Pages

Followers

Sunday, January 2, 2011

Tipulah kalau aku tak risau.....

 Tahun ini Hakim naik tingkatan 4...Dengan keputusan PMRnya baru ini 3B, 3C , 1D dan 1E. (b. inggeris )...
Memang jelas aku tahu...kelas yang layak untuknya adalah kelas Kemanusiaan yang saban tahun aku ajar...Walaupun, kami ada membuat rayuan, untuk memasukkan dia ke sekolah vokasional...tapi aku tak mahu mengharap sangat.....Yang penting, kata My suami...Hakim habis tingkatan 5. 

Mempunyai dua anak yang berbeza, Razi yang cemerlang...dan Hakim yang sederhana dalam akademik...aku terpaksa jadi seorang emak yang begitu prihatin dengan kata-kata dan perasaan anak-anak aku....Tipulah kalau aku katakan, aku tak risau tentang Hakim...walaupun, keyakinan dirinya tinggi..walau ada kala dia begitu merendah diri dengan pencapaiannya...
Yang membanggakan Hakim sedar di mana dia...dan sering berkata..Emak, orang yang tak lulus pelajaran pun boleh berjaya...emak percayalaa...!!!
Puas juga dah...slow talk dengan dia...nasihakan dia tentang pentingnya pelajaran,..pentingnya hala tuju dalam hidup.....tapi kadang-kadang cakap-cakap aku dipatahnya balik....
"Emak...Razi yang pandai...bukan tahu semua perkara .....tanya dia pasal motor, tanya dia pasal komputer...."
Dan yang paling aku terkedu..bila dia cerita pasal tokeh burger dia bekerja....
Emak tahu...tokeh Hakim kerja tu..belajar setakat darjah 3 saja.....hari ni dia ada 10 stal burger dekat Ipoh...
kalau satu hari dia dapat rm 60 .00 ...emak kiralaa berapa dia dapat semalam.... Tak payah tunggu gaji, hujung bulan.....
emmm.....yelaaa Hakim...janji jangan hilang punca jalan...
(Semasa aku menulis blog ni..Hakim, tengah merepair motorsikalnya bersama seorang kawan...)


9 comments:

Unknown said...

salam kak...

sy rs anak akak lebih suka sesuatu yg lebih praktikal.. mksudnya something yg dia boleh buat dgn tangan dia.. mcm stgh org dia lebih suka ngadap buku... moga2 permohonan akak utk hntr dia ke sekolah vokasional akan diluluskan. amin..

azieazah said...

Entri Akak ini menambahkan lagi keyakinan saya bahawa bukan semua anak itu akan menjadi sama sepanjang masa.

Hari ini anak yang itu kurang cemerlang, tetapi bijak dan handal dalam perkara lain,

anak yang lain akan kekurangan bakat dalam beberapa perkara lain pula.

Ya setandan yang tidak pernah sama buahnya.

anak saya 2 orang lelaki (cuma 2) memang begitu. Lambat maju dalam pelajaran, tetapi saya yakin suatu hari nanti kejayaan pasti ada utk mereka wpun mungkin bukan dgn ijazah...

roslaini saad said...

CahayaChenta...terima kasih kerana sudi menjengah belog akak ni...
memang betul.. anak akak no 2 memang jenis yang praktikal...lebih suka sesuatu yang boleh diterokai..sebab tu dia lebih berminat dengan enjin ..berbanding dengan si abang...

Azieazah....
Memang benar...buah setandan tak semestinya sama semua...macam tulah anak akak...semua lain karektor..
Cuma kita sebagai emak...kena yakin anak-anak pasti boleh memilih bidang yang mereka sukai...cuma harapan akak, jangan tersesat di hujung jalan...itu yang paling dirisaukan..

Anonymous said...

Salam Pn. Ros,

Pada saya benar apa yang dia kata tu. Result dia bukan teruk sangat. Tapi nampaknya dia boleh berdikari dan punyai keyakinan diri yang tinggi. Sebenarnya sijil hanya pasport untuk mendapat pekerjaan (tupun belum tentu dalam keadaan harini).Yang penting kesanggupan untuk berdikari, bekerja bersungguh2 dan bercita2 tinggi. Ramai juga kawan dan saudara2 saya yang berjaya tanpa punyai sijil yang hebat ie diploma, degree etc. malah ada antara mereka ni buleh senyum je tengok pendapatan orang2 berdegree yang hujung bulan duit pun langsai. Tapi paling penting happy ngan rezeki n kemampuan kita. Sebab orang yang kaya tu adalah orang yang kaya jiwa. Ok cau dulu

Mountain climber

gadisBunga™ said...

banyak ikhtiar biasanya budak2 macam ni. mungkin betul jugak kata diorng. akademik bukan penentu kejayaan. tapi sikap, disiplin dan determination.

Kakcik Seroja said...

Berikan dia bimbingan dan keyakinan. InsyaAllah, dengan doa restu ibubapa dan mereka yang menyayangi, masa depannya tetap cerah dengan kebolehan dan kelebihan yang dia ada. :)

roslaini saad said...

Mountain Claimber...
terima kasih kerana beri pandangan..saya pun berpendapat yang sama..tetapi kerana saya dalam lingkungan dunia akademik..kalau boleh, mahukan anak-anak juga ada target ke arah yang sama...Tapi insyaallah...moga kegagalan dia kali ni..jadi pendorong untuk dia lebih berjaya....

roslaini saad said...

Gadis dan Bunga...
Sebenarnya yang saya paling risau..anak saya ni, nakal pun ada...heheh kalau setakat lemah dalam pelajaran tak mengapa lagi..tapi kalau buat hal selalu kat sekolah..itu yang dibimbangkan..

roslaini saad said...

Kak cik..
insyaallah sebagai ibubapa..kami berfikiran terbuka..hari-hari consult dia secara "manja"...anak-anak nakal ni..kena ada pendekatan lain..tak boleh berkeras sangat..