Pages

Followers

Saturday, January 29, 2011

Mak Kadok Malang....

    Dulu kecik-kecik aku suka baca cerita-cerita macam cerita Pak Kadok ni....Pergi  makan kenduri.. konon nak pilih yang jauh sikit..tahu-tahu kenduri dah habis...pergi pula kenduri lagi satu..juga orang dah balik...

    Hari ini Sabtu...sebenarnya ada dua event yang dijemput aku hadir...pertamanya mesyuarat Koperasi guru dan satu lagi di Taman Budaya...buat demonstrasi batik. Kalau ikutkan dua-dua aku nak pergi. Mesyuarat Koperasi guru ...kalau pergi saja dah dapat rm 25.00 ...Bukan jauh sangat..5 minit dari rumah. Tayang muka saja... Demo Batik pun aku suka...dah bagi persetujuan nak pergi... Dah aku confirm nak pergi , baru aku tahu..rupanya sebelah petang serentak dengan mesyuarat koperasi.....aduhh....akhirnya aku pilih untuk attend mesyuarat saja...
 Tapi  nak buat camana , kita merancang Allah yang tentukan.....Awal pagi aku dah perasan, kereta aku dah tak ada....suami aku dah balik kampung Bota awal pagi....( dia balik awal sebab kalau lambat, memang aku tak bagi kereta tu...) satu kereta lagi dah tersadai kat workshop...entah bila nak siap. Motor pun ...ada 3 buah... satu pun tak ada.. ( memang buat aku menggelegak je....isykkkk )Rupanya satu guna dek si Hakim..dan si Jaguh ditinggalkan di rumah lama...satu lagi masih dalam pembaikan.... Patah kaki betul rasanya..
Tunggu punya tunggu...pukul 3.30 ptg baru Hakim balik...aku terus ke tempat mesyuarat....dah sunyi sepi...try juga tanya-tanya Pak Jaga..rupanya mesyuarat ditunda sebab tak cukup korom....
 Kemudian terfikir nak ke Taman Budaya ke tidak...bagi support kat rakan-rakan artis... tapi jam dah hampir pukul 4.00 ptg....At last..balik je, mengadap laptop.....


2 comments:

azieazah said...

Alaa siannya Cikgu. Kejar kejar tak dapat satu pun.. Memang, buat letih badan jer kan?
tapi takper, niat tu dah ada kan?

Guru said...

memang betul kita hanya merancang , tuhan yg menentukan