Pages

Followers

Tuesday, January 4, 2011

Dikejar....

Buka sekolah saja, aku mula dikejar.....Bukan oleh pengetua yer...tapi pembekal buku...!!!!

Sebenarnya...dalam masa cuti sekolah pun, dah ada pembekal yang call...tapi aku tak layan, cakap terus-terang... jumpa bila buka sekolah... Tak layan pun tak boleh juga..ada masa nanti mungkin aku memerlukan pembekal ini. ..so kena cakap baik-baik, kalau tak nak...
Tapi hari ni ada kejadian melucukan...
Pagi ni, aku kena relief satu kelas...bila aku turun nak ubah kereta, aku perasan ada satu kereta dah parking kat tempat aku selalu parking...( biasanya awal pagi tak boleh parking dalam kawasan perhimpunan kerana digunakan...jadi aku parking di tepi pagar asrama aje dulu..) Eluk aku nak masuk, kereta yang parking kat tempat aku tu dah nak keluar...dan aku perasan..pemandunya adalah seorang pembekal yang selalu datang ke sekolah....Elok dia keluar aku masuk parking.. Entah camana , dia boleh cam muka aku. terus dia buat U turn..untuk berhenti. Aku dah agak niat dia......terus aku ke kantin, tak toleh belakang..dan tutup pintu kantin..
kawan-kawan kat kantin kehairanan tengok aku... aku terus ketawa..lari dari pembekal aku bagi tahu....Dari tingkap cermin kantin...aku nampak pembekal tu follow aku sampai sekerat jalan....lepas tu dia berhenti buat beberapa ketika. Agaknya dia terfikir, aku nak breakfast...terus dia patah balik..
Bukan apa...kalau aku layan, jawapnya laparlaa aku.....bukan sekejap melayan mereka, macam-macam jenis buku ditunjuk...selagi kita tak beli....
Hari ni saja aku dikejar 3 pembekal...esuk ada temujanji dengan seorang pembekal lagi...Tapi dengan mereka ni aku dah cakap awal-awal....sama adil, sorang sikit...semua cari rezeki, kongsi sama-sama....Kerja saya untuk sekolah aje...

2 comments:

azieazah said...

Saya suka ayat “adil” tu. Pembekal tu pun buat kerja utk company gak tu. So, wajar gak dipertimbangkan quotation dan tawaran mereka, kan?

Jangan sampai next time, cikgu kena nyorok dalam ladies plak. hehehehe

roslaini saad said...

Azieazah...
last year ada juga beberapa kali pesan kat orang pejabat kata saya tak ada...heheh bukan apa tak larat nak layan...