Pages

Followers

Tuesday, November 23, 2010

Ulangtahun Perkahwinan ke 19....


Hari ini...diam tak diam dah 19 tahun aku menjadi isteri kepada lelaki di atas...
KamarulBahrim b. Abdullah Zazawi....
Tanpa disulam kata-kata cinta...tanpa iringan surat-surat....tanpa janji-janji manis....
kami dinikahkan...dengan restu orang tua di kedua belah pihak....
Kami saling tak mengenali sebelum dinikahkan....
Tapi Allah Maha Kaya....sekarang ni, kami bagai pinang dibelah dua.....hahahhahhah
ditimbang sama berat, cuma My abang ...tinggi sikit....
Jodoh kami...dieratkan dengan kelahiran Fakrur Razi...selepas 9 bulan perkahwinan...
Memang agak cepat...tapi aku gembira sekali...Kerana inilah impian aku, dan keinginan sebenar aku dari perkahwinan ini...Mahu mempunyai anak secepat mungkin...
Walaupun, mengandungkan Fakrur Razi, aku ada komplikasi hinggakan bersalin secara pembedahan... tapi semua orang gembira, terutama ibu bapa kami....
Sebelah My abang...Fakrur Razi cucu sulong mereka.....

3 Tahun selepas melahirkan Fakrur Razi...aku melahirkan Fauzan Hakim....
Walaupun dalam rumahtanggaku dah ada bunga-bunga ujian Allah...tapi kelahiran Fauzan Hakim melengkapkan....Fauzan Hakim, berjaya aku lahirkan tanpa pembedahan...
inilah satu-satunya anak yang aku lahirkan secara pintu rahim...( kata doktor ..masih belum normal sebab dengan bantuan vaccum...)

Faiz Bukhari...nama yang diberi oleh My Abang...lahir tahun 1997...selepas 2 tahun setengah usia
Fauzan Hakim....Kelahiran Faiz Bukhari, diiringi dengan pelbagai ujian dalam rumahtangga...termasuklaa..My abang sakit, dan berhenti kerja.....kami menghadapi masalah kewangan...Aku terpaksa tanggung keluarga.... Hinggakan aku terlupa mengambil gambar Faiz Bukhari semasa kecilnya....( sesuatu yang aku kesali, bila Faiz bertanya...mana gambarnya semasa bayi....). Dan hari ini Faiz Bukhari...menjadi remaja yang menerima seadanya...

FARIZH HAIQAL...adalah pelengkap hidup aku hari ini...senyumnya, tawanya, manjanya....adalah nyanyian dalam hati aku....lahir tahun 2000....awal sebulan dari tempohnya...hinggakan sampai sekarang, aku dan semua memanggilnya Kecik..
Farizh Haiqal...lahir selepas usia perkahwinan aku 9 tahun....juga dilahirkan secara pembedahan seperti Fakrur Razi, dan Faiz Bukhari ....

Walaupun, cuma dikurniakan anak-anak lelaki....tapi pada aku, inilah kekuatan aku, semangat aku dan nyawa aku.....
Siapa sangka yer...aku cuma memohon kepada Allah...berikan seorang lelaki sebagai teman hidup....tapi....rupanya.....
Allah beri 5 orang lelaki dalam hidup aku....
ALHAMDULLILLAH.......

9 comments:

kakcik said...

Selamat hari ulangtahun perkahwinan Ros dan suami. InsyaAllah, akan berpanjangan kasih sayang kalian hingga ke akhir hayat.

Kita serupa - Allah kurniakan 5 lelaki dalam rumahtangga kita. :)

sekamrrindu said...

salam..

selamat ulangtahun yg ke 19...
moga bahagia di dunia dan di akhirat..amin..

Anonymous said...

salam Pn Ros,

Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 19 semoga berkekalan ke anak cucu. Sebenarnya jodoh kita itulah yang terbaik untuk kita walau pun kadang - kadang bukan pilihan pertama kita. Zaman emak bapa saya dulu jodoh kebanyakannya ditentukan keluarga tetapi alhamdulillah kebanyakannya kekal hingga akhir hayat. La ni da cinta bagai nak rak pun melambak cerai kat tengah jalan.

Jadi semua tu dah diatur Allah swt.
Semua hero tu. Mesti gempita rumah kot cam hero-hero kat rumah saya ni.Ok cau dulu.

Mountain Climber.

roslaini saad said...

Salam..
Terima kasih KAK CIK, SEKAMAR RINDU, DAN MOUNTAIN CLAIMBER....

Jodoh , pertemuan dan ajal di tangan Allah belaka...cinta bagai nak rak, kenduri kendara macam pesta ria..kalau jodoh tak ada...punah juga segala....

Yang penting..kita ikhlas dengan pasangan masing-masing..di saat susah dan senang...

terima kasih sekali lagi..

fa*atip said...

Tahniah dari kami berdua!!! Nanti kita sama2lah terima 4 menantu pompuan ye kak Ros! Semoga kasih berpanjangan hingga ke akhir usia....

Ati Masrif said...

selamat ulangtahun yg ke 19...semoga kekal abadi

nanti dpt juga menantu perempuankan..

Arnab Zamrud said...

Tahniah. Semoga kekal abadi hingga ke Jannah.

roslaini saad said...

Salam.
TErima kasih untuk semua yang memberi ucapan dan doa....

Fa...anak lelaki, kena siap duit hantaran belanja le nampaknya..nak masuk meminang...

ATI MASRIF..terima kasih kerana ziarah...dan salam perkenalan.

ARNAB ZAMRUD...ambooi geram tengok arnab gebu-gebu...berapa seekor..??

gedek! said...

Alhamdulillah... Life is beautiful!