Pages

Followers

Sunday, January 16, 2011

Rumah.

 Suatu waktu dulu... Bila adik aku menikah lebih dahulu dari aku...Kakak-kakak agak bising dengan emak saudara yang mengatur perkahwinan adik aku ...Kenapa pinang Ram dulu... Ros kan belum kahwin...lainlah kalau mereka ni bercinta....Bla..bla..bla...( panjanglaa lagi leternya...)
Tapi jawap aku mudah je....tak per...lambat kahwin, nanti kahwin ...masuk rumah basuh kaki je..semua dah ada...rumah ada, tv ada, tak pening kepala.....
 Sebenarnya masa aku cakap tu...aku cuma nak menangkis kata-kata kakak aku..
Sedang aku sendiri tak ada buayafren boyfriend. ke..kekasih ke...tunang jauh sekali....aku masih sendiri...


 Tapi siapa sangka...Selepas majlis perkahwinan di Bota ( sebelah lelaki ) My Suami bawa aku ke Ipoh...sebelum kami balik ke Taiping....Aku tak banyak soal...sebab aku pun bukan kenal dia..
.( kami tak bercinta pun..berkasih jauh sekali...)
Dan My suami bawa aku, ke rumah ini......
Dan hati aku berdetik...ADA RUMAH...?????? Rumah siapa...
Inilah rumah kita...jawab suami.
RUMAH KITA..????
Aku keluar rumah..tinjau kat luar, dan cari paip air..
Aku basuh kaki.....
 Mulai Januari ini...My suami bercadang mengambil semula rumah ini dari penyewa...Buat ketika ini, sedang proses membaiki dan membersihkan semula rumah...termasuklaa cat semula..

 My suami sedang menayang perutnya...hahahhah...Sebenarnya sedang melepaskan lelah kerana menebang pokok mempelam di depan rumah ini..
 Pokok ini ditanam oleh arwah Bapa mertuaku..kira-kira 20 tahun lalu...Masa aku datang ke rumah ini..pokok ini telah ditanam di depan rumah kami.. Dan masa demi masa... aku melihat pokok ini membesar dan berbakti, meredupkan kawasan rumah...Suatu ketika dulu..rumah ini dikelilingi oleh lebih kurang 4 pokok mempelam....Dan aku pun pernah menunjuk bakat..memanjat pokok -pokok ini untuk mengambil buah mempelam.....( masa tu aku masih kuat.....)
 Pernah satu ketika dulu...sewaktu balik dari sekolah, aku lihat kelibat dua orang lelaki di atas pokok mempelam ini....kerana mencuri buah mempelam yang sangat lebat....dan menggoda mata yang memandang...Dan menjadi keseronokkan kawan-kawan di sekolah, bila aku bawak buah-buah ini bersama pencoleknya sekali.....apa lagi, menyicah mempelam laaa...

 Tetapi hari ini, My suami bercadang nak menebang pokok yang banyak memberi kenangan manis pada aku....Sekurang-kurangnya memberi teduhan dari matahari petang yang terik terus ke bilik tidor...
Dan..suatu masa nanti...aku tak akan dapat lagi melihat, pokok mempelam ini berbunga dan berbuah...kerana kata My suami....dia nak tebang habis.....Aku terkedu...tapi nak kata apa lagi....Rumah ini sebenarnya ...
RUMAH DIA...dan segala keputusan...adalah keputusan dia.....


Cuma aku agak terhibor...bila dia kata, dia tak nak sewakan pada sesiapa lagi......
TAK NAK SEWA...YESSS!!!
Nanti ros nak buat bengkel ....Boleh...????!!!
BOLEHHH.....yESSSSS....!!!

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Pokok mangga di hadapan rumah kakcik yang tak berhenti mengeluarkan buah pun telah ditebang oleh suami gara-gara di bawahnya terdapat sarang tikus.. :(

azieazah said...

Ohhh kecil besar rumah bukan terletak pada saiz semata, tapi kepada keterbukaan hati kita menerima dan memeriahkan rumah.

Rumah saya pun kecil KAK, tapi alhamdulillah, rumah sendirik.

Sayang juga pokok mempelam itu nak ditebang, sedangkan masih upaya berbuah. Mungkin Abang ada nak buat plan lain nak gantikan tapak pokok tu.

Seronok kan duduk di persekitaran kampung macam tu.

*Psssttt... bengkel apa Kak?

azieazah said...

Ehhh serentak lak komen dgn Kak Cik kita... hehehehe

uncle gedek said...

Betol kata orang... "We do not remember days; we remember moments.."

Lovely!

najihah said...

Masa mula-mula aku jadi adik ipar, aku sering mendengar kakak iparku menyanyi dibilik air sewaktu membasuh kain.Lagunya hingga kini masih terngiang-ngiang di telingaku- " Aku yang kehilangannnnnn dalam diri sendirii........." Itulah kenangan yang tidak dapat kulupakan. Namun, aku rasa bangga dengan kakak iparku yang pandai menyanyi dibilik air. namun peristiwa tersebut telah lama berlalu dan kini tinggal kenangan. Jodoh dan pertemuan semuanya telah ditetapkan. Dapat suami abang "K". Orangnya baik dan lucu. Alhamdullillah. YAZID.

najihah said...
This comment has been removed by the author.