Pages

Followers

Monday, January 3, 2011

Kenapa ibubapa datang ke sekolah hari pertama persekolahan...????

     Hari ini hari pertama persekolahan.....

Kalau di sekolah rendah, aku tak hairan kalau ramai ibubapa yang datang ke sekolah...kerana anak-anak baru melangkah masuk ke sekolah...terutama yang baru masuk pra sekolah dan darjah satu...

Tapi fenomena yang sama aku perhatikan juga di sekolah menengah.....Soalnya kenapa ibubapa datang..???

   Permerhatian aku...kebanyakkan ibubapa menghantar anak yang baru masuk ke tingkatan 1 . Soalan aku kenpa perlu dihantar...??? kerana sebelum ini pelajar-pelajar ini telah diberi taklimat masuk ke tingkatan satu. Lagi pun, anak-anak ini telah pun bersekolah selama 6 tahun di sekolah rendah.. Lainlah kalau masuk ke asrama.

Kalau yang baru berpindah sekolah lain juga....banyak urusan yang kena diselesaikan. Ini sekadar anak masuk tingkatan satu...Dah bawa..yang mengiringi datang ke sekolah tu, berderet-deret...hehehe
Mungkin ada yang datang kerana nak bayar yuran sekolah anak...( tak boleh ke bagi duit kat anak je...dah sekolah menengah kann...) Atau...ada ibubapa yang excited anak masuk tingkatan satu kot....

Tapi yang aku pelik...ada ibubapa...pilih sekolah aku ni...semata-mata nak masukkan anak ke asrama...( mereka ingat.....macam mudah je nak masuk asrama...) Pernah satu ketika dulu, ada ibubapa yang bekerja di Kuala Lumpur...pindahkan anak ke sekolah aku ini kerana semata-mata nak letak anak di asrama....( macam tak nak jaga anak dema ni....) Alasannya kerana mereka kerja susah nak hantar ambil anak dari sekolah....isykkkk....  

1 comment:

azieazah said...

Rata-rata yang ikut ke sekolah adalah parents di mana anak masuk Tahun 1... mungkin sehingga Tahun 3. Urusan kebanyakannya pastilah melibatkan wang yuran.

Yang menengah pun kalu hantar juga, memang agak tak sesuai. Sepatutnya anak2 menengah boleh berdikari. (Saya langsung tak cuti tahun ini dan tahun lepas)

Asrama, memang tempat paling baik pun. Tapi tak semua orang dapat peluang... Pilih sekolah pun sebenarnya bergantung kepada prestasi sekolah tu lah agaknya. Mesti nak cari sekolah yang baik pada pandangan mereka...