Pages

Followers

Tuesday, February 8, 2011

Sekolah Rendah......dah jadi MUZIUM MATANG....

         Sebenarnya dah beberapa kali aku berhajat, nak melawat bangunan sekolah lama aku ni...tapi keadaan selalu tak mengizinkan. Tapi baru ni, bila bercerita bersama kakak dan adik...entah macamana terkeluar satu cerita mesteri tentang bangunan ini... Lalu adik dan adik ipar, segera mengajak aku melawat ke 'sekolah lama' kami ini....
        Aku bersekolah di sini dari tahun 1971 hingga tahun 1975... dari darjah dua hingga darjah 6. ..Sebelum tu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang Ipoh... semasa dalam darjah 1. Masa tu abah aku berkerja sebagai askar di Ipoh..... Tahun 1984..sekolah ini diambil alih oleh pihak Muzium, dan dijadikan Muzium Matang atau juga Muzium Ngah Ibrahim,...
  Bangunan asal rumah ini adalah milik tokoh terkenal Ngah Ibrahim anak kepada Long Jaafar... Orang Kaya Jajahan Larut dalam kurun ke 19 ( Tahun 18 puluhan ...aku terlupa nak catit...) Kemudian bila datang tentera Jepun... rumah ini pernah menjadi markas tentera Jepun.. Kemudian dijadikan Maktab Perguruan Pertama di Malaya sebelum dipindahkan ke Tanjung Malim.
   Adik aku Azhar adalah antara badge terakhir yang bersekolah di sini.. tahun 1983.
 Pelan bangunan ini dalam bentuk model... Boleh dibayangkan betapa kayanya Ngah Ibrahim masa tu...sampai boleh mendirikan kota di keliling rumahnya...( Orang moden..buat pagar jee..)
 Ilustrasi di atas ni begitu menarik minat aku... kerana inilah gambaran sebenar semasa era Ngah Ibrahim memerintah.. sungai di belakangnya, begitu besar hingga boleh masuk tongkang hingga ke tepi kota dari Kuala Sungai.. zaman aku sekolah dulu...sungai ini dah jadi sebesar parit.
Bilik ini dulu..kelas aku masa darjah 6. Guru Kelas Puan Zaharah...Aku masih ingat sewaktu mengajar tentang penanam koko di Ghana ( Ilmu Alam ) ...Puan Zaharah siap bawa air koko dalam termos dan bagi pada kami sekelas.....di mana dia sekarang yer....????  Dan baru aku perasan betapa kecilnya bilik kelas aku ini berbanding  kelas di sekolah yang ada sekarang....
 View ini aku ambil dari atas koridor belakang bangunan.... Padang ni, pernah mencatat kenangan manis..sebab di sini lah aku dan kawan-kawan bermain bola jaring.. Dulu ada pokok mempelam di tepi kota, tempat kami bersantai bila waktu rehat.
 Di sinilah padang... tempat perhimpunan setiap pagi.. Paling manis kenangan yang aku masih ingat ialah mengutip embun di hujung rumput dan menyusun di atas belakang tangan ....Dan sewaktu aku berjaya dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5.. Puan Mariam ( salah seorang guru..) membuat pengumuman di sini dan aku dipanggil berdiri di depan perhimpunan sebagai pelajar contoh.....Makan di dalam gambar..itulah makam Ngah Iberahim yang dibawa pulang dari  Singapura dan disemadikan di sini.

 Anak aku si Kecik.. beraksi ....sebenarnya, lawatan ke Muzium ini jadi meriah... sebab kami ambil peluang beraksi..hehehheh ( adik tak bagi aku siarkan gambar...) sungguh melucukan... bila beraksi marahkan tentera jepun dan tentera British....
 View dari belakang bangunan.. Orang lain mungkin datang ke sini kerana ini peninggalan sejarah.. tapi berbeza dengan aku, kerana aku juga ada kenangan manis dan pahit di sini... Setiap ceruk dan tempat ada saja kenangan yang mengimbau kembali....( lebih kurang 36 tahun dulu..)
 Bangunan belakang ini dulu tempat kami bermain batu seremban...semasa rehat.. Bila dahaga. ..aku minum air di paip air di sini..( di batu yang empat persegi..dah dibina lain ) Duit bekalan sekolah masa tu hanya 10 sen.. 5 sen beli kuih, 5 sen lagi beli air... tapi kadang-kadang tak bawa duit... jadi minum air paip sahaja.....
 Bahagian belakang kota... yang mengadap dengan sungai. Sekarang dah diperbaiki.. dulu masa sekolah, kota ini dah roboh sebahagian...
 Nampak jambatan kecil tu... inilah Sungai Melawati sekarang... dah jadi parit. Bayangkan dulu tongkang-tongkang pedagang boleh masuk membawa bijih timah keluar dari sini.....
       Ini bekas telaga... Masa aku sekolah dulu.. telaga ini telah dikambus...tapi semasa projek membina Muzium ini mereka dapat mengesan telaga ini.. Satu lagi telaga ada di bahagian depan bangunan.. tempat kami bermain semasa bersekolah di sini.. Sebenarnya banyak perkara mesteri yang tersembunyi di sini... yang menjadi bualan sejak aku kecil lagi.. Tentang kuda putih keluar selepas hujan panas... tentang harta karun yang tak boleh dibawa keluar kerana dijaga oleh sesuatu... dan macam-macam lagi...dan paling baru cerita kak ani, tentang perbualan dia dengan seorang patient ( kak ani seorang jururawat ) menceritakan sewaktu dia melawat di sini, dia terpandang gambar seorang wanita mendukung anak.... dan dalam perjalanan pergi ke Kuala Sepetang... dia melihat wanita yang sama dekat Masjid Matang...berhampiran tanah wakaf......malangnya ketika kami melawat, kami cari gambar yang dimaksudkan... tapi gambar tu tiada......

4 comments:

Arizakiah said...

Indahnya kenangan...rasa nak nangis...kalulah boleh diputar kembali......

KuNanGKuNanG said...

harap2 peninggalan yg camni akan kekal sampai anak cucu kite...

Anonymous said...

Memang nostalgik kenangan pada masa sekolah rendah dulu. Sekolah lama saya telah habis dirobohkan pada tahun 2008 dulu. Ketika bangunan sekolah saya dalam proses perobohan dulu saya membawa anak - anak berjalan atas tapaknya serta mengenang satu persatu peristiwa pahit manis sewaktu bersekolah dari darjah satu hingga darjah enam disamping mengenang guru2 yang lembut dan garang tapi ikhlas mendidik kita. Juga teringat kawan kawan lama di sekolah tersebut serta sejarah kehidupan masing2 setelah masa berubah. tidak lupa juga mengenang tempat bermain gasing (dari pokok gasing) hak dok putar dengan jari tangan tu dan kadang2 join main batu serembat juga he he. Lawaknya ada salah seorang anak guru besar sekolah tu (sekolah menengah - dulu ada sidang pagi - sek rndh dan sidang ptg- sklh mngh)) yang sama2 belajar dengan saya ketika menuntut di IPT dulu tapi dalam kursus berlainanlah. Bila jumpa tu angkat tangan jelah. Itulah kehidupan. Sesungguhnya kita tak dapat mengundurkan atau membeli masa.. Ok cau dulu.

Mountain climber.

jejakmerdeka said...

Di muzium ini tercetus rasa kasih saya kepada sejarah silam yang memberikan inspirasi lahirnya bait puisi Jejak Merdeka dan Ngah Ibrahim.

Setelah mengenai Dr Talib Samat sempena pelancaran Novel Tengku Menteri, saya meneruskan usaha bersama beliau memertabatkan Ngah Ibrahim yang kisah hidupnya boleh dijadikan iktibar kepada generasi muda.

Dari masa ke semasa muzium ini terus dilawati dan dijadikan Lokasi pengkaryaan yang akan dilawati oleh peserta Program jelajah Buku Aspirasi pembaca / Pabila Hujan Turun.

Diharapkan saya berpeluang berkenalan dengan pemilik dan pemilik blog ini .

Selagi Menulis Terus Menulis