Pages

Followers

Friday, March 11, 2011

Cuti sekolah dah.....Cutikah aku...???

   Hari ni  last day sekolah untuk penggal sekolah ini.. esuk mula cuti..Tadi aku pun, dah keluar awal, pi ambil Hakim kat asrama...( awal-awal ni kena jaga..takut nanti semangat dia merudum,,,) petang ni pulak ada mesyuarat PIBG. Pengetua sengaja buat hari ini, kerana  ramai ibubapa ambil anak kat asrama....nak bawa anak balik.....lepas hbis mesyuarat baru boleh bawa anak-anak balik.
Tadi dalam facebook terima ucapan selamat bercuti....
Betulke aku boleh bercuti...???? Kalau ikut jangkaan aku ada beberapa kerja yang aku kena siapkan cuti ni...
Kerja sekolah :
1.. semak kertas ujian mac ..dan semak kertas lukisan latihan yang aku bagi beberapa minggu ni...untuk diberi markah tambahan...
2... Nak try buat contoh kad ucapan 3 D untuk kerja kursus tingkatan 5 dan juga design topi keledar..untuk kerja kursus...Juga lukisan ilustrasi contoh untuk rujukan...
3. Nak buat LO untuk pesanan pusat sumber.. dan masukkan stok..( CC kat sekolah aku ..dah jeling je..faham laa LO untuk surat khabar bulan januari dan Febuari...apa-apa hal Isnin kena buat...)
4. Nak kemas bilik stor aku tu... masa sekolah susah nak kemas...masa tak cukup....ermm larat ke..
Tugasan kat rumah pulak.....
1. Lipat kain yang dah setambun...( sabtu dan ahad operasi basuh baju dan apa -apa saja....)
2. Kemas rumah yang dah seminggu tak berkemas.....( dah macam tongkang pecah...).. mana nak mula yer...heheheh
3. Kemas laman rumah....rumput celah pasu dah panjang...dah macam-macam pokok tumbuh....
4. Cuci rumah dapur...
5. Jahit langsir rumah abang...( sempat kee...)

Plan lain... Nak balik kampung ..jengok mak dan abah....( kereta pulak nak masuk workshop...alahai..)
dan...nak tengok wayang Merong Mawangsa...( betul ke..isykk..lupa pulak tajuknya..)
ooo yaa...nak kemaskini blog Pusat sumber....aduhhhh...macam banyak llaa pulak kerja nak buat...

2 comments:

Anonymous said...

Salam Pn Ros,

Memanh cam tulah. Kalau overwhelming work daily memang susah.Sebab tak sempat nak urus. Kena cari satu special day untuk setelkan semuanya.Tapi yang saya suka tengok bab balik kampung jenguk mak bapak. Sebenarnya itu no. 1. Ramai yg tak perasan benda ni. kita ni sedih bila diaorang dah takde masa ada kita relax je. Cuma yang haru skit kereta nak mentekedarah duit pulak dah. Tu yang harunya. BTW bila dah memandu nanti berhati - hati di jalanraya dan jangan lupa pakai tali pinggang keledar ya ...he he. Wassalam

Mountain climber

hentian said...

pi kenduri kat batu kurau semalam IM perasan kereta banyak di jalanraya.

cuti sekolah ke?..tanya IM pada ibu_suri.

ha..lah.. pasai tu ada banyak kenduri kahwin ari ni..

oooo...