Pages

Followers

Monday, January 17, 2011

Naik pangkat...

      Bila aku tulis naik pangkat...bukan bermakna aku yang naik pangkat..
Cuma waktu ni, aku tengah melepaskan penat nak menyiapkan laporan aktiviti PSS aku tahun 2010....Siang tadi baru terperasan,dalam takwim sekolah,  esuk ada mesyuarat I Pusat Sumber....Jumpa pengetua, dia kata adakan juga....aduiiii.. Releks aaa...nanti sambung ,sekarang tulis blog dulu......baru cool....




     Aku tulis tajuk Naik Pangkat...kerana terkenangkan beberapa orang rakan yang naik pangkat sehari dua ni....Dan hari ni, PK HEM baru datang...yang juga kawan aku. Tapi yang menariknya..dia ni dulu guru biasa saja di sini...tup, tup hari ni...dia datang balik sebagai PK HEM... Sadisnya, dulu tu...dia diarahkan  bertukar sekolah..tanpa kerelaannya. Bukan semua orang suka pindah-pindah sekolah ni..(.termasuklaa aku ). Beberapa tahun di  sekolah barunya dia dinaikkan pangkat sebagai PK HEM..Aku masih ingat, dia bagi tahu aku semasa majlis sholat hajat untuk calon PMR waktu tu.( termasuk anak aku )..masa tu, dia masih belum membuat keputusan....Tapi kemudian dia membuat keputusan menerima tawaran naik pangkat..selepas balik dari umrah...(kebetulan dia nak pergi umrah sebelum dapat tawaran )
    Bertahun-tahun jadi guru, sebenarnya aku tak pasti apa kriteria naik pangkat....Ada yang dilantik..tak tahu buat kerja pun ada....maaf cakap laa...Nak kata senioriti...ada guru yang lebih senior tapi masih guru biasa...Ada yang dilantik, melompat begitu cepat...baru tiga tahun dah terus duduk bangku PKHEM...ada yang bertahun-tahun di post yang sama...Nak kata ada ijazah sarjana ke....heheheh aku ni ada sarjana pun tak ada yang pandang....guru siswazah biasa juga yang dicari. ( Tapi ramai guru lelaki , ada sarjana cepat pulak naik....)KRONI?????...ini aku tak pasti..

Apa-apa pun kita kembali ke Qada' dan Qadar Allah....barangkali dah jadi rezeki mereka untuk naik pangkat... Naik pangkat pun..tak banyak kelebihan dari segi gaji..( kecuali pengetua..ada elaun keraian lagi..)yang aku nampak kerja semakin bertambah...kena mengurus guru-guru yang banyak kerenah...kena mengajar juga....dan kadang-kadang kena balik lambat kerana bertugas. Yang bagusnya...?????? ada jawatanlaa....dan nama akan disebut dalam majlis, ada parking lot....ada potensi jadi pengetua....lain-lain????? aku sendiri tak pasti.

Apa-apa pun aku cukup berpuas hati dengan tugas aku sekarang.....guru biasa..!!!!

No comments: