Pages

Followers

Thursday, November 25, 2010

Jumpa kawan lama di internet....


What a small world......!!!!
(cakap orang putih lak aku...)
Sebenarnya aku happy benar kerana dapat bertemu dengan kawan ku ini.....Orangnya cantik manis...dan sekarang pun masih cantik dan maintain....
Beliau adalah Rabiatul Adawiyah bt Abdul Aziz...
Kami bertemu dan tinggal sebilik semasa di Grik...
Kami sama-sama dipostingkan ke sekolah SMK Sultan Idris Shah II, Grik.
Untuk senang ke sekolah kami memilih untuk jadi warden asrama saja waktu tu...

Tapi jodoh pertemuan kami tak lama...Eda ( aku panggil dia ...) berkahwin.
Dulu-dulu kalau minta tukar bukan main cepat dapatnya...
selang beberapa bulan saja Eda dapat tukar ke Selangor / Kuala Lumpor...
aku pun tak pasti....lepas tu kami terus putus hubungan...
(zaman tu mana ada handphone...)
Ditakdirkan Rabiatul Adawiyah...bertugas di sekolah yang sama di Taman Dr. Tun Ismail
dengan classmate aku di ITM dulu....
Jadi dia add ..nama aku ...maka jadilah pertemuan
setelah hampir duapuloh tahun terpisah.....

7 comments:

azieazah said...

20 tahun... bertemu kembali pasti rasa nak melompat.

Kak Azie, selepas 23 tahun baru bertemu sekolah dengan kawan2 sekolah.

Terus lupa diri.!

sekamar rindu said...

salam...


selamat bertemu kwn lama...Pn. Rabiatul Adawiyah bt Abdul Aziz...
mesti banyak yang diborakkan tu...

Uncle Lee said...

Hi Roslaini, I agree with your, "orang nya chantek manis..". Yes, she's really sweet and pretty. Da kawain? Ha ha.

I guess its always nice to meet long lost friends....girlfriends, maybe ex-boyfriends too, boleh buka cherita over nasi lemak ke cendol and rojak, ha ha.

Have fun and stay young, Lee

gadisBunga said...

reunion mmg best. sebab masa berjumpa tu macam2 cerita la akan keluar nanti. huu~

roslaini saad said...

Aziezah,
Memang rasa nak melompat..bila tengok dia add dalam fb..tapi teringat badan dah Obess..heehhe buruk benar nampak kalau melompat..

Sekamar rindu...
Yer...tunggu masa yang sesuai nak jumpa dia..mungkin hujung tahun ni..ada peluang ke kl..

UNCLE LEE...
Bini orang tu...hehehhehe tapi memang dia manis...sejak sebelum kawin lagi..tapi sekarang dah nampak berisi sikit...

GADIS BUNGA...
Memang tak sabar nak jumpa dia...heheheh banyak cerita nak dibualkan...

roslaini saad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Puan Ros.

Alhamdulillah dan tahniah jumpa kawan lama. Saya pun akhir- akhir ni jumpa ramai kawan lama. Ada yang saya cari dan ada juga yang cari saya. Baru - baru ni jumpa 4 orang lagi slps 24 thn. Seronok habis sembang dlm emel. Ada 4 orang lagi yang saya sangat sangat nak jumpa tapi belum dapat jumpa. Bukan setakat rindu kawan kawan lama tapi nak minta maaf kadang kadang masa berkawan dulu terover skit.

Dah jumpa tu kena grip terus nanti hilang lagi he he..
Macamanapun kalau niat kita ikhlas akan disampaikan Allah swt.

Ok cau dulu.

Mountain climber