Pages

Followers

Wednesday, November 24, 2010

BADMINTON HILANG TARING...???????

Semalam aku baca article ni di satu suratkhbar tempatan....entah kenapa aku tak puas hati dengan tajuk yang diberi...

Memang aku sendiri tontoni perlawanan Dato Lee ChoongWei bertemu pemain Cina ..Li Dan...Bukan satu nama yang kecik. Dan bukan calang-calang orang...Dato Lee Choong Wei pun dah beberapa kali kalah dengan beliau.. tapi janganlaa bila dah kalah bagi statement yang menjatuhkan semangat pemain....Walaupun kalah, menang pingat perak tu.....Ko yang tulis menang pingat apa...????

Kita kenalah faham situasi...Ini Asia Games...bukan main peringkat kampung....Masuk bertanding pun dah dikira hebat....( bukan cakap kosong bagi komen je...) Kadang-kadang aku tak faham dunia wartawan ni... main tulis sesedap hati je....bila menang puji melambung...bila kalah kutuk.....

Cuba bagi statemen yang menaikkan semangat orang sikit.....mereka bukan robot, mereka juga ada perasaan...mereka yang kalah lebih kecewa dari kita yang menyokong....

Satu lagi ayat yang dia tulis....." beregu Koo- Tan pula, hanya membiarkan emas yang dimenangi empat tahun lalu di Doha dirampas begitu saja...."

Hanya membiarkan??? .....sedap-sedap tekan ayat je dia ni...orang berlawan, setengah mati berjuang , dia boleh tulis macam ni..... Kalau pun kecewa, menulis lah dengan etika kemanuisaan... kenapa pula nak provokasi yang boleh melemahkan dan membuat orang lebih terluka.....

3 comments:

azieazah said...

Kesal juga bila wartawan sukar mengulas sebegitu...

mungkin emosi menguasi fikiran semasa membuat laporan sehingga terlupa akan etika kewartawanan...

sekamar rindu said...

salam,,,

walaupun Datuk Lee Chong Wei masih pemain badminton no 1 dunia..

I am Nad said...

btol kak...setuju.. peranan media mmg penting, saya akui.. media bleh naikkan semnagt pemain n at d'same time leh buat pemain tersungkur.. benci btol bila media sensasikan kekalahan chong wei..

ini semua propa... cuba kalau menag..bukan main lagi..we proud of u laaa... ceh! mencik