Pages

Followers

Monday, January 3, 2011

First day.....3 januari 2011

 Hari ini, ditakdirkan hari pertama persekolahan ...hujan turun mencurah-curah.. walaubagaimanapun, perhimpunan rasmi sekolah tetap dijalankan. Meskipun agak mengambil masa untuk menyusun pelajar masuk ke dewan , tetapi ianya berjalan lancar.
 Cuma bezanya...tiada nyanyian Negaraku, lagu sekolah dan ikrar rukun negara..Hanya mendengar amanat awal dari Puan Pengetua.. Puan Hjh Saadiah . Penuh bersemangat, penuh dedikasi..mengajak guru-guru dan pelajar membina nama sekolah dan menjaga maruahnya....
 Keadaan walau pun agak sesak, kerana ruang dewan yang agak sempit...tapi tidak menghalang pengetua untuk menyampaikan ucapan...
 Pelajar cemerlang 9 A.
Keputusan PMR tahun ini walaupun tak sebaik tahun lepas ( 18 orang straight As) tapi masih boleh dibanggakan lagi..Ada beberapa orang pelajar yang tak disangka dapat straight A...tiba-tiba menunjukkan prestasi yang cemerlang...memang menakjubkan...

Tapi yang memeningkan aku...kelas 4 K ni...
Mengikut kata ketua kelas tadi, jumlah semua pelajar ialah 71 orang...
oo makk...biar betul....!!! Kelas ni dah selayaknya dipecah dua menjadi dua kelas...
tapi itu cakap kita...sebenarnya bukan semudah itu hendak dipecah dua..kerana perlu juga memikirkan bilik kelas, kerusi meja...dan jadual waktu yang baru... dan difahamkan juga, sekolah tak boleh sewenang-wenang buka kelas baru, tanpa kebenaran.... Buat sementara, pelajar-pelajar ni ditempatkan di dewan..lepas ni tak tahu ke mana...Tetapi aku sendiri tak pasti di mana...sebab setahu aku, semua kelas dah penuh...kalau ada pun tak cukup untuk masuk semua 71 orang pelajar sekali gus...
Aduhhh....macamana nak mengajar ni...?????

3 comments:

azieazah said...

Memang tak leh tahu sebelum sekolah dibuka kah? Adakah jumlah ini diketahui hari ini? Bukan sebelum ini?

Masalah besar tu kalu kelas tak cukup. Dolu2 saya pernah alami “kelas terapung” bila kelas tak cukup lompat2 guna kelas orang lain yg pegi buat latihan di makmal.

Seksa nak tumpu. Buang masa nak angkut buku dan berjalan ke sana sini.

roslaini saad said...

Azieazah...sebenarnya keadaan ini kami dah agak..cuma kami berharap lepas ni, ada pelajar keluar ke sekolah teknik dan vokasional...cuma yang tak fahamnya, PPd yang terus menerus hantar budak baru..walaupun tahu sekolah kami ada masalah class room..Untuk pengetahuan..sekolah saya ni tak ada penambahan bangunan sejak didirikan dalam tahun 60an...jadi bolehlaa bayangkan bagaimana sempit dan kecil sekolah ini..

Anonymous said...

Salam Pn. Ros,

Then that is your discretion 2 manage them. He he aku ni cakap je, kalau aku yang manage pun lintang pukang gak. Ketika saya kecil dulu (dlm darjah 1, 2 , 3) selalu cikgu buat kelas kat padang sebab tak cukup kelas. Kamilah dok usung papan hitam yang ada stand tu n bawak kapur. Kerusi masing - masing bawa sendiri. Tulis jawabnya atas riba jelah mana ada kerusi designed with tea/table folder masa tu. Mungkin kalau perlu kena belajar kat kantinlah anak murid tu. Ramai tu sampai 71 orang mak oii. Larat ke?Saya rasa lebih2 pun 40 orang sekelas(tak taulah sya bukan cikgu). But that is challenge. And you will come out as a winner if you could overcome it.Try your best. Good luck, Selamat menyambut tahun baru.


Mountain climber
(Teringat semua guru2 ku dulu dan betapa susahnya belajar masa tu. Semoga Allah swt merahmati mereka sentiasa)