Pages

Followers

Sunday, January 30, 2011

Kalah tapi Menang....

    Hari ini dalam Mingguan Malaysia, keluar gambar dan cerita tentang wanita ini..... Terus terang aku katakan.. aku memang mengkagumi beliau. Dulu masa dia mula berlakun, aku tak berapa minat. Suara dia aku kata...macam itik serenti,... tapi itu dulu... Sekarang aku nampak dia, seorang wanita yang sungguh jelita, anggun dan berkeyakinan... Keluarlah, banyak mana cerita tentang dia, aku suka baca...
     Sebabnya... aku nak pinjam semangat dia. Dia diceraikan sewaktu mengandung dua bulan.... kesian sungguh... Dan hari ini dalam usia masih muda dah bergelar ibu tunggal.... Tabah sungguh dia..dan dia tidaklah pula cepat melatah... Hari ini walau pun dia bergelar ibu tunggal...dan mempunyai anak yang masih kecil ..aku melihat kemenangan dipihaknya.... Dia seharusnya berbangga dengan kecekalan hatinya menempuh semua dugaan ini......
    Dan seorang lagi wanita yang aku suka sekali mengikuti perkembangannya ialah wanita di atas... Hari ini aku sengaja beli majallah di atas kerana nak baca kisah wanita ini....Masa dia baru mendapat anak pertama dulu... aku turut melukis gambar beliau dan suami bersama anak.... kerana aku melihat kebahagian yang terpancar di wajahnya.... 
         Maha Kaya Allah yang mengatur semua ini... diberiNya KECEWA...kemudian dibekalkan KETABAHAN, KECEKALAN dan KEKUATAN...untuk dia bangkit menebus kekalahan..kecundang kerana putus tunang...dan hari ini dihadiahkan KEBAHAGIAAN.....

1 comment:

umi_e said...

Salam...

Kak, kedua-duanya mempunyai pengalaman dikecewakan... kedua-duanya patut dijadikan contoh oleh wanita yang sedang dalam kekecewaan...

* Saya paling terkesan dengan 'Ina' kerana cara dia ditinggalkan amat 'mengaibkan'... namun Allah maha kuasa, akhirnya dia diberikan kebahagian (anak2) sedangkan manusia angkuh yang seolah 'lupa daratan' itu sampai sekrang masih belum dikurniakan zuriat...