Pages

Followers

Tuesday, February 1, 2011

Apa Khabar anak kawan-kawanku di Mesir....

     Bila membaca kisah hura-hara di Mesir , dalam internet, suratkhabar dan tadi melalui berita...tiba-tiba aku teringatkan beberapa orang kawan, yang anak mereka menuntut di sana.....
Aduhhh...aku tiba-tiba jadi panik... My suami suruh call bertanya kabar...Akhirnya tadi dapat call salah seorang dari mereka.... Tak pasal-pasal aku pun menangis sama.... sebab aku tahu kawan di sana pun dah menangis....
Tetapi katanya...anaknya setakat ini selamat..begitu juga seorang lagi anak kawan kami... Mereka adalah penuntut perubatan di sana... Hati ibu mana yan tak risau, kalau keadaan dah jadi macam tu....Kalau aku pun, mahu hilang selera sebulan dibuatnya....
     Berdoalah kita....Semoga Allah selamatkan mereka dan semua penuntut Malaysia di sana....Amin..!!!

No comments: