Pages

Followers

Friday, January 28, 2011

Aku tak "free"....

           Kalau warga sekolah..perkataan "free"...bukan bermakna percuma...tapi waktu santai guru..atau waktu senggang guru bila tidak ke kelas...... Sejak jadi guru penyelaras Pusat Sumber...waktu mengajar memang dikurangkan...Kalau tahun lepas, aku dapat 9 waktu mengajar sahaja...dan yang lainnya waktu pengurusan Pusat sumber.. Tapi tahun ni, aku dapat 16 waktu mengajar kerana kelas tingkatan 4 dan 5 yang selalu aku ajar bertambah...pada aku ok, sebab semua sukatan sama saja...cuma kadang-kadang, diberi pula waktu ganti....itu yang membebankan. Minggu ini saja dah ganti 4 kelas guru tak hadir....maksudnya dah jadi 20 waktu minggu ni..

        Jadi Guru Penyelaras Pusat sumber ni...walaupun waktu mengajar sedikit tapi kena menggurus serba maknika tentang Pusat sumber...termasuklah melayan pembekal, membuat pesanan, ...dan kemudian kena pula menyimpan stok..masuk data dalam stok..catit dalam buku perolehan...dan proses buku pula..sampai sempurna sebelum diberi pelajar-pelajar pinjam...Itu baru bab buku.. belum lagi bab-bab lain berkaitan dengan pusat sumber...
        Waktu ini sebenarnya aku baru melepaskan lelah melayan 4 orang pembekal....tahu-tahu sekolah dah sunyi, rupanya budak-budak dah balik. Dah tengahari rupanya.....padanlah perut dah berbunyi....  Begitulah masa "free" aku habis begitu saja.......padahal hari ini aku masuk kelas untuk satu waktu sahaja....

No comments: