...dia kena belajar naik bas. Tapi bila aku tengok pagi tadi mood dia berlainan dari semalam , hati aku jadi lega...
Dia pun sama macam Razi.. minta tolong kawan ke station bas. Aku nak hantar dengan motor dia tak nak. mulanya dia usik aku kata ...kawannya nak hantar dengan motor sampai asrama.... sekali lagi aku dah rasa cuak...isykkk... biar betul...  risau betul aku kalau cakapnya bukan main-main je...( mana tahu..Hakim ni mampu buat di luar jangkaan kita....)
Faiz Bukhari
Jadi hari ni...tinggallah si Faiz dan si Kecik je kat rumah.. Faiz yang begitu lega... sebab tak ada siapa nak ganggu dia dan komputernya... Ertinya tak ada siapa nak kacau dia lagi....( dia cukup takut dengan abang-abangnya terutama Razi...) 
Farizh Haiqal
Dan si Kecik pun mesti seronok... sebab abang-abang dah tak ada nak suruh dia buat kerja...heee
Kecik ni... orang gaji ke.. cuma tinggal aku dan ayahnya saja yang selalu minta dia tolong....Terutama aku yang selalu minta dia tolong urut dan picitkan badan... 
Sebenarnya... yang terasa si Razi dan Hakim balik.... adalah aku......
dari semalam aku dah terasa kesayuan... dan dari tengahari hati...sebak tu dah terasa..hehee
diam-diam aku pujuk hati lipat kain, buka facebook...buka blog... kena lawan perasaan ni...
Alahai... inilah hati seorang emak... bukan tak nak anak balik...tapi kalau boleh nak pandang setiap hari...
lebih seronok dengar gelak tawa mereka di rumah...
walaupun rumah jadi sedikit kelam kabut... tapi hati terhibur..
sekarang ni aku menanti call dari Razi ... dah sampai ke belum... anak ni kadang-kadang selalu terlupa nak call bila dah sampai.. buat kita jadi tambah risau...
Hakim dah sampai... dia dah call ayah dia tadi...     Apa-apa pun moga semuanya selamat..
dan semuanya yang terbaik untuk anak-anak aku... 

3 comments:

Anonymous said...

Salam Puan Ros,

Yess. Kasih ibu. Sebenarnya anak tu bukan tak nak bagitau tapi sebab dia dah besar dan tau jaga diri jadi dia fikir tak bagitau pun takpa. Tapi bagi ibu bapa memang risau. macam tulah saya n de gang kecil - kecil dulu selalu panjat pokok, mandi sungai ibu atau abang datang menyorok kat mana2 takut nampak he he.. tapi bila kita dah jadi bapa atau ibu barulah kita dapat selami risaunya perasaan mak bapak kat anak-anak. Wassalam.

mountain Climber

Lulu Caldina said...

kak, semua lelaki yer?

roslaini saad said...

Mountain claimber..
saya masa kecik dulu pun nakal juga walaupun perempuan..bab mandi sungai tu biasa laa juga. Abah marah..kejar yang kayu..tapi sekarang baru faham kenapa...abah tu risau...

Lulu...
memang yer pun ...semua lelaki..dah jadi young man semuanya...kecuali yang kecil tu masih sekolah rendah..tidor pun celah ketiak lagi.